~tentang minatnya~

katanya:

Di kala ini
Masih aku mendengar
Lagu sayu melodi syahdu.
Ia indah mengisi depression
Sambil mencari penawarnya
Dalam dunia ilusi cinta...
Tapi, akhirnya juga
Kekosongan di hati
Bertambah, kerna
Hati tahu,
Sangat-sangat tahu
Penawar itu ilusi,
Sangat-sangat ilusi.
Ia tahu itu, dah lama
Tapi, masih juga
Aku memilih lemas
Di lautan cinta ilusi.
Ia semata-mata kerna
Aku rela merana
Kerna cinta
Unrequited-delusional
Berbanding merana
Kerna kekosongan
Hasil depression-ku
Walaupun akhirnya
Cinta seperti itu
Hanya menambah lagi
Kemurungan-ku...
Tapi, kemurungan hasil
Unrequited-delusional cinta
Lebih indah dirasai
Berbanding kemurungan hasil
Kekosongan erti hidup.
Ia lebih indah
Sambil mendengar
Lagu melodi syahdu.

Nak bantu aku?
No, thanks...
Tak kisah pun?
Thank you very much.
Loser!
Yeah, I'm a real loser.

Ulasan

Catatan Popular