~hidup seorang pengalah~

katanya:

[3:07 PM, 10/23/2017] syrnn:
Tak minat aku copy paste kata-kata ahli ilmu silam dahulu, juga kata-kata ahli ilmu era moden ini. Tak minat aku nak copy paste kata-kata mereka semata-mata nak sesuaikan ia terhadap tragedi psikologiku, juga kehampaan jiwaku. Tak minat aku, nak jadikan kata-kata itu, sebagai cermin kepada hidupku. Aku dah penat untuk itu.

[4:29 PM, 10/23/2017] syrnn:
Terperangkap aku, dalam alam sia-sia. Ia merosakkan hatiku, menghancurkan jiwaku. Ia itu tidak ada faedahnya, ke atas dunia empirikal realitiku. Lagi dan lagi, masih aku masuk ke alam itu, walau ia penuh delusi, bagaikan alam itu, telah mengurung jiwaku, dan tidak bisa aku, bawa jiwaku keluar, dari sangkar alam itu.

[4:30 PM, 10/23/2017] +syrnn:
Alam itu sia-sia, penuh kesia-siaan. Ia bisa beri kegembiraan, tapi kegembiraan itu adalah hasil sebuah ilusi, maka kegembiraan yang aku rasai juga adalah sebuah ilusi.

[4:31 PM, 10/23/2017] syrnn:
Tidak aku paksa diriku, keluar dari situ. Hanya masa sahaja yang aku tunggu, sebagai penawar real, untuk selamatkan aku, dari alam itu; alam yang dinamai alam percintaan.

[4:32 PM, 10/23/2017] syrnn:
Tak sangka, aku bisa merasai cinta seperti itu, cinta di era moden. Mencintai aku seseorang, yang dirinya jauh, sangat-sangat jauh. Dan, ia benar-benar menyeksa jiwaku.

[4:33 PM, 10/23/2017] syrnn:
Tapi, tidak aku paksa hatiku untuk abaikan ia. Kerna biarlah durasi masa, keluarkan aku dari alam itu.. walau dalam proses menunggu itu, hatiku merana.

Aku dah biasa... hidup seperti ini...

Ulasan

Catatan Popular