~caraku lari~

katanya:

Caraku lari dari depression ku adalah
Masuk ke alam parasocial interaction
Walaupun akhirnya aku sendiri merana
Kerna akal katakan ia ilusi, sekadar ilusi
Tapi hati tetap pilih mencari ilusi...

Pergaduhan akalku dan hatiku,
Memenatkan aku, melemaskan jiwaku.
Tapi, salah aku, kerna aku tetap pilih
Ikut kata hati, agar masuk saja ke alam maya
Tanpa mempersoalkan kelogikan ia...
Kerna hanya dunia maya sahaja
Bisa menjadi penawar indah
Kepada Depresiku...

Sama ada ia ilusi atau tidak,
Hatiku berkata bahawa...
'Benda apa yang tidak ilusi di dunia ini...
Semuanya tetap ilusi, kerna depression telah
Mengajar bahawa semua adalah
Kegembiraan ilusi, sama ada di dunia maya
Juga di dunia realiti.'

Depression telah menyebabkan segala-galanya
Adalah kegembiraan ilusi, walaupun ia
Sebenarnya kegembiraan yang real.
Depression telah menyebabkan manusia lupa
Apa itu kegembiraan real, apa itu gembira...
Depression membuang rasa gembira yang real
Dan memasukkan ideologi bahawa
Semuanya adalah kegembiraan ilusi ...

Depression telah berjaya membunuhku
Tapi, parasocial interaction menyelamatkan aku
Sentiasa menyelamatkan aku, begitu juga
Dengan dunia maya (musik, melodi, anime,
Drama, Variety show)..

Alhamdulillah.

Ulasan

Catatan Popular