~lama kelamaan~

katanya:

[4:54 PM, 10/23/2017] syrnn:
Lama kelamaan, kamu tidak lagi wanita
yang sangat aku cintai.
Lama-kelamaan, kamu tidak lagi wanita,
yang tercantik di mataku.
Lama-kelamaan, kamu tidak lagi wanita,
yang aku suka personalitinya.
Lama-kelamaan, tidak lagi aku
melibat gambar-gambarmu.
Lama-kelamaan,
kamu bakal hilang dari hatiku,
dan sekadar menjadi memori dalam hidupku.

[4:55 PM, 10/23/2017] syrnn:
'Lama-kelamaan' itu penting,
kerna ia adalah penyelamat sebenar
kepada hati yang berduka,
ia adalah penawar real
kepada jiwa yang lemas
dalam lautan cinta.

[4:57 PM, 10/23/2017] syrnn:
Tapi, aku benci akan 'lama-kelamaan',
sangat-sangat benci,
kerna ia adalah sebuah kekalahan.
Tapi, lama-kelamaan aku sedar
aku memang seorang yang kalah
dalam semua perkara.
Dan hanya 'lama-kelamaan' sahaja
yang sesuai terhadap manusia loser
seperti aku.

[5:00 PM, 10/23/2017] syrnn:
Aku benar-benar benci akan kata 'lama-kelamaan',
kerna ia benar-benar real penawarnya,
sangat-sangat real,
\cumanya ia mengambil masa yang panjang,
untuk penawar itu menjadi mujarab.
Dan, dalam proses menunggu ia menjadi mujarab,
hati merana, jiwa lemas, zahir lelah terseksa
kerna tragedi cinta, juga tragedi psikologi.

[5:03 PM, 10/23/2017] syrnn:
'Lama-kelamaan' adalah penawar real,
kepada hati yang terluka kerna cinta unrequited.
Ia ajar hati manusia, untuk terima realiti hidup,
untuk terima kekalahan, dan ia menyeksa,
sangat-sangat menyeksa hati,
apatah lagi apabila hati belajar menerima kekalahan itu.
Air mata jatuh dalam diam,
di malam hari,
ketika bersendirian
mendengar lagu syahdu,
dan memandang rembulan.

Menerima kekalahan sangat-sangat menyeksa hati.
Tapi, mulut belajar senyum real,
kerna hati mahu belajar
menerima kekalahan cinta,
tanpa menjadi bodoh
kerna tidak mahu menerima kekalahan itu.

[5:08 PM, 10/23/2017] syrnn:
Pernah kamu,
menerima kekalahan akan cinta
yang ada di hatimu,
sambil senyum dan berlalu pergi
Pernah kamu seperti itu?

[5:10 PM, 10/23/2017] syrnn:
Aku selalu, lagi dan lagi.
Malah, 100% cintaku adalah itu.
Dan, sepertinya aku nak,
selama-lamanya tetap 100%,
agar bisa aku hidup bersendirian
buat selama-lamanya,
kerna impianku adalah,
hidup tanpa cinta romantika
sehingga akhir hayatku.
Aku dah biasa merasai duka cinta,
maka biarlah saja, aku merasai itu,
sehingga akhir hayatku,
dan pada masa yang sama,
aku bisa capai impianku,
iaitu impian hidup bersendirian
selama-lamanya.

Berteman dengan kesedihan,
kesayuan, kesepian, kepiluan,
kesyahduan, kesunyian, kekosongan
adalah indah, sangat-sangat indah,
kerna ia ada nilai estetikanya yang tersendiri.

[5:10 PM, 10/23/2017] syrnn:

Walaupun ia berbahaya kepada kesihatan badan.

[5:13 PM, 10/23/2017] syrnn: -



Ulasan

Catatan Popular