~

kenapa kau mencintai wanita itu
sedangkan ramai lagi wanita
di luar sana...?

kerna, aku dah mencintai dia
dan, aku tidak tahu lagi
bagaimana nak mencintai
wanita lain...

kau boleh mencintai wanita lain
cumanya, kau yang tidak mahu, kan?

ya... aku pilih, mahu terus mencintai dia
walaupun aku tahu, cinta ini membunuh
hatiku, melemaskan jiwaku...

kau bodoh. kau benar-benar bodoh.

ya, aku tahu, sangat-sangat tahu akan itu.

jadi, kenapa kau masih mahu mencintai
wanita delusi itu...?

kerna, aku sangat-sangat mencintai dia...
dan, aku tak minat cari cinta
di alam realiti...
kerna, aku bercadang hidup bersendirian
sehingga akhir hayatku...

kenapa kau bercadang untuk hidup
bersendirian selama-lamanya...?

kerna, i'm a failure. i'm a loser...

???

aku dah malas nak teruskan hidupku.

kerna itu, kau melayan cinta delusi...?

ya... agar aku bisa lupakan duka realitiku.

tapi, kau merasai duka hasil delusi...

itu yang terbaik. merasai duka hasil delusi
lebih indah berbanding rasai duka hasil realiti.

kau memang bodoh. tersangat bodoh.

ya.... aku memang bodoh... kerna
aku memang bodoh...

Ulasan

Catatan Popular