-dunia virtual [5]-

katanya
"kegembiraan di dunia virtual atau di dunia empirikal, bagiku, sama ada, dua-dua itu ilusi sahaja, atau kegembiraan hasil kedua-dua dunia itu sama-sama real, cumanya minda aku yang memisahkan antara gembira hasil empirikal dengan gembira hasil virtual."

"bagiku, dua-dua dunia itu, boleh beri kegembiraan ilusi, atau kegembiraan yang real, cumanya akal aku yang memisahkan kedua-dua dunia itu dengan memberi nama kepada dunia itu, sedangkan dunia virtual tetap dunia empirikal, bezanya dunia empirikal lebih luas daripada dunia virtual; dunia virtual itu tidak terpisah dengan dunia empirikal, kerna dunia virtual adalah di dalam dunia empirikal, ayat lainnya adalah, dunia virtual itu adalah dunia empirikal, kerna dunia virtual di dalam dunia empirikal."

"tidak ada pemisahan antara dunia virtual dengan dunia empirikal. kerna, tanpa empirikal, virtual tak akan ada."

"maknanya, cintaku ini real, walaupun ia hasil dunia virtual. bagiku, cinta di dunia empirikal atau di dunia virtual adalah real. kerna pengakhirannya pun real, sama ada harapan tertunai, atau terpaksa move on."

"siapa kata cinta di virtual tidak boleh diempirikalkan suatu hari nanti? siapa kata cinta virtual tidak boleh diluahkan di dunia empirikal? siapa kata cinta virtual tidak boleh diusahakan agar suatu hari nanti bisa bertemu dan meluahkan perasaan yang dah lama terpendam?"

"tapi, akhirnya, kemungkinan besar cinta ditolak, kecuali dah memang jodoh."

"laaaaaa, cinta di empirikal pun adakalanya di tolak, inikan lagi cinta di virtual."

"bagiku, cinta virtual real, bezanya adalah layanan dan tafsiran persekitaran, dan juga perangai diri sendiri untuk mengawalnya. kawal cinta virtual, seperti mana diri pernah kawal diri sendiri ketika merasai cinta di empirikal."

"jangan melebihi dalam percintaan, dalam mengejar percintaan, sama ada cinta di empirikal atau di virtual, dan buktikan cinta virtual bukan delusi; cinta virtual bisa diempirikalkan."

"embrace cinta virtual, dan tulislah sastera atau lagu, lirik, rekalah melodi. biarlah perasaan virtual bisa hasilkan sesuatu yang real yang datangnya hasil perasaan sendiri."

Ulasan

Catatan Popular