-sedihnya sebuah kerinduan-

sepi rasa hati ini
sunyi rasa jiwa ini
lemas aku di dunia
lelah aku di ilusi
semuanya menelanku
menyeksa jiwaku
maka lari aku ke ruang kecilku
tempat indah persembunyianku.

aku di situ indah tertawa
walau hasil delusi
walaupun hasil ilusi.
aku di luar indah tertawa
tapi hati tetap rasa sepi
jiwa tetap rasa sunyi.

inginku lari
dan tinggalkan segalanya
ingin ku terus berkurung
di dunia kecilku
walau dihina, dikutuk, dinilai
kerna dunia kecilku terasa indah
walaupun aku rasa sunyi dan sepi
di dunia kecilku itu.
tapi, walau aku di kebanyakan
walau aku tertawa riang di kebanyakan
jauh di sudut hatiku
masih ada rasa sebuah kesunyian
masih ada rasa sebuah kesepian.

indah lagi, rasa sunyi di ruang kecilku
daripada rasa sunyi di luar ruang kecilku.
mungkin, selama-lamanya aku seperti ini
tetap rasa sunyi dan sepi
walau di mana-mana.
rasa itu hanya hilang sementara
kerna aku layan sebuah delusi
yang penuh ilusi.

ada yang kata
cinta adalah penawar
tapi bagiku
cinta bukanlah penawar
ia hanya penambah
kepada rasa sunyi dan sepi.
cinta hanyalah alasan
untuk lari dari rasa sunyi dan sepi
kerna cinta adalah
peneman terbaik rasa sepi dan sunyi.

aku dah penat akan segala-galanya
aku dah letih dan lelah dengan aku
aku benar-benar dah penat.
mahu sahaja aku tamatkan segalanya
agar aku tak rasa seksa lagi.
tapi, aku masih di sini
kerna hati masih berharap
walaupun harapan itu
dah tak terang seperti dahulu lagi.

Ulasan

Catatan Popular