~tentang kamu~

katanya:

aku tidak tahu
andai aku jumpa akan kamu
adakah aku bakal mencintaimu
kerna kebanyakan mengenai kamu
hanya dalam delusi khayalanku saja
daripada personalitimu dalam alam maya.

aku tidak tahu
adakah aku bakal mencintaimu
seperti mana aku mencintaimu sekarang
andai dirimu aku kenal di alam realiti...
kerna itu, biarlah saja aku mencintaimu
tanpa perlu usaha jumpa kamu di realiti
kerna mungkin mencintaimu hasil delusi
lebih indah berbanding mencintaimu
di alam realiti empirikal...
kerna kebanyakan personaliti kamu
adalah hasil delusiku sahaja...

tapi, aku tetap coba mencintaimu
di alam delusi atau di alam realiti
kerna aku dah tersangat-sangat
mencintai kamu...

Ulasan

Catatan Popular