~ingat!!!~
katanya:
ingat, di dunia ini
bukan kau seorang sahaja
yang berduka kerna cinta
maka perasaan kau tidaklah istimewa
tidak pernah istimewa kepada sesiapa pun...
kerna itulah, jangan luahkan duka cinta
yang hati dan jiwa kau rasai
kepada sesiapa pun...
pendam saja ia, biar ia bunuh jiwa
dan hati merasa seksa merana,
menangis di ruang kecil bersendirian
hanya berteman dinding bilikmu
tanpa sesiapa pun yang tahu...
itu yang terbaik,
tanpa menyusahkan sesiapa pun.
Ulasan
Catat Ulasan