Bab 16: si pencari fantasia (TAMAT)
16 Masa
Adakah masa itu ada masa real dan masa ilusi? Atau hanya ada masa real
sahaja? Tapi apa jenis ‘masa’ yang aku lalui sepanjang aku berenang di lautan
fantasi dan lautan virtual? Apa itu masa sebenarnya? Ada yang katakan bahawa
masa itu adalah ilusi dan ada juga katakan bahawa masa itu bukan ilusi, masa
itu real.
Aku rindu dia, tapi dia telah....................
Kosong
Ada sebuah lagu, lagu mengajar tentang kegembiraan,
tapi si pendengar merasakan erti kosong,
di saat dia menghayati lagu itu.
Ada sebuah lagu,
lagu mengajar tentang erti kesedihan,
tapi si pendengar merasakan erti kosong juga,
di saat dia menghayati lagu itu.
Dia penat dengan semua itu,
akhirnya dia terpaksa menerima juga,
perasaan kosong itu.
Hati dia sengsara,
tapi dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Dia berusaha,
tapi usahanya juga mengajar erti kosong.
Hatinya lelah,
kecewa dengan realitinya,
akhirnya dia mereka fantasi,
supaya dia ada tempat untuk ketawa.
Di lautan fantasi itu,
dia ketawa,
dan dia tidak mahu kembali lagi ke realiti,
tapi apakan daya,
tanpa realiti maka tidak wujudlah fantasi.
Malang sekali,
fantasi itu juga mengajarnya erti kosong.
Dia berputus asa,
dia telah hilang lagi semangatnya,
untuk hidup di realiti dan di fantasi.
Dia penat,
hatinya rasa sunyi,
hatinya rasa kosong,
kerana kebodohannya,
dia kembali semula ke fantasinya.
Dia gembira lagi,
walaupun dia tahu,
bahawa kegembiraan itu sekadar ilusi,
ilusi yang difantasikan,
hinggakan realitinya juga difantasikan,
hinggakan dia lupa,
apa itu gembira,
apa itu sedih,
apa itu senyum,
apa yang dia tahu hanyalah erti kosong,
kerana kosong itu selalu menemaninya,
walaupun dia tidak mahu ditemani,
tapi dia kalah,
kalah dengan kekosongan itu.
Akhirnya dia menerima semua itu,
dia berhenti,
dia berhenti berharap,
harapan untuk hilangkan kekosongan itu.
Dia hilang harapan,
dengan usahanya,
kerana dia tahu usahanya sia-sia,
usaha yang membawa kembali erti kosong,
ke dalam hatinya.
Dia menangis,
tapi air matanya tidak jatuh,
dia menangis,
tapi mulutnya senyum,
dia menangis,
tapi dia tetap berusaha,
dia berusaha,
walaupun dia telah hilang harapan,
tetapi bukankah harapan itu tidak boleh hilang,
di hati setiap manusia.
Dia penat,
tapi dia teruskan juga,
dia penat dengan realitinya,
tapi dia tidak pernah membuang realitinya.
Dia gembira di fantasinya,
tapi dia tidak lupa realitinya.
....
Dia rasa kosong,
dia penat,
dia sengsara,
dia sedih,
dia berputus asa.
Dia pandang realitinya,
melalui fantasinya.
Dia hilang di realitinya,
dia sesat di fantasinya,
hinggakan dia tidak tahu,
bagaimana nak bezakan,
antara realiti dan fantasi.
Ulasan
Catat Ulasan