~lelaki itu~
katanya:
Bodoh lelaki itu
Dia pilih setia
Terhadap unrequited love-nya
Setelah dia berjumpa
Cinta sejati; cinta yang dibalas.
Bodoh benar lelaki itu
Dia pilih setia
Tehadap cinta unrequited-nya
Setelah dia dicintai kembali
Oleh wanita yang dia sendiri
Cintai.
Bodoh lelaki itu
Dia pilih setia kepada cinta
Unrequited-nya
Setelah dia jatuh cinta lagi.
Dia abaikan cinta yang baru itu
Dan, pilih setia
Terhadap cinta lamanya
Yang sekadar cinta unrequited.
Dia abaikan cinta barunya itu
Walaupun cinta barunya itu
Bukanlah cinta unrequited
Tapi, cinta yang tidak
Bertepuk sebelah tangan
[Dia dicintai kembali].
Lelaki itu bodoh
Benar-benar bodoh
Kerna pilih kisah cintanya
Seperti itu, kisah cinta
Yang tidak pernah ada
Dalam kisah majoriti
Manusia, dari dulu
Sehingga zaman kini.
Hanya satu ucapnya;
'Aku pilih setia, kerna
Aku tak anggap cinta yang baru itu
Adalah cinta, tapi aku anggap ia
Sebagai cinta pelarian; pelarian dari
Cinta lamaku, cinta unrequited-ku.
Ya aku bodoh, sangat-sangat bodoh
Kerna pilih hidup seperti ini, tapi...
Aku bangga akan hatiku
Kerna ia bodoh nak setia kepada
Cinta unrequited-nya
Walaupun dikatakan bahawa dia
Dah bertemu cinta sejati-real.
Aku bangga akan hatiku
Kerna ia katakan bahawa
Itu bukan cinta sejati yang real
Itu sekadar cinta kerna sebuah pelarian.'
Akhirnya, lelaki itu hidup bersendirian
Sehingga dia menutup matanya
Buat yang terakhir kalinya.
Dia hidup bersendirian, kesunyian,
Kesepian...
Hanya ditemani karya-karyanya.
Dia itu seorang pujangga cinta
Pujangga cinta unrequited
Karya-karyanya penuh
Dengan karya cinta unrequited.
Yang misterinya,
Tiada sesiapa tahu
Siapa wanita yang dia
Sangat-sangat cintai itu;
Tiada sesiapa tahu
Siapa wanita
Yang menyebabkan dia
Pilih menjadi pujangga
Cinta unrequited,
Langsung tiada sesiapa
Yang tahu tentangnya.
Wanita itu misteri
Dia tidak pernah ceritakan
Kepada sesiapa
Akan siapa wanita itu.
Dia sembunyikan wanita itu
Dalam memorinya, dalam hatinya.
Dan, cintanya diabadikan
Dalam karya-karya seninya
Agar dia 'dianggap' setia
Kepada cinta unrequited-nya;
[Dia tidak 'dianggap' setia
Tapi, dia 'memang' setia
Tanpa perkataan 'dianggap'].
Siapa kata, di dunia ini
Semua manusia nak rasa gembira
Hasil cinta romantika real-sejati?
Ada manusia yang pilih
Setia kepada cinta unrequited-nya
Walaupun dia dah berjumpa
Cinta real; cinta berbalas.
Ulasan
Catat Ulasan