-tentang cinta [41]-

katanya
"i don't know why i love her so much, when i know what empirical is, what virtual is. why? why i love her, as she exist in my empirical life?"

"aku tidak tahu, kenapa hatiku ini mencintai wanita itu, sedangkan aku tahu, apa empirikal ku, juga apa limit dunia virtual itu. kenapa? kenapa aku sangat mencintai wanita itu, bagaikan dia wujud di dunia empirikal ku; bagaikan dia wujud dalam hidup seharianku di dunia empirikal? kenapa? kenapa aku sangat mencintai wanita itu? wahai hati, sampai kapan lagi kau nak membuatkan aku kelihatan bodoh, sampai kapan lagi kau nak membodohkan aku, dengan harapan delusi kau ini? wahai hati, jiwa ini rasa lemas kerna kebodohan kau, badan ini rasa lemah kerna kebodohan kau..."

"aku tertanya-tanya, apa kesan cinta virtualku ini ke atas kehidupan empirikalku... adalah ia menghancurkan aku lagi, seperti mana psikologi gelapku menghancurkan aku? atau, ia memberi aku semangat hidup, walaupun harapan yang ia beri hanyalah bersifat delusi semata-mata, yang dianggap oleh hati bahawa ia bisa diempirikalkan agar ia kelihatan real, suatu hari nanti?"

"hati ini memang bodoh. cinta ini memang menyebabkan aku kelihatan bodoh, loser. tapi, di dunia empirikal ku, aku memang bodoh, dan loser pun."

Ulasan

Catatan Popular