~sibukku di dalam badanku~

katanya:

Sentiasa
Setiap hariku, waktuku
Hanya hati, dan minda
Sahaja yang hidup
Zahirku seperti mati.

Sentiasa
Setiap hariku, waktuku
Hanya jiwaku yang hidup
Zahirku mati.

Sentiasa
Hanya aku di dalam aku
Yang sibuk...
Aku di luar aku
Tidak aku sibukkan.

Sentiasa
Hanya jiwaku
Yang aku sibukkan
Tidak zahirku,
Kerna bagiku
Lebih terasa indah
Sibukkan jiwaku
Berbanding zahirku
Walaupun akhirnya
Aku sendiri merana.

Tapi, sampai bila
Aku harus sibukkan jiwaku
Manakala zahirku
Kelihatan malas, lelah?

Ulasan

Catatan Popular