~ia real~
katanya:
Era ini moden
Dunia maya bisa memberi
Perasaan yang sama
Umpama di alam empirikal.
Bezanya, di empirikal kelihatan real
Di alam maya kelihatan ilusi
Walaupun sebenarnya, ia sama
Ia benar-benar real, walau di alam maya.
Di dunia ini, tiada perasaan ilusi
Ia kelihatan ilusi, kerna hati terima logik
Bahawa yang real hanya ada
Dalam alam empirikal, bukan di alam maya
Sedangkan, alam maya juga ada
Di alam empirikal, makanya
Perasaan di alam maya adalah real.
Cintaku real.
Mungkin, perasaan yang lahir
Hasil dunia maya kelihatan bodoh,
Tapi, ia adalah bukti hidup
Bahawa cinta romantika itu buta;
Cinta membutakan hati manusia
Melupakan hati apa itu realiti.
Ulasan
Catat Ulasan