~aku~
katanya:
hatiku rasa syahdu, sedih
apabila aku fikirkan nasib cintaku ini
dan juga nasib hidupku ini.
cintaku adalah unrequited
dan pada masa yang sama
hidupku adalah sebuah kegagalan.
dua-dua itu membunuh jiwaku
dan, aku tidak tahu lagi
apa yang perlu aku lakukan.
untung sekolompok manusia
walaupun cinta mereka adalah kesedihan
tapi mereka ada harta, populariti, kuasa
untuk berehat di 'dalamnya'.
aku di sini, ketika hatiku merana
kerna cinta dan kegagalan hidupku
aku langsung tiada apa-apa
hanyalah kekosongan, kegagalan.
dua peluru tepat mengenai dadaku
tapi mereka, hanya satu peluru sahaja.
pernah, kerna aku tahu dunia ini tidak adil
maka, aku pun nak jadi hebat
agar hanya satu peluru sahaja
menembus hatiku, dadaku.
tapi, lepasku fikirkan kembali,
'untuk apa semua itu...'
'untuk apa aku menjadi hebat'...
kerna, aku tidak tahu
andai aku jadi hebat, berapa pula peluru
yang menembus hatiku, dadaku.
kerna, mataku tak nampak
berapa banyak peluru
yang menembus manusia hebat.
mataku hanya nampak dua peluru sahaja.
tapi, aku tetap nak jadi hebat...
aku tak tahu hebat untuk definisi mana
tapi, aku nak menjadi hebat,
kerna aku dah puas
ditikam cinta unrequited
dan pada yang sama kehidupanku kini
adalah sebuah kegagalan
aku dah puas merasai semua itu...
aku nak menjadi manusia hebat
kerna aku dah puas merana
akan kehidupanku di saat ini...
cumanya, depression
tetap datang membunuh
kemahuanku itu...
Ulasan
Catat Ulasan