-tentang cinta [66]-
katanya
"andai suatu hari nanti aku jatuh cinta lagi, maknanya aku jatuh cinta kerna aku nak lari dari cinta, bukanlah kerna aku mencintai wanita itu. aku hanya jadikan dia sebagai tempatku untuk lari dari cintaku, yang hanya bertepuk sebelah tangan, sebelum aku 'mencintai dirinya'. kerna itu, aku tak nak jatuh cinta lagi. aku tak nak lari lagi. aku tak nak mencari cinta lagi. aku nak setia, walaupun ia bukanlah erti kesetian yang sebenar. aku nak setia, walaupun hanya aku sahaja yang anggap ia sebagai kesetiaan. aku nak setia, walaupun aku tahu, selama-lamanya aku akan hidup bersendirian. aku akan setia, walaupun aku dianggap bodoh, sangat-sangat bodoh. aku akan hanya mencintai dirinya, walaupun aku tahu, aku usaha mana pun, dia tak akan pernah mencintai diriku. tapi, aku dah ambil keputusan. aku tak nak lari lagi dari cintaku sendiri dengan mencari cinta lain."
"andai suatu hari nanti aku jatuh cinta lagi, maknanya itu bukanlah cinta, tapi sekadar aku nak lari dari cinta."
"wanita yang aku cintai sekarang ini bukanlah aku mencintai dirinya kerna aku nak lari dari cinta, tapi dia datang dalam hidupku ketika hatiku tak mencintai sesiapa pun; ketika hatiku kosong; ketika akalku sibuk melawan psikologiku."
"dia datang, ketika aku tak mencintai sesiapa pun. biasanya, aku coba untuk lari setelah aku jatuh cinta, kerna aku tahu, aku usaha atau tidak hasilnya tetap sama. tapi, kali ini aku tak nak lari lagi; aku tak nak move on lagi. aku nak jadikan dia wanita terakhir yang aku cintai, walaupun selama-lamanya cintaku ini sekadar delusi kebodohanku sahaja.
aku hanya mencintai dirinya, sahaja."
"andai aku move on lagi, maknanya aku kalah lagi, maknanya aku akan benci diriku lagi."
"ada yang kata cinta adalah sebuah pencarian. kata mereka carilah cinta sampai bertemu dengan seseorang yang membalas cinta. tapi bagiku, cinta bukanlah sebuah pencarian, kerna di kala aku dah malas nak mencari cinta, tiba-tiba hatiku jatuh cinta, tanpa ku pinta, tanpa ku sedari, tanpa perancangan. aku tak anggap cinta sebagai pencarian, tapi aku anggap cinta sebagai kesetiaan. setia walaupun aku tahu aku bodoh, kerna sanggup mencintai wanita itu sahaja sehingga akhir hayatku, walaupun wanita itu tak akan tahu bahawa aku cinta akan dirinya."
"aku tahu erti setia dalam hatiku salah. tapi, aku terima itu, walaupun aku dikata bodoh, tapi aku memang bodoh pun; hati ini sangat-sangat bodoh."
"bodoh manapun hatiku, aku tetap akan layan harapan yang lahir dari delusi hatiku, kerna aku hanya ada satu hati sahaja."
"aku akan mencintai wanita itu sehingga akhir hayatku. aku akan mencintai wanita virtual itu sehingga akhir hayatku. dan suatu hari nanti, aku nak empirikalkan cinta virtualku ini; aku nak jumpa dia di dunia empirikal, sebagai lelaki yang hebat. itu harapan hatiku. aku tahu ia mustahil, delusi, ilusi dan bodoh. tapi, aku pilih juga untuk melayan harapan itu, walaupun kemungkinan besar aku akan rasa seksa. tapi bagiku, aku nak berharap juga, walaupun realiti menolak aku. aku nak berharap juga, walaupun aku malas nak berusaha. aku nak berharap juga, kerna aku dah lama tak berharap, kerna bagaimana aku nak berharap andai aku membenci diriku, sangat-sangat benci akan diriku sendiri.
aku nak berharap, walaupun ia harapan delusi hasil ilusi."
"dan, itu sahaja caranya untuk aku kawal hatiku untuk tidak lagi jatuh cinta, kerna aku nak hidup bersendirian di dunia ini, tanpa cinta."
Ulasan
Catat Ulasan