Bab 15: si pencari fantasia
15
Aku membuka mataku. Kini aku berada di dunia realiti aku. Aku mengingati
kisah tadi. Aku membuka tapak tanganku. Sebelum aku kembali ke dunia realiti,
Rin sempat menulis sesuatu di atas tapak tanganku. Aku memandang lama-lama tapak tanganku. Aku
hairan apa maksud semua ini.
Kenapa semua ini telah lari daripada logic. Kenapa
seperti ilusi itu telah mencuba memasuki realiti? Atau semua ini bukan ilusi,
cuma minda aku sahaja yang menganggap semua ini ilusi? Aku keliru dengan
permainan minda. Kenapa minda suka mereka permainan yang hanya bakal
menyakitkan hati?
Mata aku terasa berat. Hati aku juga penat, begitu juga dengan badan aku.
Tapi minda aku masih terbang di dunia fantasi entah mana. Minda masih melancong
ke wilayah-wilayah tertentu. Minda ini memenatkan. Mata aku bertambah berat.
Terasa mengantuk, mungkin kerana kepenatan dengan apa yang tengah berlaku.
Mata aku tertutup dan aku rasakan ada sesuatu yang meninggalkan hati dan
minda aku.
...
Keesokan harinya, aku pergi ke alamat yang ditulis oleh Rin. Tempat itu
adalah hospital yang terletak jauh daripada kawasan tempat tinggal aku. Aku
perlu menaiki kereta api untuk ke sana. Aku perlukan dua jam baru sampai di
hospital itu.
Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku mencuba untuk
‘mendiamkan’ minda tetapi tidak berhasil. Minda suka terbang ke mana sahaja dia
suka. Minda memikirkan tentang alamat yang ditulis oleh Rin semalam.
“Apa semua ini?”, soal minda.
“Jangan suka mempersoalkan semua itu.”, jawab hati.
“Tapi....”
“Tapi apa”, tanya hati.
“Tiadalah.”, kata minda untuk menamatkan perbualan.
Sampai di hospital, aku mencari bilik yang tertulis di atas kertas. Pagi
tadi aku sempat menulis alamat yang diberikan oleh Rin di atas kertas sebelum
aku mandi, kerana takut alamat itu akan terpadam atas kecuaian aku sendiri. Aku
berlari ke arah bilik yang diberitahu oleh pegawai bertugas. Nasib baik mereka
memberitahu aku di mana bilik itu tanpa banyak soal.
Sampai di depan pintu bilik sakit. Tertera nombor bilik, C27. Sama seperti
tertulis di atas kertas. Aku membuka pintu. Ketika aku membuka pintu aku lihat
wajah Shina. Wajah dia seperti wajah mereka yang sakit tenat, tapi senyumannya
berseri.Aku terasa nak nangis tapi aku mencuba untuk tahan. Aku tak nak dia
salah faham, itulah minda aku yang rosak ini katakan.
Aku memerhatikan manusia yang duduk di sebelahnya. Lelaki tempoh hari. Ya,
di sebelahnya adalah lelaki tempoh hari, yang aku anggap sebagai teman lelaki
Shina.
“Amad, jemput masuk.”, pelawa Shina sambil senyum. Aku dah lama nak tengok
senyuman itu. Senyuman yang real, bukan senyuman ilusi aku seperti yang aku
lihat semalam.
“Amad, ini abang saya.”
“Amad.”, aku hulurkan tangan aku untuk bersalam.
“Sufian.”, dia menyambut tangan aku.
“Aku nak keluar. Aku nak beli something untuk dimakan.”, sambung dia lagi.
“Ok.”
Aku hanya melihat dia menghilangkan dirinya di depan mataku. Rupa-rupanya
selama ini aku salah faham. Betul tekaan hati. Hati terasa lega buat sementara.
“Amad, macam mana kau tahu tempat ini?”, soal Shina.
“Adalah...”, aku tak nak sebut nama Rin. Apa yang akan Shina katakan
apabila aku beritahu bahawa Rin yang memberikan aku alamat itu? Sejak bila
ilusi boleh tahu perkara seperti itu. Semua itu lari daripada logik zaman ini.
Lebih baik aku tidak beritahu dia perkara yang sebenar.
“Kau masih sama.”, kata Shina.
“Masih sama? Apa maksud kau?”
“Ilusi yang ada di hati dan minda kau.”
“Aku tak faham...”
“Amad, nasib baik kau sempat datang. Mungkin kau bernasib baik....”, kata
dia untuk lari daripada soalan itu.
“Sempat datang?”, aku keliru dengan semua ini. Kenapa sekarang ini seperti
dirancang.
“Hmmm.”, dia hanya senyum sambil memandang aku.
Aku semakin tidak faham. Apa semua ini? Dia ini ilusi atau realiti....
....
Tring...tring.... tring......
Aku terkejut. Aku bermimpi rupanya. Aku melihat tapak tanganku. ‘Alamat’
yang diberikan oleh Rin. Aku mencuba mengingati mimpi tadi. Apa semua ini? Ini
alamat siapa? Shina? Mana mungkin. Sejak bila Rin tahu alamat Shina sedangkan
dia itu sekadar ilusi rekaan minda aku. Semua ini kisah dongeng, Semua ini
kisah yang tidak benar.
Aku bangun sambil duduk di atas kerusi. Aku hanya diam sambil mencuba
menutupkan mata. Aku rasa penat. Aku rasa letih. Minda aku bermain lagi. Minda
berfikir adakah badan patut pergi atau tidak ke alamat ini? Tapi ini alamat
bilik sakit siapa? Adakah tadi aku tidak bermimpi? Adakah tadi kisah benar?
Mustahil.... kerana aku tahu tadi itu mimpi. Aku rasa lebih baik aku pergi ke
tempat itu, daripada hanya berteori sahaja.
Aku cepat-cepat siapkan diri untuk pergi ke ‘alamat’ yang diberikan oleh
Rin. Aku tak sangka aku boleh bermimpi. Hat aku masih berharap apa yang
dikatakan oleh Rin itu benar. Tapi minda tetap melawan kehendak hati.
“Dia itu ilusi, dan Shina itu real, mana ada ilmu yang mengatakan bahawa
real adalah sama dengan ilusi virtual.”, kata minda kepada hati.
“Kau yakin.”, soal hati.
“Ya.”, jawab minda dengan yakin.
“Kenapa?”, soal hati lagi.
“Kerana semua itu bukan saintifik.” jawab minda.
“Saintifik? Alasan untuk lari daripada realiti dunia..”, kata hati dengan
nada perlahan.
“Apa maksud kau?”, soal minda.
“Tiadalah....”
...
Aku mencari alamat itu. Tempat yang sama seperti di dalam mimpi aku. Aku
menaiki kereta api, dan dalam masa dua jam aku sampai di hospital. Aku mencari
nombor bilik seperti yang aku tulis di atas kertas, perkara yang sama aku
lakukan dalam mimpi aku.
Ketika aku berada di koridor yang menghala ke arah bilik Shina, aku melihat
beberapa manusia yang menangis, termasuk lelaki tempoh hari. Mereka menunggu di
luar bilik dan bilik itu adalah bilik Shina. Aku berjalan perlahan.
“Shina......”
“Awak siapa?”, lelaki tempoh hari menanyakan aku soalan.
“Kawan Shina.”
“Awak Amad?”
“Ya.”
“Saya abang dia.”
“Shina...dia kenapa?”, tanya aku. Mata aku tidak dapat berkelip. Something
wrong...kata minda aku.
“Dia ada kanser otak tahap akhir.”, suara dia kedengaran sedih.
“Dia hanya ada sebulan sahaja untuk
hidup ketika dia tahu penyakit dia, dan hari ini genap sebulan.”, sambung dia lagi.
Aku tersentak. Sebulan yang lalu? Bukankah masa tu aku kenal dia, bukankah
masa tu aku nampak dia jalan bersendirian ketika aku naik basikal? Patutlah
masa tu aku lihat mata dia berair. Tapi, masa tu aku tak ambil kisah .............masa
tu.........
“Amad, kau ok?”, soal dia.
“Ya.”, jawab aku ringkas tapi hati aku mula rasa ‘pain’.
Aku duduk di atas kerusi yang ada di sepanjang koridor ini. Minda aku
bermain lagi. Minda aku mempersoalkan kelogikan semua ini. Apa hubungan kisah
ini dengan kisah ilusi aku semalam? Apa hubungan Rin dan Shina? Adakah Rin itu
hanya sebagai ilusi aku yang ingin membantu aku? Tapi secara logik bagaimana
ilusi yang minda aku reka boleh bantu aku? Logik...apa itu logik...? Minda aku
bukannya hendak menjawab persoalan yang dia kemukakan sendiri, minda aku hanya
tahu menambah soalan sahaja. Soalan yang hanya menyakitkan minda dan membuatkan
hati terseksa menunggu jawapan minda untuk semua soalan itu.
Doktor keluar dan hanya singkat sahaja perkataan yang dia keluarkan.
Perkataan yang aku tidak mahu dengar...
“Maafkan kami, kami dah lakukan yang terbaik..........”
Aku mendengar suara tangisan. Hati aku nangis tapi mata aku hanya mampu
melihat sahaja, tanpa air mata. Hati aku rasa ‘pain’. Sakit sangat. Minda aku
menjadi kosong. Hati aku terisi kesedihan.
Abang dia menghampiri aku. Dia memandang aku sambil senyum.
“Amad, Shina itu selalu ceritakan mengenai kau. Dia katakan bahawa dia dan
kau serupa, hyper-introvert......”, kata dia di saat dia melihat air mata aku
jatuh.
“Dia itu hyper-introvert?”, soal aku kehairanan.
“Ya, aku tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia boleh berubah. Dia itu
sebenarnya dah lama suka kau, cuma dia tidak berani.”
“Dia suka aku?”
“Ya, cuma masa tu dia masih hyper-introvert, sebab itu dia............”
“Dia suka aku...............”
Air mata aku semakin banyak menemani mata aku. Aku tidak tahu macam mana
nak terangkan rasa hati aku, tapi aku rasa hati ini tengah merasai perasaan
‘sorrow-despair’.
“Dia berubah mungkin kerana kau dan kerana penyakitnya..”, kata lelaki itu
lagi.
Air mata aku tidak boleh dikawal lagi. Jatuh semahu-mahunya. Mulut aku
tertutup. Mata aku terbuka disaat air mata jatuh. Air mata jatuh tanpa
mendengar suara tangisan mulut aku. Air mata jatuh tanpa ditemani suara mulut.
Mulut hanya tertutup, tidak mahu menemani hati yang sakit ini.
Abang dia mengajak aku memasuki bilik itu, bilik yang aku masuk di dalam mimpi
aku semalam. Yang lainnya, adalah..........
Aku melihat wajahnya yang kaku. Ibunya menangis..........dan hati aku
juga................
......
Keesokan harinya.
“Amad, ni surat untuk kau.”, Sufian menghulurkan surat itu ketika dia
menghantar aku berjalan ke arah luar pagar rumahnya.
Aku mengambil surat itu dan menyimpannya di dalam poket aku.
“Terima kasih kerana mengubah Shina.”
“Aku tidak pernah mengubah Shina, dia sendiri yang mengubah dirinya”
“Karakter kau dia katakan pelik, sebab
itu dia selesa berkawan dengan kau, mungkin kerana karakter kau dan dia sama.”,
dia senyum.
“Hmmm.”, aku hanya mampu senyum.
“Bye.”, kata dia.
“Bye.”, balas aku.
Aku jalan meninggalkan tempat ini.
...
Selepas aku balik dari rumah Shina, aku singgah di pantai yang terletak
berdekatan sekolah aku. Pantai yang menyaksikan suara Shina yang mengatakan
bahawa dia menyukai aku.
Aku membuka surat yang diberikan oleh abangnya.
“Hai Amad. Ketika kau baca surat ni maknanya aku dah tiada, tapi aku harap
aku akan berkekalan di dalam hati kau. Amad, adakah kau masih marahkan aku
kerana hal yang terjadi tempoh hari? Narqy, kau masih benci aku?”
Aku terkejut. Narqy? Macam mana dia....? Aku sambung baca lagi.
“Aku ini Rin. Aku tulis surat ini selepas kau tinggalkan aku bersendirian di
dunia virtual. Aku kembali ke realiti dan menulis surat ini kerana aku takut
kita tidak sempat berjumpa lagi.”
Hati aku terasa sakit. Kekerasan kepala memberi aku kesan yang menyakitkan.
“Minta maaf seandainya minda dan hati kau terkeliru dengan kewujudan aku di
dunia virtual itu. Amad, ada ilmu yang masih tidak boleh diterangkan oleh logic
saintifik moden. Salah satu ilmu itu adalah ilmu ini, ilmu yang ditinggalkan
oleh Tamadun Atlantis.”
Aku senyum. Tak sangka apa yang dia cakapkan benar tapi......
“Amad, minta maaf sebab aku tidak boleh menyakinkan kau yang aku ini Rin
dan aku juga Shina.”
Air mata aku keluar. Aku ini bodoh. Kenapa? Kenapa hati? Kenapa minda?
Kenapa kau tidak berusaha menyakinkan aku? Tapi, kenapa aku salahkan mereka
sedangkan aku yang tidak mahu mengambil keputusan akhir..
“Amad, aku terasa sedih disaat kau tinggalkan aku di dunia virtual itu,
kerana aku takut aku tidak sempat untuk bercakap dengan kau buat kali terakhir.
Aku merindui kau. Aku sangat-sangat merindui kau. Aku menunggu kau selama
seminggu di dalam dunia virtual itu, tapi kau tidak muncul-muncul. Aku hendak
menelefon kau, tapi handphone aku hilang.”
Aku cari dia di dunia realiti, dia pula cari aku di dunia virtual itu. Lagi
dan lagi, hati aku terasa something is missing.
“Pertama kali aku melihat kau adalah pada tahun lepas. Aku tahu kau tidak
sedar kewujudan aku kerana aku pun seperti kau hyper-introvert. Sampailah suatu
hari aku mendapat ilmu itu. Aku berfantasi dan dalam fantasi itu aku nak reka
dunia virtual dan akhirnya setahun kemudian iaitu pada bulan yang lalu kau dan
aku berkenalan. Ketika aku melihat kau, hati aku mengatakan bahawa kau ini
adalah Amad. Sebab itulah aku kenalkan diri aku sebagai Rin dan tidak beritahu
kau perkara yang sebenar. Reaksi kau
ketika pertama kali masuk ke dunia itu adalah sama dengan reaksi aku setahun
yang lalu. Aku ingat dunia itu ilusi aku, sehinggalah aku membaca sebuah buku
yang ada di dalam library yang menerangkan tentang ilmu rare ini. Hanya aku
sahaja yang mampu membaca buku itu. Amad, dunia virtual itu, tidak sama dengan
dunia virtual lain. Dunia virtual lain itu adalah ‘bekas’ tamadun lain. Dan
mungkin juga, dunia virtual yang lain itu hanyalah ilusi sahaja, sama seperti
fantasi kau”
Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku fikirkan. Aku tidak mahu memahami
semua itu. Apa yang aku tahu adalah, semua ini seperti ilusi sahaja. Semua ini
seperti permainan minda aku sahaja.
“Amad, minta maaf sebab aku tidak ceritakan hal yang sebenar. Aku takut kau
keliru kerana kau selalu katakan bahawa ilusi kau dipengaruhi oleh hati kau.
Kalau aku katakan yang aku ini real, nanti kau akan katakan bahawa mulut aku
hanya menuruti hati kau. Aku takut kau tak nak jumpa aku lagi di dunia virtual
itu. Aku tidak boleh jumpa kau selalu di realiti kerana kau selalu menjauhkan
diri dari aku. Ingat lagi kisah camp fire tempoh hari.”
Kekeliruan aku akhirnya membawa padah.
“Hati kau dan minda kau bukan rosak. Kau hanya nak lari daripada realiti.
Sebab kau tidak suka realiti moden kau.
Amad, jangan benci sistem, tapi cuba untuk memperbaikinya. Ingat, apabila
ada manusia katakan bahawa dia membenci duit, dia salah kerana bukan duit itu
yang harus dibenci, yang harus dibenci adalah sistem yang mengawal ‘pergerakan’
duit itu. Aku juga pernah membenci sistem, tapi sejak aku jumpa kau, sejak aku
tahu aku ada masa sebulan lagi untuk hidup, aku ubah hati aku. Aku nak
bergembira bersama kau.
Aku berubah menjadi extrovert kerana nak rapat dengan kau. Aku tahu hanya
karakter extrovert sahaja mampu mendekati kau, aku tahu sebab aku juga
hyper-introvert. Aku faham kau kerana aku juga merasai perkara yang sama. Aku
nak rapat dengan manusia yang aku suka. Dan, Amad, kenapa kau tidak menunjukkan
perangai kau yang sebenar? Aku suka perangai kau yang suka berterus terang
dengan aku, dan aku selalu senyum
seandainya aku mengingati kisah di mana kau katakan aku ini bodoh.”
Hati aku terasa sakit.
“Amad, tidak salah berlakon gembira. Kerana adakalanya lakonan itu boleh
membantu kau. Tak salah senyum di saat hati kau terseksa, tidak salah ketawa
sekiranya kau terpaksa untuk ketawa, kerana tiada guna kau melayan kesedihan
dan kesakitan. Jangan terlalu melayan kesedihan kerana kesedihan itu akan mula
menafsirkan hidup kau berdasarkan tafsiran kesedihan yang ada di hati kau.”
Ayat yang sama yang pernah minda aku fikirkan.
“Amad, aku seronok mengembara dengan kau di dunia virtual. Aku teringin
sangat mengembara dengan kau di dunia realiti, mengembara manaiki kereta api
Trans-Siberia, tapi aku aku tidak cukup masa untuk semua itu. Aku minta maaf.
Amad, terima kasih kerana sudi mengembara dengan aku walaupun masa itu, kau
anggap aku ini ilusi, tetapi kau masih memilih ilusi daripada realiti kau.
Terima kasih. Dan aku harap kau gembira kerena tahu bahawa aku ini real, Rin
itu real. Aku harap kau gembira kerana perasaan gembira yang kau rasai ketika
pengembaraa itu adalah real, dan minda dan hati kau tidak salah. Minda kau
tidak salah kerana menyukai Rin dan hati kau tidak salah kerana menyukai Shina,
kerana Shina dan Rin adalah orang yang sama.”
“Amad, selepas aku beritahu kau mengenai ilmu Tamadun Atlantis ini, kau
akan tidak dapat lagi untuk masuk ke dunia virtual itu, kerana itu bayaran yang
aku dan kau harus tanggung. Minta maaf kerana memilih kau untuk tanggung akibat
itu bersama aku. Minta maaf kerana pentingkan diri sendiri.
Dan jangan beritahu manusia lain tentang ilmu ini, kerana mereka tidak akan
mempercayai kau. Ilmu ini belum lagi sesuai untuk tamadun era ini. Kalau kau
nak ceritakan, beritahulah mereka, bahawa itu hanya fantasi kau, beritahulah
mereka bahawa Rin dan Shina adalah orang yang berbeza. Beritahu mereka bahawa
kau memilih Shina daripada Rin kerana Rin itu hanya ilusi kau.
Amad, aku gembira kerana jumpa kau. Amad, terima realiti moden, jangan lari
ke fantasi kau. Terima realiti kau agar ilusi kau itu boleh mambantu kau,
bukannya merosakkan kau, seperti yang selalu kau rasa ketika kau nak lari
daripada dunia realiti moden kau. Dah tiba masanya kau berubah. Berubahlah
sedikit demi sedikit. Cinta realiti ini agar kau boleh bergembira di fantasi
kau.
Amad, aku nak tanya satu soalan, kau di fantasi macam mana? Adakah kau di
fantasi sama seperti kau di realiti dan di virtual. Hmmmmm, aku rasa tiada guna
aku soal kau soalan itu, sebab aku tidak akan tahu jawapannya. Hmmmm.”
Air mata aku jatuh lagi.
“Amad, minta maaf kerana kacau hidup kau selama sebulan. Minta maaf kerana
wujud di virtual kau. Minta maaf kerana hanya wujud dii realiti kau hanya
sebulan. Minta maaf kerana mencuri hati kau. Minta maaf kerana menipu kau.
Minta maaf kerana mencintai kau. Minta maaf kerana tidak beritahu perkara yang
sebenar. Minta maaf kerana lambat menegur kau. Minta maaf kerana aku pernah
mengatakan bahawa aku tidak mencintai kau.
Amad, aku mencintai kau, sama ada di dunia realiti atau di dunia virtual.
Terima kasih kerana melayan aku. Walaupun kisah ini hanya berlaku dalam
sebulan, tetapi aku rasakan kisah inilah antara kisah yang lama sekali yang aku
pernah rasai. Kisah yang hanya terjadi selama sebulan, tetapi kisah ini seperti
kisah yang terjadi selama setahun. Terima kasih kerana wujud di realiti dan di
virtual aku. Terima kasih banyak-banyak.
Amad, masih ingat tak teater masa festival tempoh hari. Aku menangis bukan
kerana cerita teater itu, aku menangis kerana aku berfikir yang suatu hari
nanti aku bakal meninggalkan lelaki yang aku cintai.
Aku minta maaf, kerana aku pentingkan diri sendiri, minta maaf kerana aku
masih mahu mencintai kau walaupun aku tahu masa aku dah hampir tamat.
Amad, aku mahu berbual dengan kau lagi. Aku nak rapat dengan kau,
terutamanya di realiti. Aku mahu bersama kau berjalan-jalan di tepi sungai di
dunia virtual lagi, tapi aku tahu, masa aku dah tamat. Aku minta maaf kerana wujud
di realiti dan fantasi kau. Sekali lagi aku minta maaf......kerana pentingkan
diri sendiri.
Aku tidak tahu nak tulis apa lagi. Mungkin dah tiba masanya aku tamatkan tulisan
ini. Aku benar-benar berharap agar kau dan aku sempat berjumpa sebelum mata aku
akan tertutup buat selama-lamanya....
I LOVE YOU
From Shina in your reality and from Rin in your virtual reality.”
Aku hanya mampu senyum walaupun air mata aku masih jatuh. Kisah yang
berlaku sebulan memberi makna yang mungkin aku akan rasakan selama-lamanya.
Aku membelek muka surat yang terakhir.
“If someone didn’t have any pride, wouldn’t they also be lacking in
self-confidence? If someone was free of greed, wouldn’t they have trouble
supporting their family? And if people didn’t envy one another, wouldn’t they
stop inventing new things?"
Chitanda Eru (Hyouka)
Ulasan
Catat Ulasan