-cintaku selama-lamanya hanya untuknya-
"awak tak nak berubah?"
"saya pernah, berharap untuk berubah. tapi..."
"tapi...?"
"for what? hasilnya tetap sama. she will never ever love me back, forever."
"kenapa awak nak berubah kerna dia?"
"jangan tanya saya, tapi tanya hati saya. tanya hati saya yang bodoh ini. tanya hati saya ini yang telah memperbodohkan segala-galanya tentang saya."
"belajar berubah dengan niat bukan kerna wanita itu. dan, suatu hari nanti, inn sya Allah, awak akan jumpa seseorang yang mencintai awak kembali."
"tak nak. cinta saya ini hanya untuknya. hati saya ini hanya ada dia, selama-lamanya. dan, saya tak nak lagi jatuh cinta, biarlah dia wanita terakhir yang saya cintai."
"walau dia tidak cinta awak?"
"ya."
"walau awak merana seperti sekarang?"
"ya."
"kenapa?"
"saya tidak mahu mencintai wanita lain, kerna saya anggap ia umpama lari daripada perasaan cinta, dengan mencari cinta lain. saya tidak suka mencari cinta lain, di kala cinta saya tidak berbalas. saya tidak suka menduakan cinta yang ada di hati saya, walaupun hanya saya yang rasa cinta itu."
"awak dah salah faham tentang erti sebenar cinta."
"mungkin. tapi, itu erti cinta yang saya pegang. sampai bila, saya nak lari daripada cinta, dan mencari cinta lain, dikala cinta saya tidak berbalas? saya hanya nak mencintai wanita itu sahaja, selama-lamanya, walau dia tidak akan pernah cinta akan saya."
...
"belajarlah untuk cinta wanita lain."
"saya tidak tahu bagaimana nak menduakan cinta saya, walau saya tahu, saya hanya bertepuk sebelah tangan. dan, saya tidak mahu mencintai wanita lain. kerna, saya hanya mencintai wanita itu."
"terimalah kenyataan."
"saya dah lama terima kenyataan. kerna itu, saya give up segala-galanya akan hal-hal cinta, mungkin juga give up akan segala-galanya mengenai aku."
"kenapa awak tak nak mencintai wanita lain?"
"hanya dia sahaja yang saya cinta, selama-lamanya. dia adalah wanita terakhir yang saya cintai.walaupun cinta saya ini tidak berbalas."
...
"awak tak nak berubah? awak tak nak jadi hebat? awak tak nak berjaya?"
"untuk apa semua itu? hasilnya tetap sama."
"tapi, awak boleh impress manusia lain."
"untuk apa impress manusia lain? hasilnya tetap sama."
"mungkin awak boleh impress wanita itu."
"untuk? hasilnya tetap sama."
"bagaimana awak tahu hasilnya tetap sama?"
"pernah awak mencintai seseorang, yang awak tahu, selama-lamanya dia tidak akan mencintai awak? pernah?"
"........."
"saya usaha atau tidak, saya berjaya atau tidak, saya jadi jutawan atau tidak, hasilnya tetap sama. saya mungkin boleh impress manusia lain, tapi... untuk apa semua itu? saya tak minat nak impress sesiapa lagi, termasuk wanita yang saya cintai, kerna... hasilnya tetap sama."
"awak salah."
"ya, saya tahu saya salah, tapi apa yang saya boleh lakukan, itu realiti saya."
"tidak, itu bukan realiti awak..."
"saya malas nak merasionalkan segalanya lagi. saya malas. saya penat. biarlah saya seperti ini. janganlah coba membantu saya lagi, kerna saya sendiri pun tidak berminat nak bantu saya. tapi terima kasih..."
...
adakah aku ada masalah mental? mungkin ada. ingin aku bertemu pakar, tapi... untuk apa? hasilnya tetap sama.
hasilnya tetap sama.
aaaaaa. rasa ini melemaskan jiwaku. melelahkan jiwaku. badanku rasa penat, walau pun aku berkurung di ruang kecilku. aku dah malas nak hidup di dunia luar, di dunia empirikalku. aku dah malas berusaha. aku dah malas untuk terlalu berharap, dan untuk berharap. aku malas nak berharap, kerna bagiku, berharap itu umpama lari daripada realiti.
Ulasan
Catat Ulasan