~evolusi sebuah erti cinta~
katanya:
Masih aku cari seseorang
Yang bisa membantuku
Melupakan sementara depresiku
Walaupun dia itu sekadar
Bisa ku jumpa di dunia maya.
Masih aku mencintai dia
Dan selalu aku mencari dia
Agar rasa kosong di hatiku terisi
Dengan ketawa, dan personalitinya
Walaupun dia itu tidak akan pernah
Tahu akan kewujudanku di dunia ini.
Masih aku tertawa senyum
Kerna personaliti dan wajahnya
Yang menyentuh jiwa kosongku
Walaupun aku tahu, sangat-sangat tahu
Kegembiraan yang hatiku rasai ini
Hanyalah kegembiraan ilusi sahaja.
Masih enthusiasm di jiwaku membara
Di kala aku melihat dia di dunia maya
Di kala aku melihat senyumannya,
Tawanya, nyanyiannya, tariannya,
Segalanya mengenai dirinya
Walaupun aku tahu, sangat-sangat tahu
Betapa bodohnya diriku ini.
Aku ditikam, lagi dan lagi
Dengan pisau ilusi dunia moden
Pisau Parasocial Interaction...
Aku mencintai wanita maya
Yang tak akan pernah tahu
Akan kewujudanku di dunia empirikal
Dan, ia menyakitkan, membuatkan jiwaku
Merana, dan lemas di lautan delusi maya.
Dunia moden memang menakutkan
Cinta di dunia moden memang menakutkan.
Ini dunia kecilku, seorang lelaki
Mencintai wanita yang bisa dia jumpa
Hanya di dunia maya sahaja...
...
Itu akibatnya, apabila depresi tidak ingin diubati
Maka, hati jatuh cinta dengan seseorang
Yang dia hanya jumpa, selama-lamanya
Di dunia maya, dunia interaksi parasosial.
*
Depression leads to parasocial interaction
Ulasan
Catat Ulasan