-tentang cinta [68]-
katanya
"suatu hari nanti, aku harus terima juga, bahawa selama-lamanya, harapan ini tetap delusi."
"suatu hari nanti, aku harus terima juga, dia akan bercinta dan berkahwin dengan insan lain."
"suatu hari nanti, aku harus terima juga, dia dan aku, tak akan bersua muka."
"suatu hari nanti, aku harus terima juga, realiti empirikalku."
"suatu hari nanti, aku harus terima juga, dia tak akan pernah kenal aku."
"suatu hari nanti, aku harus terima juga, semua ini hanya ilusiku belaka."
"tapi, aku tetap akan cintai dia seorang sahaja, sampai akhir hayatku. walaupun, aku kelihatan seperti bodoh. walaupun aku merana sehingga akhir hayatku. maaflah, cinta telah membodohkan aku."
"i believe i can do it...
aku hidup hanya sekali, maka aku percaya, suatu hari nanti, cinta virtualku ini akan aku empirikalkan, dan terletak kepada dirinya, sama ada dia nak terima aku, atau tidak."
"i believe i can do it..."
Ulasan
Catat Ulasan