-dunia virtual [4]-

katanya
"hanya di dunia virtual, hidupku berkembang. kerna delusinya dunia virtual, sasteraku berkembang. kerna larinya aku ke dunia virtual, aku rasa kegembiraan, walau delusi. keindahan hidup di empirikal, sekadar bagiku, pengumpulan duit agar aku ada masa teruskan delusiku di dunia virtual."

"adakah selama-lamanya aku seperti ini, atau suatu hari nanti, aku pudar di dunia virtual?"

"adakah suatu hari nanti, aku kembali ke dunia empirikal, dan kurangkan kewujudanku sebagai pemerhati di dunia virtual?"

"atau, aku tetap seperti ini; hidupku hanya di virtual, di ruang kecilku, selepas aku dapat nilai wang di dunia empirikal."

"aku perlukan duit, agar aku bisa gembira hidup di dunia virtual, tanpa susahkan manusia lain."

"sibuk manapun aku di empirikal, akhirnya aku masuk juga ke dunia virtual, kerna di dunia itu sahaja aku rasai kegembiraan, dan tiada sesiapa mengenali aku di situ."

"aku harap, suatu hari nanti, aku boleh hidup di dunia virtual, pada masa yang sama, aku ada duit untuk menampung diriku di dunia empirikal."

"tapi, adakah itu benar-benar kemahuanku?"

"atau, itulah realitiku yang harus aku terima?"

Ulasan

Catatan Popular