-tentang aku [26]-
katanya
"berdasarkan pengalamanku
penggunaan akal yang berlebihan; akal yang terlalu digunakan tanpa batasan; terlalu melayan akal- hanya menyebabkan hati hilang fungsinya, dan menghalang hati dalam ke arah proses pembersihan; malah hati makin rosak, seperti ada halangan dalam proses menjaga hati daripada kerosakan. tapi, di kala akal diabaikan, terlalu diabaikan, kerna anggap akal sekadar melemaskan jiwa akhirnya, dan hati pula dilayan;terlalu dilayan, akhirnya juga membawa kepada kelemasan jiwa, kelelahan fizikal. hati, yang terlalu dilayan, akhirnya membawaku kepada dunia virtual. di sana, aku melayan cinta romantika, yang sekadar delusiku, yang tiba-tiba menaikkan semangatku untuk meng-empirikal-kannya suatu hari nanti. melayan hati; terlalu melayan hati, dan mengsampahkan pemikiran-ideologi, menyebabkan hatiku melayan delusi cinta, yang hati selalu katakan, bahawa ia bukan delusi. kata hati kepadaku, 'berdasarkan akal ia delusi, tapi berdasarkan aku, ia tidak delusi, ia sebuah harapan'.
aku pun layan ia, kerna selama ini, aku sampahkan pemikiranku, ideologiku, juga harapan hasil ideologi peganganku. aku ambil keputusan, untuk tidak lagi sampahkan harapan yang lahir dari hatiku. aku tak nak sampahkan hatiku, seperti mana aku sampahkan akal ku dulu, sehingga aku abaikan dan tinggalkan ideologi pemikiran. aku pilih, melayan terus, hati ini, walaupun ia bodoh, sangat-sangat bodoh.
aku tak nak lari lagi. aku akan terus tenggelam di lautan cinta virtual ini, walaupun akal kata ia delusi, sangat-sangat ilusi."
"aku nak tahu, sangat-sangat nak tahu, apa cinta virtual ini boleh beri ke atas hidup aku di dunia empirikalku. aku nak tahu, apa kesan cinta virtual ini ke atas hatiku, akalku, sasteraku, segala-galanya tentang aku."
Ulasan
Catat Ulasan