-tentang sains [7]-

katanya
"wahai dunia, aku sentiasa tertanya-tanya, adakah matematik itu bahasa mu. adakah masih ada teori yang masih belum ditemui, teori untuk menerangkan mengenai dirimu. adakah teori yang telah ditemui itu benar-benar mengenai dirimu, ataupun teori itu sekadar permainan minda manusia."

"wahai dunia, aku ingin kenal dirimu, agar hatiku ini bertambah imannya. oleh itu, aku ingin bertanya, adakah ilmu sains fizik teori, benar-benar boleh menerangkan dirimu, dan boleh membawaku kepada realitimu yang sebenar, ataupun ilmu fizik itu sekadar teori yang tidak boleh menerangkan realitimu yang sebenar. adalah teori fizik itu hanya untuk menerangkan dunia empirikal mu, yang dianggap sebagai mesin mekanikal sahaja. adakah seperti itu?"

"wahai alam, mahu kau tunjukkan kepadaku teori baru untuk menerangkan tentang dirimu. mahu kau beri aku inspirasi untuk hasilkan teori baru, atau untuk majukan lagi teori sedia ada, agar manusia bertambah faham tentang dirimu. wahai alam, dengarkah kamu akan suara ku ini?"

"wahai alam, benarkah cara ahli fizik mengkaji dirimu. atau cara itu hanyalah delusi belaka kerna hanya mementingkan tentang hal-hal objek teknologi sahaja?"

"wahai alam, sudi kau menjadi temanku, agar aku bisa melupakan sementara rasa sakit hasil delusi cinta, yang ada di hatiku."

Ulasan

Catatan Popular