~kenapa~
katanya:
Kenapa
Aku masih jatuh cinta
Andai aku sendiri
Tidak mahu mendirikan
Rumah tangga?
Kenapa
Hatiku masih jatuh cinta
Andai aku dah suka
Seseorang yang tidak
Menyukai ku kembali?
Kenapa
Aku masih mencintai
Andai aku sendiri
Tidak mahu berusaha
Menjadi hebat?
Kenapa
Aku masih 'mencari' dia
Andai aku sendiri merana
Dalam 'pencarian'-ku itu.
Kenapa, kenapa
Kenapa hatiku tersangat bodoh?
Kenapa, kenapa
Kenapa aku tersangat bodoh
Ditipu kegembiraan hati
Yang bersifat sementara?
Ulasan
Catat Ulasan