-dia-



dia suka bersendirian
di dunia kecilnya
kerna di ruang itu
dia tidak perlu berlakon.
di dunia kecilnya itu
dia benar-benar menjadi dirinya.

dia takut manusia
dia takut pergi ke tempat
yang ramai manusia
kerna dia perlu mengawal reaksi mukanya.
dia perlu senyum
walaupun hatinya rasa kosong…
senyumannya rasa kosong…

dia selalu anggap
personalitinya tidak sesuai
untuk dia tunjukkan di khalayak…
dia pun tunjukkan personaliti lakonannya…
dia tertawa, senyum, riang
kerna ia adalah ‘common sense’
dalam bermasyarakat.

dia kasihan.
dirinya selalu menjadi mangsa kaki kritik
personalitinya menjadi bahan kritikan manusia ‘hebat’...
maka, dia berubah, dia ‘buang’ dirinya jauh-jauh
dan dia ambil personaliti lain ‘masuk’ ke dalam dirinya
walaupun personaliti itu hanya mendatangkan kekosongan
ke dalam jiwanya, dalam sanubarinya.
dia paksa dirinya lupa akan dirinya sendiri
dan cari personaliti baru
agar kaki kritik diam.

tapi, mungkin benar, dia perlu ubah personalitinya....
‘agar dia masuk syurga’
kah kah kah.

...

introvert dirinya dipaksa menjadi extrovert ...
kesedihan yang ada di hatinya disembunyikan dalam senyumannya...
kepedihan hatinya disembunyikan dalam tawanya...
dia belajar bagaimana nak menjadi ‘manusia’.

...

dia suka bersendirian
dia suka berkurung di ruang kecilnya
kerna di ruang itu
dia tidak perlu berlakon
dia tidak perlu paksa ketawa di kala hatinya hendak menangis
dia tidak perlu rasa riang di kala dirinya hancur
ditelan realitinya.

dia suka bersendirian...
dia suka berkurung di ruang kecilnya...
kerna di ruang itu tiada manusia...
tiada sesiapa pun, hanya dirinya sahaja...

dia suka ruang kecilnya
kerna di ruang itu
dia boleh ketawa dengan real
senyum dengan real
menangis dengan real....

di ruang itu
dia tidak perlu ketawa riang
di kala hatinya nak menangis....

...

dia hanya bersosial
kerna ia sekadar
‘common sense’ menjadi manusia...

Ulasan

Catatan Popular