namanya
katanya:
Rintangan belukar psikologinya
Amati ia dalam kesendiriannya
Halau sesiapa mahu mendekatinya
Mahu dia tutup hatinya rapat-rapat
Angkara kekejaman cinta romantika
Dia pilih hidup dalam kesunyian.
Rindu dia akan dirinya dulu
Angkasa cinta pencariannya
Hadapi derita cinta dengan tawa
Mampu tersenyum walau jiwa sakit
Awan hujan menari dia dibawahnya
Dikira gila tapi dia pengkarya cinta.
Rihlah cintanya hanyalah kelam
Angkat jiwanya sendiri supaya sirna
Hadapi keindahan derita cinta
Melukis derita itu atas kanvas hitam
Akhir seninya adalah mediocre
Dalam tersirat, mahupun tersurat.
Ruang masa tiada lagi erti baginya
Api cinta telah membakar jiwanya
Hitam legam tinggal baranya
Mati nyalaan obor enthusiasmnya
Apa yang tinggal hanyalah habuk
Dan, darah hitam warna awan jiwanya.
Ulasan
Catat Ulasan