-tentang dia [52]-

... tapi akhirnya, dia tetap pilih memandang wanita itu, walaupun hatinya rasa pedih, sangat-sangat pedih. dia mengambil keputusan untuk melemaskan lagi jiwanya, dalam lautan delusi cintanya itu.

pada awalnya, lelaki itu tidak mahu lebih kenal akan wanita itu, kerna dirinya takut, makin dia kenal akan wanita itu, makin dalam cintanya kepada wanita itu. tapi, dia tidak mahu lari lagi dari cinta yang ada di hatinya. dia pilih untuk terus berdelusi cinta, walaupun hatinya merana. dia pilih untuk menghargai cinta delusinya itu.

lelaki itu benar-benar mencintai wanita maya itu. dia sentiasa berharap, agar suatu hari nanti, dia boleh berdiri di depan wanita itu, dan luahkan cintanya itu kepada wanita itu.

Ulasan

Catatan Popular