Bab 14: si pencari fantasia
14 Di sekolah realiti aku
Aku pergi ke sekolah pada hari Khamis. Festival dah berakhir dan aku tidak
sempat pun melayan bunga api yang biasanya akan ‘dilepaskan’ pada hari penutup
festival itu. Mungkin Shina dan teman lelaki dia dan manusia yang ada di
sekolah ini sempat melihat bunga api.
Sebenarnya aku bukannya tidak sempat untuk melihat bunga api, aku hanya
malas untuk keluar dan memerhati dunia realiti aku. Aku juga rasa letih buat
aktiviti di sekolah fantasi aku, dan badan aku juga terasa sakit kerana aku
berjoging di taman yang terletak dekat dengan rumah aku di fantasi.
Ketika aku berada di dalam kelas, aku hanya memerhati sekeliling. Aku
mencuba mencari Shina, tapi bayang-bayang dia langsung aku tidak nampak. Bodoh
lah hati ni, bukankah dia dah ada teman lelaki, dan bukankah dia itu suka
berlakon depan kau, tapi kenapa tidak mahu belajar daripada semua itu.
Bodohlah. Bicara minda aku kepada hati. Hati hanya diam dan menyuruh mata untuk
terus mencari Shina.
...
Habis persekolahan.
Aku langsung tak nampak dia hari ini. Walaupun sehari tak jumpa, hati ini
terasa sakit, mungkin kerana rindu, atau mungkin kerana kesakitan di hati ini.
Aku takut kesakitan tapi pada masa yang sama aku ingin menjumpainya. Aku tahu
dia ada lelaki lain, tetapi hati ini pelik. Hati ini tetap mahu melihatnya,
kerana hati ini menganggap bahawa minda hanya skeptikal menilai lelaki yang
menemani Shina pada malam tempoh hari. Hati ini tertanya-tanya sama ada aku
masih ada peluang atau tidak. Dan bukankah dia pernah reject aku?
Aku penat dengan semua ini. Aku tidak suka melayan romantik bodoh ini, tapi
hati aku susah untuk dikawal. Aku pernah mereka pagar ilusi di dalam hati ini,
tetapi pagai itu senang sahaja untuk dirosakkan oleh romantik. Aku ini
anti-romantik, kenapa pula boleh dirosakkan oleh romantik. Mungkin, hati ini
adalah romantik tetapi minda ini adalah anti-romantik. Apa akan terjadi
seandainya hati dan minda bekerjasama? Apa akan terjadi seandainya romantik dan
anti-romantik bekerjasama?
Aku penat nak layan permainan minda lagi. Berapa banyak soalan yang bodoh
harus aku layan. Aku rasa terseksa dengan semua ini. Rasa seksa yang
menyeronokkan. Apabila rasa seksa, sedih dan kecewa dirasa selalu maka perasaan
itu boleh memberi keseronokan ke dalam hati. Hati rasa gembira apabila hati
merasa rasa seksa, kesedihan dan kekecewaan, apa lagi perasaan itu berasal
daripada romantik cinta. Seronok di layan semua itu apabila romantik cinta
berakhir dengan kesedihan. Itulah yang aku takutkan apabila hati ini mula
belajar untuk merasa seronok melayan semua itu yang datang daripada tragedi
perasaan yang ‘dibawa’ oleh romantik cinta tiga dimensi.
...
Keesokan harinya juga aku tidak nampak dia. Dah dua hari dia tidak datang
ke sekolah. Hati aku dah mula rindu. Bodohlah. Bodohlah kisah romantik ini.
Menyakitkan hati aku tetapi hati masih juga mahu melayannya. Memeningkan minda
aku tetapi apa minda boleh buat. Apabila hati mula menolak minda maka tragedi
romantik seperti ini boleh menyebabkan badan menjadi pelik dan boleh
menyebabkan badan melakukan perkara yang bertentangan dengan kemahuan minda.
Hari sabtu berlalu. Terasa sakit hati ini melalui hari-hari itu. Hati aku
juga tidak mahu lagi mendengari minda agar terjun ke lautan fantasi menjumpai
Rin. Hati terasa penat nak melayan
fantasi, apatah lagi realiti pun seperti menyakitkan. Mana boleh hati
meninggalkan persoalan realiti, dan terbang ke langit fantasi. Aku malas nak
jumpa ilusi aku. Aku bukannya mahu menjumpai Rin, aku hanya mahu menjumpai
Shina. Aku rindu dia, walaupun mungkin hati aku yang bodoh ini juga merindui
Rin. Tapi secara logiknya, bukankah perkara realiti itu lebih diterima daripada
perkara ilusi kerana bukankah ilusi itu hanya permainan minda?
Hari Ahad juga berlalu tanpa aku melakukan apa-apa. Aku malas nak bermain
game. Aku juga malas nak membaca manga atau light novel. Aku juga malas nak
layan permintaan minda untuk ke lautan ilusi dan bermain game di sana. Bermain
game bersama Rin. Daripada aku melayan ilusi lebih baik aku melayan realiti,
walaupun realiti itu menyakitkan. Minda aku penat. Hati aku juga penat. Aku
hanya tidur sepanjang hati. Semangatku rendah untuk melakukan perkara yang aku
selalu biasa lakukan di hujung minggu.
Inilah yang dinamakan racun romantis. Racun yang sangat berbahaya sekali,
apalagi apabila romantis itu dilayan diumur seperti ini. Aku mahu lari daripada
terkena racun ini, tapi semua itu telah terlambat. Aku juga tidak tahu
bagaimana nak membuang racun itu. Selama ini, hati aku hanya hipokrit dengan
mengatakan bahawa cinta romantis itu senang hendak dibuang. Mungkin hati telah
lupa bahawa sejarah itu adakalanya tidak boleh berulang. Dulu, hati bisa
membuang racun itu dengan mudah, tapi sekarang hati dah terlena dengan
keindahan racun itu sehinggakan susah minda untuk mengejutkan hati. Minda tidak
tahu nak buat apa lagi, mungkin masa yang akan menentukan.
Pada hari Isnin, aku berharap aku boleh berjumpa dengan dia. Mungkin
seandainya aku memandang mukanya, maka terubat sedikit perasaan rindu yang ada
dalam hati bodoh aku ini. Dah lah hati ini katakan bahawa lelaki yang bersama
dia tempoh hari bukan teman lelaki dia, dia sekadar kawan rapat. Alasan hati
aku untuk sedapkan diri dia sendiri. Minda aku hanya mampu menyuruh kepala aku
bergeleng di saat hati memberi alasan ‘indah’ itu. Alasan untuk sedapkan hati,
dan minda hanya mampu memerhati dari jauh. Kasihan hati, tapi biarlah, dia nak
sangat rasa kesakitan, bagi lah, bicara minda aku bersendirian.
Hari Isnin berlalu. Dia juga tidak datang sekolah. Aku tidak tahu nak cari
dia bagaimana. Aku dah SMS dia semalam tapi dia langsung tidak balas. Aku dah
SMS dia banyak kali tetapi tiada jawapan yang aku terima. Mengapa dia tidak
membalas SMS aku? Adakah aku buat suatu perkara yang menyakitkan hatinya? Atau
dia tidak kisah aku kerana siapa aku untuk dia balas SMS dariku? Mungkin sebab
itu. Bukankah rasa benci itu boleh datang seandainya SMS yang diterima itu
daripada manusia seperti aku? Apabila hati mula terasa kecanduan yang diberikan
oleh racun romantis.
Hari selasa berlalu. Hati aku dah semakin parah. Aku terfikir nak tanyakan
siapa untuk mengetahui keadaan Shina. Aku bukannya ramai kawan. Aku buntu
dengan semua ini. Hati seperti nak teriak, tetapi minda menghalang aku berbuat
seperti itu. Hati terasa seksa dengan racun ini. Hati terasa seperti hancur
berkecai dengan kebodohan romantis ini. Kalau hati ini telah tahu akan
kesakitan ini bakal dirasai, kenapa masih juga mahu melayannya? Kenapa masih
mahu melayan racun romantis?
Bukankah minda itu anti-romantis, maka minda boleh
membuang rasa ingin tahu romantis, tapi hati telah hilang kawalannya. Inilah
racun romantis. Inilah kebodohan romantis. Salah hati kerana melayan semua ini,
bukankah minda telah memberi nasihat agar semua itu hanya dilayan di dunia
fantasi sahaja ataupun dilayan di dunia anime, light novel atau manga? Bukankah
minda pernah memberi nasihat agar menganggap bahawa romantis cinta itu tidak
wujud di dunia realitimu? Cinta romantis itu hanya wujud di realiti manusia
lain, manusia seperti aku tidak perlu tahu semua itu, kerana takut hati
kecundang ketika melayan keracunan romantis.
Hari Rabu berlalu pergi. Aku memberanikan diri untuk menelefonnya, tetapi
dia langsung tidak mengangkat teknologinya itu. SMS aku tidak dilayan, telefon
juga dia tidak layan. Apa yang terjadi kepadanya? Apa nak tahu apa sebenarnya
kisah kesakitan ini. Apa yang tengah hati ini layani sehinggakan kesakitan
kerana rindu terpaksa juga dirasai oleh minda? Aku penat melayan hari-hari ku
seperti ini. Patutlah minda anti-romantis. Minda telah tahu bahawa semua ini
bakal terjadi, apalagi manusia seperti aku yang membenci realitinya, memang
layak merasai kesakitan racun romantis.
Hari Khamis juga meninggalkan hati aku. Terasa perit dan terseksa. Minda
hanya diamkan diri. Dia telah puas nasihatkan hati agar jangan melayan perasaan
itu, tapi hati tetap tidak akan dengar. Hari-hari berlalu dengan sia-sia dek
kerana kebodohan romantis cinta kebudak-budakan. Kenapa cinta itu datang di umur
yang masih mentah ini? Aku masih belum bersedia melayan cinta, tetapi hati
tetap mahu juga bertemu dengan cinta, akhirnya cinta memberi keracunannya
kepada aku yang masih belum matang lagi. Inilah akibatnya melayan cinta hanya
kerana romantis nafsu.
Hari Jumaat berlalu pergi. Dah seminggu aku tidak berjumpa dia. Hati aku
dah rasa nak pecah. Hati rasa seperti rama-rama yang tiada sayapnya. Rama-rama
yang tidak boleh terbang melihat alam yang indah. Itulah hati apabila terjerat
dengan kesakitan romantis. Hati menganggap seperti harinya telah tamat,
sedangkan rasa itu hasil daripada kebodohan hati melayan romantis. Kenapa hati
boleh jatuh hanya kerana romantis ini? Adakah manusia di luar sana yang merasai
apa yang aku rasai, kecundang kerana cinta? Atau tiada kerana romantis itu
sangat berbahaya kepada hati apalagi romantis itu dilayan sebelum perkahwinan?
Tapi hati susah untuk dikawal.
Minda masih mendiamkan diri. Minda hanya berbicara sesama sendiri.
“Inilah yang terjadi seandainya hati tidak mendengar nasihat kita”, kata
minda satu kepada minda dua.
“Ya.”, jawap minda dua singkat.
Minda tiga hanya diamkan diri. Minda tiga mahu memahami hati, tetapi minda
satu melarangnya berbuat demikian. Minda satu takut seandainya minda tiga faham
hati maka minda tiga juga bakal terjerat dengan kerajunan romantis moden.
“Jangan diantara kalian mencuba untuk memahami hati, kerana racun itu mudah
mempengaruhi minda.”, kata minda satu kepada rakan-rakan seperjuangannya.
“Tapi, bukankah kita perlu membantu hati?”, soal minda tiga.
“Ya, benar.”, jawap minda satu.
“Kalau seperti itu, bukankah untuk membantu hati maka kita harus
memahaminya dahulu?”, soal
minda tiga lagi.
Minda satu hanya diamkan diri.
“Tapi bukankah seandainya kita mencuba memahami hati, maka kita akan mula
menerima romantis moden?”, soal pula minda dua kepada minda tiga.
Kali ini giliran minda tiga diamkan diri.
Ketiga-tiga minda tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk selamatkan
hati.
“Biar saja masa yang membantunya. Bukankah masa itu ubat yang terbaik?”,
konklusi minda satu yang mungkin boleh diterima oleh minda tiga.
...
Sepanjang minggu ini aku langsung tidak masuk ke fantasi dan virtual aku.
Aku dah mula lupa pasal Rin. Hati aku tidak lagi mempersoalkan sama ada dia itu
ilusi atau tidak. Minda aku juga tidak lagi boleh mempengaruhi hati agar
sama-sama masuk ke dunia fantasi. Hati sibuk melayan dunia baru dia. Dunia yang
dianggap oleh minda sebagai dunia yang hanya menyakitkan. Tapi mungkin hati
gembira melayan semua itu, bukankah dia dah biasa semua itu dan bukankah dia
selalu mengharapkan kesakitan agar dia boleh menjadi matang, fikir minda. Tapi,
kenapa dia tidak mahu mendengar nasihat aku. Bukankah ilusi itu lebih seronok
daripada realiti tetapi kenapa hati tetap memilih realiti, fikir minda lagi.
(ulangan cycle yang selalu minda permainkan untuk dilayan oleh minda sendiri.
Cycle yang dilayan oleh minda memberi hasil kepada badan dan hati iaitu
kepenatan. Kepenatan bukan kerana fizikal tetapi kerana permainan minda.)
Minda kasihan melihat hati. Hati dah terluka semula kerana perkara yang
sama. Siapa suruh tidak mahu belajar daripada pengalaman.
“Aku hairan dengan hati. Bukankah aku telah bagi dia fantasi, aku dah bagi
dia dunia virtual, dan aku juga lihat dia gembira di saat dia berada di dunia
itu, tetapi kenapa dia masih nak realiti. Kenapa dia masih mahu mengambil
kesakitan itu. Kenapa dia masih mahu menyibukkan diri dia memikirkan dunia
realiti moden. Kenapa nak fikir mengenai kapitalism, sosialism, pendidikan moden,
pasaran modal, sedangkan semua itu hanya mendatangkan kesakitan kepada hati.
Aku hairan dengan hati. Eh, jap, siapa yang layan kapitalism, sosialism,
pasaran modal - minda ker hati?”, minda terus melayan fikirannya.
Hari sabtu berlalu, tanpa melayan dunia ilusi. Hari Ahad berlalu pergi
tanpa aku melayan dunia virtual. Tiba hari Isnin. Hati masih berharap. Rindu
bertambah. Keseksaan bertambah. Tapi malang sekali, muka Shina langsung aku tidak jumpa. Hari selasa menjelma. Hati tetap
berharap. Harapan yang hanya menyakitkan, fikir minda. Jangan terlalu berharap
kerana rasa sakit itu akan lebih sakit rasanya daripada tidak terlalu berharap,
apabila realiti sebenar datang ke arah muka,
fikir minda aku yang dah rosak ini.
Kenapa hati aku tidak mempercayai minda aku seratus peratus?
Kerana hati menganggap minda itu rosak.
Kenapa minda tidak mempercayai hati?
Kerana minda menganggap hati telah rosak.
Akhirnya badan aku penat dengan ketidakkerjasamaan antara hati dan minda.
Badan aku yang sengsara.
Badan aku letih,
semangat yang main hilang,
hilang kerana kebodohan romantis moden.
Hari Rabu datang. Dah berapa hari aku tidak berjumpa Narsha. Hari ini juga
sama. Hati aku seperti dah mula berputus asa.
Mula berputus asa? Sejak bila hati
mula berputus asa? Bukankah hati dah lama berputus asa, Cuma harapan
yang menyembunyikan rasa putus asa itu?, kata minda kepada hati.
“Tidak, harapan itu membantu hati untuk melihat dunia dengan pandangan yang
menggembirakan.”, kata hati pula.
“Alasan.”, kata minda.
“Kau kata seperti itu kerana kau cemburu.”
“Kenapa aku nak cemburu?”, soal minda dengan perasaan marah.
“Bukankah kau tidak suka realiti? Hati gembira di realiti maka kau akan
kesedihan kerana sifatmu yang membenci realiti. Kau hanya anggap ilusi sahaja
yang mampu memberi kegembiraan.”, jawap hati.
Minda sekadar mendiamkan diri. Dia bukannya cemburu. Kenapa minda perlu
cemburu dengan kegembiraan hati, sedangkan apabila hati gembira maka minda akan
tenang. Minda cuma tidak mahu melihat hati kesakitan lagi, minda kepenatan
melihat hati kekosongan, sebab itu minda memberi ilusi agar hati boleh
melupakan realitinya. Ya, minda tahu bahawa kegembiraan di ilusi adalah ilusi,
tapi apa lagi minda boleh lakukan untuk hati untuk membuang semua perasaan
negative itu.
...
Aku menunggu dia. Aku duduk di kerusi ini sampai petang. Aku malas nak
balik rumah. Aku duduk di dalam kelas bersendirian. Semua manusia telah balik
dengan senyuman di mulutnya, bersama dengan rakan-rakan mereka. Aku hanya mampu menunggu di sini sahaja. Usaha yang aku tidak tahu
sama ada sia-sia atau tidak. Minda aku terbang mengingati kisah lalu. Kisah di
mana pertama kali aku sedar kewujudannya di dalam kelas ini. Kisah di mana dia
memandang aku, dan di saat aku memandang dia, dia cepat-cepat memandang tempat
lain.
Pelik sungguh hati ini. Siapa suruh senang sangat terpengaruh dengan
kemanisan romantis, yang akhirnya bukan rasa manis yang dirasainya, hanya
perasaan yang menyeksaakan sahaja yang masuk ke dalam hati. Aku nak latih hati
ini untuk tidak lagi memandang romantis realiti. Aku nak ajar hati agar melayan
romantis fantasi rekaan manusia. Romantis yang hanya wujud di fantasi, ingat
hati kepada minda yang pernah menyebut ayat-ayat itu dahulu.
Minda terbang lagi.
“Dia mencuba untuk mencari alamat Shina, tapi kerana dia malu, habuk pun
tiada. Dia masih SMS Shina, tapi Shina tetap tidak membalasnya. Dia menelefon
Shina, tapi Shina juga tidak melayannya. Dia rindu akan Shina. Cukup suara
Shina sahaja dia perlukan untuk buang rasa keseksaan yang berkurung di dalam
hatinya.”, kata minda satu kepada minda tiga.
“Kenapa dia tidak mahu berputus asa?”, soal minda tiga.
“Aku tidak tahu”, jawab minda satu.
“Itulah hasilnya terlalu mengangkat kisah romantis bodoh manusia moden.
Kisah romantis yang kebudak-budakan dan hanya menghancurkan hati. Kenapa nak
layan perasaan romantis. Hanya buang masa sahaja. Bukankah di minda boleh
terbang ke tempat lain, boleh berjalan-jalan di tempat lain, kenapa masih suka
melayan romantis bodoh itu.”, kata minda satu lagi.
Minda tiga hanya mendiamkan diri. Tidak tahu sama ada diamkan diri kerana
memahami minda satu atau memahami hati.
“Pelik pula rasanya seandainya minda tiga memahami hati. Mesin yang rosak
mana boleh memahami mesin lain yang rosak, dan mesin mana ada sifat memahami.”,
monolog dalaman minda dua.
Minda dua mungkin lupa bahawa dia juga adalah minda seperti mana minda satu
dan minda tiga. Biasalahtu. Kelemahan manusia lain senang untuk dicari, tapi
kelemahan sendiri susah untuk disedari.
...
Pada malam itu, malam Rabu esoknya Khamis, minda mengajak hati untuk
melayan dunia fantasi. Hati menurut sahaja ajakan minda dengan rasa lelah dan
kecewa. Minda senyum dengan keputusan hati.
...
Aku memejamkan mata dan melayan dunia fantasiku. Aku masuk ke dunia
virtualku pula. Ketika aku memasuki dunai virtual, Shina berada di depanku. Aku
memeluknya. Tapi hati aku mengatakan bahawa Shina itu ilusi yang direka oleh
minda agar hati gembira. Aku menolak badan yang berada di depan aku. Aku
melihat dia. Dia Rin, dia bukan Shina. Air mataku jatuh. Bodoh punya minda,
kenapa kau suka mempermainkan hati. Adakah kau puas melihat hati terseksa?
Aku melihat Rin, dia menangis.
“Kenapa kau nangis?”
“Aku rindu kau?”
“Tapi aku tidak rindu kau?”
Air matanya bertambah banyak. Suaranya tidak kedengaran, hanya air mata
sahaja yang jatuh.
“Shina.”, soal aku.
“Ya, aku Shina.”
“Diamlah! Kau bukan Shina.”, marah aku kepada ilusi yang berdiri di hadapan
aku.
Aku memukul dada aku.
“Hati, please. Dia bukan Shina. Minda, please tolong hati.
Please..........”
“Amad, kau ok?”
“Nama aku Narqy, jangan sebut nama tu di dunia virtual ini.”, marah aku
lagi.
“Aku Shina Mad, percayalah.”, suara Rin kedengaran perlahan ditemani air
matanya yang jatuh di pipinya.
“Diamlah!’, aku menguatkan suara aku lagi.
“Amad.....”, dia tidak dapat menyambung kata-katanya. Dia menangis
teresak-esak.
Tiba-tiba muka dia berubah. Muka dia berubah menjadi muka Shina.
“Please hati. Jangan kerana kau rindu Shina maka kau melihat Rin itu
sebagai Shina. Ingat hati, ini ilusi rekaan minda kau. Ingat. Please minda, aku
nak keluar dari sini”, kata aku perlahan.
Aku tahu Rin dengar.
“Amad, aku Shina.”
“Kau bukan Shina, kau itu Rin. Berdasarkan logic kau tidak wujud.”
“Logic mana yang kau ikut?”
“Jangan spin ayat boleh tak.”, aku marah dia lagi.
“Amad, aku ini betul-betul wujud di realiti. Aku ini Shina.”
“Kau nak bagi aku harapan lagi. Ilusi nak bagi aku harapan? Semua itu
harapan palsu, semua itu kegembiraan palsu.”
Air matanya masih jatuh. Ketika ini mukanya seperti Shina, tapi hati aku
tetap mengatakan bahawa dia ini Rin. Hati aku tidak akan tertipu lagi dengan
ilusi ini.
“Amad....”
Sebelum dia habis bercakap, aku membuka mulutku.
“Aku nak bunuh diri. Aku dah tak sanggup merasakan semua ini. Aku nak bunuh
diri.”, aku bercakap dengan nada yang terseksa kerana hati yang terseksa.
“Amad, adakah kau rasa semua ini ilusi minda kau atau hati kau?”
“Apa bezanya seandainya aku mempersoalkan semua itu.”
“Amad, semua ini kau anggap hanya ilusi kau, tapi dunia virtual ini bukan ilusi.
Dunia ini logik, dunia ini adalah dunia di mana berdasarkan tamadun Atlantik,
dunia ini disebut sebagai The World Of Lost Knowledge.”
“Diamlah. Aku tak nak dengar kau berkata-kata. Aku nak pulang. Hati aku dah
give up untuk dengar penjelasan kau.”
“Dengar penjelasan aku.”
“Kau hanya berfikiran budak-budak sampailah kau boleh sebut Tamadun
Atlantis, kah kah kah.”, gelak aku yang bukan gelak, tapi hanya gerakan mulut
aku.
Dia menghulurkan tangannya. Dia bagi aku surat.
“Kau cari tempat ini di dunia realiti.”, dia berkata kepada aku.
Aku membuang kertas itu.
“Jangan bagi aku harapan palsu, boleh tak?”, marah aku kepada ilusi yang
ada di depan mata aku.
Dia diam. Kemudia dia mengambil tangan aku dan menulis sesuatu. Ketika dia
menulis, dia berkata sesuatu
“Takut kau terlambat.........”
Aku memandang muka dia. Shina. Muka dia seperti Shina, tapi.......
“Amad, di dunia realiti, ada ilmu lagi yang manusia tidak tahu. Ada juga
ilmu yang hanya orang tertentu sahaja yang boleh tahu. Dan ada ilmu yang telah
lama hilang daripada sejarah dan kau diberi kelebihan untuk melihat ilmu itu.
Ada benda yang tidak boleh diterangkan dengan logic akal, kerana logic manusia
era realiti banyak dipengaruhi dengan pemikiran saintifik masa kini, sedangkan
saintifik itu banyak kelemahannya untuk menerangkan hakikat sebenar realiti.”
“Nama aku Narqy, bukan Amad. Dan aku tidak mahu mendengar kau spin ayat.
Hanya membuang masa aku”, kata aku dengan nada yang serius.
Dia hanya senyum.
“Bye. Jumpa di realiti..”
Hati aku rasa penat melayan ilusi ini. Aku nak lari. Aku nak pergi ke
tempat lain. Aku nak buang perasaan seksa ini. Aku dah malas untuk teruskan
kehidupan. Aku rasa fed up dengan ilusi ini. Aku rasa fed up dengan realiti
ini. Aku tidak suka realiti moden yang pelik ini. Aku nak ke kampung yang tidak
dipengaruhi dengan kemodenan palsu. Tapi, di mana? Adakah di ilusi lagi? Aku
tahu hati aku dah rosak kerana rasa seperti ini. Aku tahu itu....
“Wahai minda, adakah kau puas hati melihat aku kesakitan?”, kata hati.
“Daripada kau melayan kesakitan realiti, kenapa kau tidak mahu melayan
kesakitan ilusi, bukankah kesakitan ilusi itu tidak real?, alasan minda.
“Kau juga seperti Rin, suka spinkan ayat.”, kata hati dengan nada yang
perlahan.
“Wahai hati, jom sama-sama lupakan Shina dan terbang di dunia fantasi ini.
Bukankah dunia ini seronok? Kalau kau nak, kita juga boleh membuang dunia
virtual agar kau tidak lagi rasa keliru dengan ilusi Rin.”, kata minda.
“Apa guna aku terbang di dunia fantasi, akhirnya aku akan sedar bahawa
kegembiraan di fantasi hanyalah ilusi...In the end aku akan rasa kosong
lagi....”, jawap hati.
Aku nak lari....Aku nak lari....Help me............................Someone
help me........
Ulasan
Catat Ulasan