~dalam diamku~
katanya:
Rasa kosong di hatiku ini
Aku tidak tahu bagaimana
Nak luahkan ia melalui penceritaan.
Juga, aku tidak tahu
Nak ceritakan kepada siapa.
Dulu, aku ingatkan
Cinta bisa menjadi penawar
Kepada kekosongan jiwaku
Tapi ternyata, hanya duka cinta
Unrequited yang aku rasai.
Akhirnya, aku ambil kesimpulan
Bahawa cinta romantika
Tak akan pernah menjadi penawar
Dalam merawat kekosongan jiwaku.
Dan, akhirnya aku lanjutkan lagi kesimpulanku
Bahawa dalam hidupku ini
Dalam hidup manusia sampah sepertiku
Tak akan pernah ada penawar
Untuk merawat rasa kosong di jiwaku ini.
Mungkin, sehingga akhir hayatku
Aku hidup seperti ini
Bersendirian, kesepian, kesunyian,
Kekosongan...
Ulasan
Catat Ulasan