~soal hatinya~

katanya:

Please, aku tak nak jatuh cinta
Dan, aku tak nak cintaku dibalas...
Aku tidak mahu, andai kesedihanku
Hasil kerna cinta unrequited
Yang aku rasai sekarang ini
Hilang dari hatiku, dari jiwaku.
Aku nak selama-lamanya
Aku rasa sedih hasil cinta unrequited
Kerna aku dah biasa merasai itu
Malah, ia menggembirakan hatiku
Di kala sedih sambil mendengar
Lagu melodi syahdu...
Ia indah, terasa indah, beriku keindahan.
Aku tak kisah andai jatuh cinta lagi
Kerna, mahu atau tidak,
Aku tetap akan jatuh cinta lagi
Maka itu, aku tak kisah itu
Tapi please, jangan cintaku dibalas
Kerna aku tidak mahu, kesedihan hasil
Unrequited cinta, yang aku rasai
Yang pernah aku rasai hilang
Pudar dari hatiku, dari jiwaku, dari rasaku,
Aku tak nak itu...
Aku nak, selama-lamanya, aku merasai
Kesayuan, kesyahduan cinta unrequited
Kerna, aku dah biasa merasai itu...
Dan, aku takut andai ia hilang dari hatiku,
Aku takut aku bakal merindui perasaan duka
Hasil cinta unrequited, kerna pernah
Suatu ketika dahulu, di kala hatiku
Tidak mencintai sesiapa, tanpa sedarku
Aku mula merindui rasa duka kerna
Unrequited sebuah cinta.
Itu padahnya, apabila selalu
Dan dah biasa merasai duka
Hasil cinta yang tidak berbalas.
Untung manusia yang ada lagi impian
Nak merasai cinta real, untung mereka itu
Kerna, aku dah tidak mahu berimpian
Agar aku bertemu cinta real
Aku hanya berimpian, agar aku bisa hidup
Sambil mendengar lagu sayu
Yang bermelodi syahdu, memikirkan
Akan nasib cinta unrequited ku,
Ia indah, sangat-sangat indah, seperti itu.

Ia indah lemas di lautan delusi cinta
Ia seperti mengambil dadah
Kita sendiri tahu ia sia-sia
Tapi hati tetap tak bisa lari
Dari rasa indah hasil lemasnya
Yang diberikan oleh ia
Akhirnya, tetap masih mahu
Memilih lemas di lautan ilusi.

Minta maaf cinta,
Tafsiranku mengenaimu
Telah aku rosakkan, kerna memilih
Merasai keindahan di alam
Cinta unrequited-delusional.
Minta maaf cinta
Kerna aku merasai keindahanmu
Bukan dalam cinta erti real
Tapi dalam cinta unrequited.
Aku minta maaf cinta
Kerna aku memilih cinta unrequited
Berbanding cinta erti real
Untuk merasai keindahanmu.
Dan akhir sekali
Minta maaf juga
Kerna aku merasa indah
Merasai cinta unrequited...

Hatiku rosak kan?
Ya, sangat-sangat rosak...

Ulasan

Catatan Popular