-tentang cinta 2 [20]-

15/06/2017

katanya:

cinta yang paling seronok adalah apabila kau mencintai seseorang yang sangat-sangat mustahil dirimu dicintainya kembali. perasaan itu paling seronok sekali, kerna ia bisa beri kau inspirasi sastera. kah kah kah.. c..cr... cry cry cry cry cry.

indah tak mencintai seorang wanita yang tidak akan pernah mencintai dirimu kembali?
indah tak mencintai seorang wanita yang tarafnya lebih tinggi berbanding dirimu?
indah tak mencintai seorang wanita yang anggap dirimu hodoh, sampah, tidak berguna?
indah tak mencintai seorang wanita yang selama-lamanya tak akan pernah pandang dirimu?
rasanya indah kan? rasanya seronok kan?

rasanya sangat-sangat indah... bagai hati ditikam, disiat-siat, tapi air mata dah tak jatuh, langsung tak jatuh walau setitis pun. mungkin kerna, hati dah tahu, sangat-sangat tahu, bahawa air mata tak akan pernah menjadi penawar cinta, unrequited love.
hati dah lama beritahu mata bahawa - jangan menangis, kerna air mata, tak akan pernah, selama-lamanya tak akan pernah, menjadi penawar cinta, unrequited love.

rasa seksa kerna cinta, dipendam di dalam hati... dan rasanya sangat indah, sangat seronok, kerna ...

silent cry...

Ulasan

Catatan Popular