~Tajuk: Kosong Aku di Alamku~
CERPEN
Berjalanku bersendirian, di ibu kota. Melihatku pelbagai ragam manusia. Masing-masing wajahnya, ada kata-kata tersurat dan tersirat. Berjalanku memerhati persekitaranku, dan mindaku, hatiku tidak berhenti berkata-kata, walau di zahirku, aku sibuk memandang dunia. Mereka itu (jiwaku, mindaku, hatiku) sentiasa seperti itu. Selalu, andai aku sibukkan zahirku, mindaku juga hatiku masing-masing akan persoalkan itu dan ini, bilang mereka : sibukku itu, di zahirku, hanyalah caraku lari, dari diri aku sendiri. Aku lelah dengan mereka, kerna mereka sentiasa mahu melemaskan aku, dalam lautan rekaan mereka sendiri. Kerna itu, pada hari ini, aku memilih berjalan-jalan di ibu kota, pusing-pusing ibu kota, melihat alam zahir, yang telah lama aku abaikan, kerna sibukku di alam minda, dan hati.
Sesekali, aku perlu belajar, abaikan sementara aku, agar bisa aku melihat alam zahir, melihat kepelbagaian, kuantiti, perbezaan yang ada di alam zahir, yang tidak bisa aku jumpa, andai aku hanya sibuk berbicara, dengan diriku sendiri.
Ya. Aku ini, seorang pendiam di zahir, tapi aku sentiasa berkata-kata dalam mindaku, atau berkata-kata dengan hatiku. Aku mungkin seorang pendiam di zahir, tapi andai hatiku, mindaku bisa didengari kata-kata mereka, maka bisa saja aku diantara manusia, yang paling bising sekali 'mulutnya'.
Ah! Sekali lagi, berkata-kata aku dengan aku, bila mana kakiku sibuk berjalan-jalan di ibu kota ini. Tiba masanya, mataku mengambil alih, akan mindaku. Maka melihatlah aku akan ragam manusia. Manusia ini pelbagai, cumanya manusia tidak suka pelbagai, kerna masing-masing mahu manusia lain ikut gaya mereka. Ah! Lantak saja, itu namanya manusia.
Memerhati aku sekeliling. Melihat aku manusia yang senyumnya real, cumanya matanya kosong, atau ada yang matanya kelihatan sedih; sayu pandangannya. Itu jiwa-jiwa yang kesepian, kesunyian.
Ah! Terasa lagi aku, akan kosongnya hidupku ini. Kenapa asyik aku begini? Kenapa asyik terasa kosong akan sebuah kehidupan? Bila aku melihat manusia lain, mereka gembira, mengejar impian, cita-cita. Aku pula, rasa kosong akan semua itu. Bila aku lihat manusia, gembira kerna cinta, juga sama, aku anggap itu juga kosong. Semua bagiku, aku tafsir kosong. Mungkin kerna, hilang sudah minatku akan semua itu.
Aku berjalan, lagi dan lagi. Tidak mahu aku, layan aku, yang ada di dalam aku. Mahuku saja abaikan dia buat sementara, agar bisaku, tafsir dunia ini, tanpa dipengaruhi perspektif kekosongan jiwaku. Tapi tak bisa juga, kernanya bagaimana bisaku tafsir dunia, andai buang aku akan perpektifku? Ia bagaikan, aku melihat dunia, tafsir persekitaranku tanpa guna aku yang ada di dalam aku, tapi hanya guna mereka (manusia lain) yang ada di dalam mereka. Bagaimana bisa aku tahu mereka yang ada di dalam mereka. Andai bisa pun, berdasarkan zahir mereka, bukan apa yang ada dalam jiwanya, kerna apa yang ada di jiwanya itu, tersembunyi dari pengetahuanku, dan kurang ajar aku ini, andai aku melihat mereka guna jiwa mereka, kerna tidakku tahu bagaimana sifat jiwa mereka. Aku bukan si ahli, yang bisa bicara soal jiwa. Apa yang bisaku buat hanyalah bicara jiwaku yang kekosongan identitinya. Tapi, kosong manapun identiti jiwaku, ia tetap sebuah identiti, kerna aku adalah aku, tiada bisa manusia lain bisa jadi aku, apa yang manusia lain bisa hanyalah, mencari kisah mereka dalam kisah hidupku, dan tafsir ia guna sejarah hidup mereka.
Ah! Lagi dan lagi, aku sibuk di dalam aku. Seperti ini aku. Di zahir banyak kegembiraan bisa dilayan, tapi masih juga aku, masuk ke dalam aku, berbicara soal itu dan ini, yang sepertinya tidak ada hasil bagiku, di alam zahir. Ia hanya memberiku, pentafsiran akan sebuah kehidupan dengan nilai subjektif kekosongan jiwaku.
Berjalan aku, lagi. Di hujung sana itu, ada manusia duduk-duduk, melihat mereka manusia bermain muzik, menyanyi. Pergi aku duduk sekali, melihat manusia hidup cara manusia, mendengar aku lagu-lagu indah manusia. Muzik itu adakalanya racun, adakalanya penawar. Ia racun, kerna ia bisa menambah duka kepada jiwa yang kesepian, yang kesedihan hasil cinta. Ia penawar, kerna ia bisa beri motivasi. Tapi itu buat kebanyakan manusia, kerna bagiku, lagu itu hanyalah racun. Ia hanya racun, kerna bagiku, hanya lagu melodi syahdu sahaja real, lagu rancak yang beri motivasi bagiku, ia hanya ilusi, penuh ilusi.
Sentiasa aku akan mendengar lagu-lagu syahdu, kerna ia memberiku estetika, akan sebuah kesedihan hasil kekosongan hidup, juga hasil cinta yang tidak berbalas. Jarang aku mendengar lagu rancak, apatah lagi lagu beri motivasi, kerna bagiku, semua itu hanya ilusi, memberi harapan palsu kepada manusia. Lagu syahdu adalah penawar real, kepada manusia jiwa corrupt sepertiku.
Ah! Sekali lagi, aku sibuk di dalam aku, bila mana di luarku, ada keindahan yang bisa diperhatikan. Ini aku, asyik berkata-kata dengan aku. Pernah, di kala aku disuruh berbicara zahir, hanya sepatah kata keluar dari mulutku. Wahai mulut, andai bisa kamu berbicara lincah, seperti mana aku yang ada di dalam aku, mungkin di saat ini, ramai manusia kata aku ini pandai, walaupun sebenarnya aku tidak pandai.
Mulut! Ia mulut. Bisa mulut digunakan hinggakan ramai manusia kata seseorang itu pandai, sedangkan kata-kata mereka penuh copy paste cuma ditambah keindahan retorik, dan keyakinan yang tinggi. Cemburu aku akan mereka yang bijak berkata-kata, kerna bisa menyentuh hati orang bodoh. Aku sangat cemburu akan mereka, kerna hanya dengan maklumat copy paste, mereka ada keyakinan berkata-kata, hinggakan berani memberi pendapat. Aku cemburu akan mereka, tapi aku tak minat menjadi seperti mereka. Tak minat aku menjadi pencerita kepada hati-hati yang pelik.
Ah! Lagi, aku sibuk di dalam aku. Dan lagi, jauh hatiku tersimpang, menilai manusia. Diam hati! Diam akal! Jangan kamu jadi anarki. Jangan kamu jadi rosak. Jangan kamu kritik manusia. Itu bukan kerjamu.
Melihat aku lagi alam sekeliling. Manusia melihat dan melayan akan manusia lain menyanyi, dan bermain gitar. Indah pemandangan ini. Pemandangan yang jarang aku lihat di alam zahirku. Tapi, bagi jiwaku, semua itu kosong. Bagiku, semuanya adalah kosong.
Ini salahku, bukan salah persekitaran zahir. Ini salah jiwaku, kerna anggap semuanya kosong. Jiwaku seperti ini, semua nilai kosong. Kerna bagi ia, semua itu hanyalah untuk menutup akan crisis manusia, existential crisis. Manusia sibuk di zahir, sama ada kerna mereka nak lari dari ia itu, atau sama ada mereka tidak tahu, bahawa mereka dah lupa akan existential crisis, atau mungkin mereka tiada existential crisis. Sentiasa, di penghujung malamku, setelah sibukku di zahir, pasti persoalan existential datang ke dalam jiwaku. Persoalkan cara hidupku, yang sibuk di alam zahir, mengumpul material, mengikut kapitalisme.
Ah! Diamlah akal! Aku dah penat melayan kamu.
Mendengar aku akan lagu, yang dinyanyikan oleh manusia itu. Terasa merdu suaranya. Tapi kenapa, aku tetap rasa kosong? Sentiasa, di kala aku gembira, aku rasakan kegembiraan yang aku rasakan hanyalah ilusi, kerna bagiku ia ilusi, kerna hanya kekosongan yang real; kegembiraan itu hanyalah sebuah pelarian dari kekosongan; kegembiraan bagiku umpama alam fantasi, sedangkan kekosongan adalah umpama alam realiti.
Ah! Lagi, dan lagi, aku sibuk di alam diriku sendiri. Coba aku fokus, mendengar manusia itu bernyanyi. Lihat aku sekeliling, memandang wajah-wajah manusia yang terhinopsis oleh keindahan lagu.
Inner voice aku terhinopsis kerna kesibukanku di alam zahirku mengejar keindahan dunia. Mungkin itu lebih baik. Buat apa aku mendengar inner voice ku, andai ia selalu kata, semua adalah kosong penghujungnya.
Coba aku fokus akan mataku, ke arah wanita itu, yang sedang menyanyi itu. Dia cantik, bisa menyentuh hati, yang kesepian, yang kesunyian, seperti hati kosongku ini. Senyumnya, tawanya, bisa masuk ke hati, menyuruh agar, jatuh cinta lagi. Ah! Persetankan semua itu! Bagiku, cinta itu juga kosong. Ia hanya cara manusia lari dari hatinya sendiri. Cinta itu hanyalah ilusi kepada hati-hati yang kekosongan. Hati yang kosong, bila mana dia gunakan cinta, agar bisa menjadi penawar kekosongan hidup, makanya dia bodoh, sangat-sangat bodoh, kerna tidak akan pernah cinta itu, bisa menjadi penawar real kepada kekosongan hati.
Pandang dia akan aku, sambil dia senyum. Aku pun balas senyumnya, kerna ia adalah common sense bermasyarakat. Cuma hati kadang-kadang bodoh, hanya kerna senyuman, ia bisa jatuh cinta. Dan, hati juga bisa bodohkan akal, kerna ia bisa beri delusi kepada logiknya akal.
Lagi dan lagi, dia menyanyi. Lagu rancak, lagu syahdu, semuanya dia nyanyikan kepada hati-hati yang mencari alternatif, untuk lari sementara, dari dunia realiti masing-masing.
Ah! Lagi dan lagi. Sibuk aku di dalam aku, sedangkan di zahirku, peristiwa indah tengah berlaku; wanita cantik sedang nyanyi. Lantaklah! Aku tak minat akan cinta, kerna malas aku fikir akan semua itu. Lebih baik aku, layan saja cinta delusi di hatiku, daripada sibuk aku di alam zahir hanya kerna hendak menjaga cinta. Malas aku akan itu. Nyawa aku dah nak habis, kenapa perlu aku cari cinta real, biar saja layan aku cinta delusi, sambil mendengar lagu syahdu, di penghujung malam hari.
Ah! Diamlah akal! Diam hati! Lepaskan aku sementara! Please...
Aku memandang ke atas langit, ternyata warna biru langit indah. Tidak aku tahu, sudah berapa lama, aku tidak memandang dan menghayati warna birunya langit. Apa dayaku, sibuk aku di dalam aku, hinggakan mataku hanya selalu, memandang bawah, itupun bukan pandang tanah, tapi tengah melayani aku yang ada di dalam aku.
Aku memandang atas lama. Tapi, seperti biasa, hati dan minda mula lagi berbicara itu dan ini. Aku benar-benar, dah penat, dah lelah, hidup seperti ini.
Ulasan
Catat Ulasan