-tentang cinta [45]-

katanya
"dulu, aku benar-benar tak nak merasai cinta, tak nak jatuh cinta, kerna setiap kali aku jatuh cinta, mesti aku lakukan sesuatu yang bodoh. tapi, akhirnya aku jatuh cinta juga. hati ini bodoh, sangat-sangat bodoh."

"dulu, ketika aku tidak mencintai sesiapa, ada kalanya hatiku merindui perasaan seksa kerna cinta. hatiku rosak. ia rosak kerna selalu rasa seksa, selalu rasa kesakitan kerna cinta. maka, hatiku ini ada kalanya merindui rasa seksa kerna cinta. mungkin kerna itu, setiap kali aku jatuh cinta, aku akan merana; rasa merana kerna cinta menyeronokkan.

hatiku rosak. benar-benar rosak..."

"tapi, cinta yang aku rasa sekarang, lain. kerna, aku tak akan lari lagi. aku akan hadapi ia, walaupun aku merana. aku tak kisah aku merana kerna cinta, kerna aku dah biasa; kerna hatiku selalu dilatih agar sentiasa merana kerna cinta romantika. tapi, kali ini, aku akan usaha, dan aku akan berharap, walaupun realiti aku tidak menyebelahi aku. aku akan tetap berharap. aku akan berharap. biarlah dia yang menjadi pembangkit harapan aku semula, kerna aku nak bangkitkan harapan aku semula, harapan yang telah lama malas untuk berharap."

"cinta kali ini lain... aku tak akan tafsir cinta ini sama dengan tafsiran dahulu. aku tak akan cari cinta lain; jatuh cinta terhadap wanita lain. aku tak akan lari. aku akan berharap. aku akan usaha. aku akan sampahkan akal aku, kerna mentertawakan harapan delusi yang ada di hatiku. aku tak kisah andai ia dikatakan sebagai sekadar delusi sahaja. aku akan berharap juga, kerna aku dah lama tak terlalu berharap. aku dah lama tak berharap, kerna aku takut, aku bakal kecewa lagi. tapi, kali ini, aku akan berharap, walaupun mungkin akhirnya aku akan kecewa lagi."

Ulasan

Catatan Popular