-tentang cinta [105]-

dalam tawa ini, ada kesepian,
kesepian yang tiada penghujungnya.
dalam senyum ini, ada kesengsaraan,
kesengsaraan yang tiada suaranya.
dalam riang ini, ada tangisan,
tangisan yang tiada penawarnya.
dalam jalan ini, ada durinya,
duri yang menjadi peneman hidupku.

dalam hati ini, ada namanya,
nama wanita yang aku sangat rindu.
dalam minda ini, ada wajahnya,
wajah wanita yang aku sangat cintai.
dalam suara ini, ada kepiluan,
kepiluan yang aku sembunyikan.
dalam sayu ini, ada delusi,
delusi bahawa dia mencintai diriku.

dalam hati ini, ada harapan,
harapan delusi hasil khayalanku.
dalam tangisan ini, ada kisah,
kisah ilusi cintaku yang tiada realnya.
dalam mata ini, ada kesayuan,
kesayuan yang aku senyumkan di empirikalku.
dalam kesibukan ini, ada penawarnya,
penawar pilu cinta untuk aku abai kesibukan hati.

dalam jiwaku ini, ada kesunyian,
kesunyian yang tiada kesudahannya.
dalam gelakku ini, ada kesayuan,
kesayuan hasil sedihnya cinta.
dalam lakonanku ini, ada realnya,
real untuk aku belajar gembira.
dalam bisingku ini, ada rahsianya,
rahsia betapa sunyinya jiwaku.

dalam diamku ini, ada cinta,
cinta yang hanya ada dalam delusiku sahaja.
dalam ilusiku ini, ada harapan,
harapan yang aku ingin empirikal-kan ia.
dalam anganku ini, ada kesakitan,
kesakitan kerna aku tahu ia sebuah khayalan.
dalam senyapku ini, ada cinta,
cinta yang aku ingin ungkapkan, suatu hari nanti.

Ulasan

Catatan Popular