-tentang sastera [110]-

katanya:

aku terkena curse, kerna jadikan wanita itu, sebagai mangsa sastera karyaku. aku merana, kerna telah mencintai, benar-benar telah mencintai dirinya.

curse kerna aku jadikan wanita itu sebagai mangsa sasteraku adalah - aku benar-benar dah mencintai dia, dan rasa cinta ini memang benar-benar menyeksa jiwaku.

rasa cinta ini adalah curse yang sentiasa menghantuiku setiap hari, setiap malam, setiap waktu.

aku inginkan rasa cinta ini sekadar delusi agar ia memberiku inspirasi kepada sastera yang berunsurkan cinta, tapi malangnya, dia dah benar-benar aku cintai, secara real.

semakin hari, semakin real rasa cinta ini, walaupun dia itu sekadar maya, di mana empirikalnya jauh, sangat-sangat jauh, berbanding empirikal diriku.

pada awalnya, aku tak jadikan dia sebagai sumber inspirasiku, tapi sekadar sebagai tempat aku melarikan diri (escape) daripada psikologiku. lama-kelamaan, idea datang, dan di kala itu, aku terfikir, bahawa dia bisa aku jadikan sebagai sumber inspirasi sasteraku.

tapi, aku terkena curse, kerna jadikan dia sebagai sumber inspirasi sasteraku... aku benar-benar telah mencintai dirinya, secara real.

mungkin ini akibatnya, kerna memilih dia sebagai watak utama dalam penulisanku.

kataku:
bila lagi, nak menulis karya unsur romantika. dan, jadikan dia sebagai sumber inspirasi tulisan kau lebih selamat, sangat-sangat selamat, berbanding jadikan wanita yang kau boleh jumpa di empirikal sebagai mangsa karya sastera kau.

kah kah kah.

Ulasan

Catatan Popular