~bayang bayang~
katanya:
Aku adalah
Sekadar bayang-bayang;
Wujudku adalah
Bayang-bayang.
Aku seorang bayang
Yang minat akan fantasi;
Si pencari fantasia.
Aku sentiasa
Berada di alam ilusi
Bermain perasaan
Di sana, bersendirian.
Aku mencintai objek
Tapi aku sedar
Bayang tidak layak
Mencintai objek
Malah, bayang hanya aku
Di alam dunia ini,
Bagiku.
Aku benar-benar
Mencintai dia
Tapi, apa dayaku
Dia adalah objek
Menjadi sebutan ramai
Aku pula sekadar
Bayang-bayang
Yang tiada rupa;
Hanya berwarna hitam
Langsung tidak dipandang
Wujudku.
Aku adalah bayang-bayang
Peminat fantasi ilusi
Si pencari fantasia.
Wujudku tidak diketahui ramai
Dunia hidupku
Hanya di alam kecilku
Tanpa sesiapa tahu.
Aku mencintai
Tapi cintaku ilusi
Kerna ia delusiku.
Tapi, ilusi mana pun
Sebuah delusi
Ia bisa memberi
Perasaan real ke hati
Iaitu perasaan kosong
Yang real rasanya.
Hidupku penuh
Dengan rasa kosong
Kerna salahku
Menjauhi penawar
Hati kosong.
Hidup ini kosong
Kerna salahku
Menjauhi dunia zahir:
Aku hanya sibuk
Di alam mindaku;
Kerna cari maklumat,
Kerna psikologiku,
Juga kerna cintaku
Cinta unrequited.
Aku benci akan hidupku.
Ulasan
Catat Ulasan