-tentang sastera [11]-
dunia kesusasteraan sangat menyakitkan, melemaskan kerna ia perlu melayan hati, perasaan. apabila hati penuh dengan delusi, maka sastera pun penuh dengan sebuah ilusi. apabila hati penuh dengan kelemasan emosi, karya pun dilemaskan dalam lautan emosi. juga, bila mana hati merasa seksa, maka sastera menjadi peneman terbaik. kerna, inspirasi datangnya daripada kesedihan, pain, kesengsaraan, tangisan, kelemasan. sastera yang aku hasilkan hanyalah penuh dengan semua delusi yang ilusi, hasil kerna aku suka melayan ilusi, hanya kerna nak lari sementara daripada realiti empirikal.
delusi ini sangat seronok. ilusi ini sangat seronok. cara aku lari dari segalanya, termasuk aku sendiri.
pengkhayalanku sekadar sia-sia, tapi ia beri sesuatu ke atas hatiku, yang aku guna ia, dalam kehidupan di empirikal, iaitu sebuah enthusiasm yang delusi hasil sebuah ilusi, yang aku pilih untuk terus kekal di dalamnya, tanpa ada usaha untuk keluar. andai aku keluar, sastera sampah yang ada di hatiku, akan hilang, akan pudar kewujudannya.
andai aku abaikan aku yang ini, sastera ku yang seperti sampah ini akan hilang, inspirasi ke atas karyaku akan hilang, akan pudar.
dan, kenapa aku perlu lari dari delusiku? berapa kali aku perlu lari dari delusiku? lebih baik aku terus tenggelam sahaja, dan mencari erti sastera di lautan sana, walaupun sastera itu sekadar sia-sia. tapi, bagiku, ia menggembirakan hatiku, walaupun ramai kata, kegembiraan itu bersifat ilusi, kerna pada hakikatnya delusiku ini sememangnya sebuah ilusi. aku tak kisah, kerna aku memang delusi pun, dan delusi inilah teman terbaik karya sasteraku.
aku ini ilusi. aku yang ada di empirikal ini adalah ilusi, hasil delusiku dalam lautan ilusi. delusi ini banyak membantuku, menaikkan semangatku, walaupun aku tahu, ia juga ilusi. aku tak kisah, kerna aku yang pilih ini.
kewujudanku mula pudar di empirikal, kerna aku seronok tinggal di dunia ilusi. aku mula tidak terlalu pentingkan empirikalku, sekadar empirikal alam yang membuatkan aku senyum. juga, empirikal seseorang, yang aku jumpa di dunia virtual, sebagai salah satu inspirasi karyaku yang datang hasil pentafsiranku ke atas perasaan hasil virtual itu.
aku tahu, sangat-sangat tahu, aku ini dah lama tenggelam di lautan ilusiku sendiri. aku pilih ini, kerna aku yang nak. aku dah malas lagi, nak lari. daripada aku lari dari delusi yang ilusi ini, yang datang hasil pentafsiranku ke atas dunia empirikalku, juga dunia virtualku, lebih baik aku gabungkan semua itu, dan jadikan ia inspirasi karya sasteraku, yang aku boleh baca suatu hari nanti, sebagai pengalamanku hidup di tiga dunia.
delusi yang ada di lautan ilusi, telah aku coba untuk realkan ia, menjadi karya tulisanku. delusi hasil virtual dan empirikal, telah banyak membantuku, dalam penulisan karya sampahku, yang mungkin memalukan aku sendiri, mungkin pada suatu hari nanti.
aku tahu, aku memang tidak berguna di dunia empirikal. aku tahu, aku tiada fungsinya kepada masyarakat. aku tahu itu. tapi, andai aku tiada delusi, aku memang tak berguna pun kepada masyarakat, kerna tanpa delusi, tanpa ilusi, maka psikologi pula mengawal empirikalku. dan, andai tanpa delusi, tanpa ilusi, tanpa psikologi, maka ideologi pula mengawal empirikalku. andai tanpa semua itu pula, sasteraku mati. tapi, antara semua itu, bagiku hanya delusi hasil ilusi sahaja yang baik bagiku, kerna ia hanya menyeksakan hatiku sahaja, tanpa menyeksakan hati manusia lain.
aku abaikan idelogi, dan masuk ke dunia delusi. aku abaikan pemikiran, dan masuk ke dunia delusi percintaan. aku abaikan fakta, dan masuk ke dunia fantasi yang penuh ilusi, yang digelar delusi semata. lantaklah, kerna delusi ini lebih menggembirakan hatiku, berbanding sebuah ideologi pemikiran, juga delusi ini hanya melemaskan aku sahaja, tanpa mengganggu kehidupan empirikal manusia lain, tanpa mengganggu pemikiran manusia lain, yang berbeda ideologi terhadap pentafsiran sebuah dunia realiti, yang mengandungi kepelbagaian bidang, misalnya ekonomi, politik, ideologi, etc. aku abaikan semua itu. aku pilih hidup di delusi. bagiku, delusi atau semua itu, sama sahaja; ia tetap melemaskan jiwaku, mungkin yang berbezanya, delusiku ini akan dikatakan sia-sia, berbanding semua itu. bagiku, semua itu sia-sia, kerna pada awalnya, aku yang ini yang sia-sia ,bukannya semua itu.
Ulasan
Catat Ulasan