-tentang sastera [65]-

katanya
"dulu, aku minat akan ideologi, berbanding sastera yang penuh delusi. tapi, selepas aku lemas di lautan ideologi, aku sedar akan sesuatu. sampai kapan, aku nak komen cara hidup manusia lain. sampai kapan, aku harus kritik cara hidup, dan cara pemikiran manusia lain. dan, sejak itu, aku pilih lemas di lautan sastera yang penuh delusi, berbanding lemas di lautan ideologi yang penuh idealism. aku pilih delusi berbanding fakta. aku pilih subjektif berbanding objektif. aku pilih fantasi berbanding realiti. aku tahu, cara ini teruk, tapi, semua itu, tidak lagi mengganggu akalku, seperti mana ideologi pernah mengganggu akalku."

"... mungkin, suatu hari nanti, aku jumpa 'siapa aku'."

Ulasan

Catatan Popular