-tentang aku [27]-
katanya
"aku tidak tahu, kenapa aku selalu anggap, bahawa kegembiraan adalah ilusi sahaja, ia bersifat sementara. bagi aku, apa yang real, adalah sebuah kesedihan. aku tidak pernah anggap, kesedihan sebagai ilusi, kerna bagiku, kegembiraanlah yang ilusi, dalam kehidupanku.
"aku tidak tahu, kenapa aku selalu anggap, bahawa perasaan yang real dalam hatiku hanyalah kesedihan sahaja, perasaan yang lain terutamanya kegembiraan adalah bersifat delusi, ilusi sahaja."
"aku selalu anggap kegembiraan yang aku rasai bersifat ilusi, mungkin kerna, kegembiraan yang aku rasai itu, adalah hasil kerna aku masuk ke dunia virtual. dunia virtual adalah delusi, maka kegembiraan hasil dunia itu juga bersifat delusi. mungkin seperti itu."
"aku keliru dengan segalanya. tapi, aku tak nak lari, lagi. dulu, sebelum aku masuk ke dunia virtual, aku ingatkan aku jumpa sebuah kegembiraan, tapi akhirnya, ia juga, aku anggap sebagai ilusi dan delusi sahaja; kegembiraan delusi sahaja."
"aku akan terus melayan kegembiraan delusi hasil dunia virtual. aku tak akan lari. kerna, aku lari atau tidak, hatiku tetap anggap, kegembiraan yang aku rasai adalah bersifat delusi."
"kegembiraan hasil virtual, atau kegembiraan hasil empirikal, bagiku, dua-dua itu delusi, ia ilusi."
"aku tidak tahu lagi, apa itu gembira, kerna kesedihan pasti akan datang, setelah aku merasai kegembiraan, sehingga aku takut merasai kegembiraan lagi."
"kenapa aku rasa, selalu rasa, kegembiraan yang aku rasai, hanyalah delusi sahaja. apa yang real, adalah kesedihan, walaupun kesedihan itu hasil kerna dunia virtual."
"kenapa aku selalu rasa bahawa kegembiraan hasil dunia virtual adalah ilusi sahaja, sedangkan kesedihan hasil dunia virtual adalah real, real sangat?"
"apa yang aku mampu buat hanyalah, layan sahaja perasaan gembira itu. aku latih, agar hatiku rasa gembira di kala aku gembira, walaupun aku tahu, akhirnya kesedihan pasti akan datang lagi, kemurungan pasti akan datang lagi."
"aku latih hatiku, untuk rasa gembira, walaupun di sudut hatiku, aku tahu, gembira yang aku rasai itu hanyalah delusi sahaja, kerna ia datang hasil aku masuk ke dunia virtual."
"adakah aku tidak mahu cari kegembiraan di dunia empirikal?
aku tidak tahu, kerna aku sepertinya, dah give up akan segala-galanya tentang aku; semangatku untuk hidup di dunia empirikal dah pudar.
tapi, aku akan latih, agar aku berusaha di dunia empirikal;- aku jumpa harapan baru. aku nak belajar berharap lagi, walaupun aku tahu harapan yang aku baru jumpai ini adalah hasil delusi hatiku kerna kesibukanku tenggelam lemas di lautan virtual.
aku nak berjaya, kerna aku nak empirikalkan cinta virtualku ini. aku latih agar hatiku dan akalku pegang harapan itu, walaupun aku tahu, ia delusi hatiku, tapi, aku nak layan juga, kerna mungkin ia boleh beri aku semangat; ia boleh menaikkan semula semangat aku untuk hidup berjaya di dunia empirikal."
"aku nak jadikan harapan delusiku ini, sebagai trigger untuk aku bersemangat untuk berjaya di dunia empirikal.
aku nak empirikalkan cinta virtualku ini, walaupun aku tahu apa hasil akhirnya; dia tak akan pernah cintakan aku, tapi aku nak latih aku, bahawa usaha itu penting, dan hasil usaha jangan terlalu memikirkannya."
"aku nak jadikan virtual sebagai sumber berjaya aku di dunia empirikal."
"aku nak jadikan delusiku hasil dunia virtual sebagai sumber semangatku untuk berusaha agar aku berjaya di dunia empirikal, walaupun ada kalanya, aku give up akan segala-galanya. tapi, aku ada hati, hati yang sangat bodoh. hati yang tetap melayan cinta virtual delusi."
"terima kasih hati. walaupun kau bodoh, tapi, kau beri aku harapan, walaupun harapan itu adalah delusi kau sahaja, tapi aku tak akan sampahkan harapan delusi itu. aku cadang, nak laksanakan harapan delusi itu, walaupun aku merana kerna tenggelam di lautan harapan delusi."
"aku pilih untuk laksanakan harapan itu. aku tak nak sampahkan harapan delusi itu. aku akan layan ia, walaupun zahirku rasa malas. tapi, kan hati bodohku ada. ia akan terus berharap, dan ia akan terus mencintai wanita virtual itu."
"aku pilih untuk terus tenggelam di lautan harapan delusi, agar ia bisa beri aku semangat untuk berusaha, di dunia empirikalku. aku tahu, ia bodoh, sangat-sangat bodoh, tapi... aku memang bodoh pun."
Ulasan
Catat Ulasan