~pandangan matanya~

katanya:

Tulisannya indah bernyawa
Membawa pelbagai perasaan
Bisa menyentuh setiap hati
Yang mencari dunia alternatif
Tapi, kenapa makin indah sasteranya
Makin sayu, sepi, sunyi, dan pilu
Pandangan matanya, kenapa?
Adakah sastera seni seperti itu
Penuh hatinya yang kekosongan
Tapi, menghasilkan tulisan
Yang penuh pelbagai perasaan?
Andai seperti itu, aku perlu
Jauhkan sastera dari hidupku
Agar pandangan mataku tidak seperti itu.

.
Ternyata, dia tidak bisa lari dari sastera
Kerna, bukanlah sastera yang mematikan
Jiwanya, meng-sayu-kan pandangan matanya,
Yang mengkosongkan pandangan matanya
Tapi, jiwanya-lah yang mematikan
Tulisan karya sasteranya, seni karyanya
Dengan meletakkan perasaan di dalamnya
Perasaan yang sepi, kosong, sayu, pilu;
Jiwanya dah lama mati [kosong, sunyi, etc.]
Sebelum dia kenal akan seni sastera
Malah, sasteralah hasilnya apabila jiwa mati;
Kekosongan, kesepian, kesunyian, kepiluan.

Ulasan

Catatan Popular