-tentang aku [52]-

15/06/2017

katanya:

bila aku kata, suatu hari nanti, aku akan pergi jumpa dirinya; sebenarnya aku tak terlalu fikir bagaimana agar suatu hari nanti aku bisa jumpa akan dia, apa yang aku sentiasa fikirkan adalah, andai suatu hari nanti, aku jumpa dia, aku nak di saat itu, aku berdiri setaraf dengan dirinya.

aku tak terlalu berfikir nak jumpa dia, apa yang aku fikirkan adalah, aku nak, andai suatu hari nanti, aku jumpa dia, aku nak berdiri setaraf dengan dirinya, bukan dalam hal populariti, tapi setaraf dalam erti kerjaya.

dalam soal jumpa, aku tak terlalu fikir akan benda itu, kerna... bagaimana aku nak jumpa dia, andai dia lebih berjaya berbanding diriku.

juga, aku tak terlalu fikir akan soal jumpa, kerna... aku dah lama terima realitiku, bahawa mungkin selama-lamanya aku tak akan jumpa dia di dunia empirikalku, dan andailah aku jumpa dia, aku tahu, aku tak akan pernah wujud di ruang hatinya. tapi... ada sesuatu yang aku nak ubah tentang diriku, agar andailah suatu hari nanti aku jumpa dia, maka di kala itu, aku nak berdiri setaraf dengan dirinya.

aku tahu, sangat-sangat tahu akan realitiku bahawa mungkin selama-lamanya aku tak akan jumpa dia, tapi... andailah tanpa aku rancang, tiba-tiba takdirku membawaku kepadanya, aku nak di saat itu, aku berdiri setaraf dengan dirinya.

aku nak ubah akan itu.

aku tak terlalu berharap, agar aku jumpa dia, apa impianku adalah, aku nak berdiri setaraf dengan dia, ataupun lebih atas berbanding wanita itu. jumpa atau tidak, aku serahkan kepada takdir. aku tak terlalu usaha ke arah itu, apa yang aku usaha adalah, aku nak berjaya seperti dia. aku nak, andai aku jumpa dia, dia anggap aku bukan sebagai peminatnya, tapi sebagai lelaki yang benar-benar cinta akan dirinya.

aku tak nak cari dia, aku tak nak jumpa dia, andai, aku masih seperti ini.

kataku:
ia indah, andai suatu hari nanti, tiba-tiba, tanpa kau pinta, tanpa kau rancang, kau berdiri di depannya... di kala itu, semua memori kau mengenai dirinya, akan muncul semula, walaupun memori itu, sekadar delusi kau. kau rasa gembira, walaupun kau tahu, sangat-sangat tahu, cintamu tak akan pernah berbalas, tapi... kau akan rasa puas, kerna kau berjaya kerna tidak lari dari hati kau sendiri, dari cinta kau sendiri. bukankah usaha itu penting?

aku doakan kau berjaya, wahai anak muda.

Ulasan

Catatan Popular