-tentang cinta [44]-
katanya
"kenapa, setiap kali aku merasai cinta romantika, pasti aku merana, pasti hatiku rasa seksa, jiwaku rasa lemas, kenapa?"
"kenapa, setiap kali aku jatuh cinta, aku yang merana?"
"kenapa, setiap kali aku merasai cinta, aku akan anggap bahawa cintaku ini hanyalah delusiku sahaja? bagiku, cinta empirikal atau cinta virtual, dua-duanya sama sahaja, kerna dua-dua itu tetap menyeksakan hatiku, melemaskan jiwaku. dalam ayat mudahnya, bagiku cinta itu tetap delusi, walaupun ia cinta empirikal atau cinta virtual. semua jenis cinta romantika, bagiku adalah delusi. pencarian cinta romantika adalah delusi, dalam hidupku. itu yang hidup aku ajar."
"aku tak nak lagi jatuh cinta. biarlah ini yang terakhir; biarlah cinta virtual ini yang terakhir; biarlah wanita itu adalah wanita terakhir yang aku cintai."
"aku nak hidup bersendirian di dunia ini."
Ulasan
Catat Ulasan