Bab 12: si pencari fantasia

12 Festival bermula

Pada hari ini festival bermula. Festival ini diadakan selama tiga hari berturut-turut, bermula dari Isnin hingga Rabu. Ramai manusia yang datang daripada pelbagai kawasan mengunjungi sekolah ini. Sekolah ini adalah salah satu sekolah terbaik di daerah ini dan menjadi pilihan ramai untuk menyambung belajar di sekolah ini.

Aku pergi ke sekolah lebih awal daripada biasa. Dah berapa hari aku tidak jumpa Rin( Berapa hari? Sehari? Dua hari?). Malas aku nak fikirkan semua itu. Seandainya aku sibuk atau ada sesuatu yang perlu aku buat di realiti aku maka aku akan abaikan ilusi aku buat sementara waktu.

Aku berjalan ke arah sekolah. Ketika aku sampai di pagar sekolah ramai manusia telah sampai. Aku tidak tahu mengapa mereka suka sangat dengan festival ini. Lantaklah hidup mereka. Aku pun malas nak layan semua itu, lebih baik aku fikir mengenai tugas yang menunggu aku. Aku dah mula rasa kosong pula pada awal pagi ini.

Sampai di kelas, aku disuruh oleh manusia untuk menukar baju. Baju yang dicadangkan aku pakai adalah pakaian tradisional masyarakat aku. Setelah selesai mengurus perkara pelik ini, aku terus menuju ke arah depan kelas. Aku memegang kertas besar yang ditulis si atasnya

‘Selamat datang ke Cafe Kelas Kami.’

Aku menunggu Shina. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakonkan di dalam situasi seperti ini. Walaupun manusia belum ramai kerana pengetua belum merasmikan festival ini tetapi aku dah mula takut. Loser sial.

Beberapa minit kemudian ramai manusia memasuki sekolah aku setelah menunggu lama di depan pagar sekolah. Aku masih menunggu Shina.

Aku memegang kertas itu sambil terbang ke fantasi aku. Aku memikirkan semua ini. Memikirkan perkara yang membuat aku nervous sehinggakan aku rasa seperti nak lari daripada semua ini. Aku ini hyper-introvert, sejak bila pula aku perlu buat kerja seperti ini, tapi aku perlu berlatih semua ini untuk hidup selesa di dunia kapitalis ini. Aku perlu berlatih sejak sekolah menengah untuk berjaya di dalam sistem kapitalis. Bodohlah kalau tujuan aku seperti itu. Macam mana nak lari daripada sistem kapitalis? Tidak boleh lari, hanya boleh berusaha untuk selesa di dalam sistem ‘indah’ itu.

Kalau aku berlatih jadi introvert agar aku boleh berjaya di dalam sistem ini, boleh tak? Tak boleh. Aku perlu berlatih dari sekarang untuk menyesuaikan di dalam dunia moden ini.

Aku penat dengan semua ini, tetapi daripada aku menghabiskan masa di dunia ilusi lebih baik aku berjaya di dalam dunia kapitalis ini. In the end, hati aku tetap rasa kosong.

“Amad, jangan mengkhayal.”, Shina memukul kepala aku.

Bodoh sial wanita ini. Kau dan aku bukannya rapat, apasal kau layan aku macam kau rapat dengan aku.

“Amad, kau fikir apa?”

“Tiada.”

“Kenapa kau buat muka macam kau marah?”

“Aku fikir pasal karakter kau.”

“Kenapa dengan karakter aku?”

“Aku fikir berapa ramai sudah lelaki yang kau hancurkan hatinya.”

“Aku tidak faham. Dan aku bukan jenis perempuan seperti itu.”

“Sebab kau tidak faham dan kau bukan jenis seperti itulah yang menyebabkan ramai lelaki salah faham yang akhirnya mengajar mereka erti matang berdasarkan kesedihan.”

“Bukankah itu baik?”

“Bagaimana denga mereka yang hancur dan tidak dapat berdiri semula?”

Dia diam. Bodoh punya wanita. Kau tahu tak apa itu kesakitan kerana kebodohan cinta romantik. Kau tahu tak apa yang dirasa oleh seorang lelaki apabila kau memberi harapan kepada lelaki, sedangkan kau tidak sedar bahawa kau tidak memberi apa-apa harapan pun. Cubalah berfikir sikit.

“Mad, kenapa kau tidak puji aku?”

“Puji?”

“Kau ni memang tiada perasaan. Kau tak nampak tak apa yang aku pakai?”

“Nampak, tapi apa beza seandainya aku nampak atau tidak, aku bukannya boleh ubah hati kau.”

“Kah kah kah.”

“Amad, perasaan boleh diubah seperti yang kau pernah cakap.”

“You cannot sell dream to someone who through nightmare.”

“Kau copy paste ayat tu dari mana? Facebook? Kah kah kah.”

“Dah lah. Malas aku nak cakap dengan kau.”

“Amad, kenapa kau tidak jaga apa yang kau katakan di depan aku?”

“Maksu kau cakap perkara yang baik di depan kau?”

“Ya.”

“Buat apa? Nak  mengurat kau? Kau kan dah reject aku. Buat apa aku nak jadi baik depan kau. Dan sejak bila aku baik?”

“Kah kah kah.”

“Woi korang berdua jangan nak dating sini!’, suara ketua kelas kedengaran dari jauh.

Bodoh lah ketua kelas ni. Tak pasal-pasal ramai manusia tahu. Aku malas nak layan semua tu. Dah manusia ini boleh jadi pelik kalau bicara benda bodoh tu.

Aku dan Shina berdiri di depan kelas. Aku berlakon senyum, lakonan yang aku pakar sekali. Beberapa manusia mengunjung kelas kami. Aku hanya senyum. Shina pula mengucapkan selamat datang.

“Amad,  sambut tetamu dengan ucapan.”

“Malaslah. Kau kan ada.”

“Sebab itulah orang gelar kau sombong.”

“Aku tidak kisah semua itu. Lebih baik aku di benci kerana aku berlakon gaya ‘be yourself’, daripada aku disuka kerana berlakon gaya yang aku benci.”

Dia memukul kepala aku.

“Kau ni bodohlah.”, mulut aku tidak dapat menahan suara yang datang daripada hati aku.

Dia senyum.

“First time lelaki cakap aku bodoh.”

“Sebab kau lawa, sebab tulah ramai lelaki nak jaga hati kau.”

“Kah kah kah.”, dia hanya gelak.

“Kenapa kau gelak. Kan aku dah pernah cakap, jaga karakter kau depan lelaki, takut lelaki salah faham dan salah tafsir.”

“Hanya kau seorang sahaja aku layan seperti ini.”

“Ni lagi salah satu kebodohan kau. Kalau aku salah faham macam mana? Kau nak tanggung kesakitan hati aku?”

“Aku tahu kau tidak akan salah faham. Aku dah semakin tahu perangai kau macam mana.”

“Bodohlah, alasan.”

“Kah kah kah.”, dia sambung gelak.

...

Dia hanya senyum. S**t lah, dah awek ini senyum lawa, tapi aku malas nak layan lagi semua itu. Masalah aku dengan Rin pun belum selesai, ada masa pula aku nak layan kisah romantik bodoh ni. Aku ini anti-romantik, tapi aku tahu apa itu romantik, sebab itulah aku pilih nak jadi anti-romantik. Ayat bodoh yang keluar daripada hati aku yang dah rosak ini.

“Amad, kau lost in thought lagi.”

“Diamlah.”

Dia gelak. Aku cepat-cepat pusing kepala aku. Aku tak nak nampak dia gelak, tak pasal-pasal hati aku yang bodoh ni boleh jatuh cinta lagi. Aku malas dan penat nak layan semua itu. Semua itu tidak wujud di dunia aku, dan aku tidak layak nak layan semua itu. Alasan aku nak sedapkan hati.
Lost in thought. Ketika Shina menyebut ayat tu, aku teringat Rin. Shina dan Rin adalah orang yang sama. Kebodohan minda aku mula menjelma semula.

“Amad, jom pergi jalan-jalan.”

“Kau nak ponteng kerja kau?”

“Macam tak biasa.”

“Aku tak nak.”

“Kenapa?”

“Kau rasa berapa ramai lelaki akan kecewa apabila puteri mereka berjalan dengan aku?”

“Kah kah kah. Kau ni pelik lah.”

“Diamlah. Aku nak berdiri di sini sampai habis. Aku pun malas nak pergi ke tempat yang ramai manusia.”

“Kau ni memang anti-social.”

“Tahupun. Lain kali jangan ajak aku.”

“Kah kah kah.”

“Kenapa kau gelak?”

“Tiadalah.”

Dia memandang aku.

“Woi, jangan pandang aku macam tu. Nanti aku salah faham.”

“Kah kah kah.”

“Wanita seperti kau ni lah yang menghancurkan lelaki.”

“Kah kah kah.” , dia sambung ketawa.

Banganglah wanita ni.

“Amad, aku nak pergi beli makanan.”

“Kau nak tinggalkan aku di sini bersendirian? Kau nak aku layan semua manusia ini?”

“Apa salahnya? Kau takut?”

“Tidak. Kau ingat aku tidak boleh buat.”, lakonan daripada mulut aku telah bermula.

“Kah kah  kah. Bye Mad.”

Dia berjalan ke arah aku. Dan dia cakapkan sesuatu yang telinga aku tidak boleh dengar.
Dia berdiri di sebelah kanan aku dan memandang ke arah belakang aku dan mengulang perkataan yang sama

“What will happen when your reality and fantasy collide?”

Dia berjalan meninggalkan aku.


Apa maksud dia? Apa maksud ayat tu? Apa akan terjadi seandainya realiti dan fantasi aku bertembung? Senang sangat jawapan untuk soalan seperti itu. Mana boleh fantasi dan realiti collide. Fantasi itu ilusi, realiti itu real, kalau bertembung tak belaku apa-apa lah. Tapi, seandainya ada maka jawapan yang sesuai adalah hati aku tetap rasa kosong, sama ada fantasi dan realiti collide atau tidak. Aku malas nak kisah seandainya realiti dan fantasi aku collide. Kalau benda itu berlaku ke atas diri aku baru aku akan fikirkan.











Ulasan

Catatan Popular