Bab 13: si pencari fantasia

13 Festival 2

“Amad nah.”, Shina memberi aku sesuatu.

“Apa ni?”

“Makanan tradisional. Goreng pisang.”

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Dia memandang aku.

“Kenapa?”, soal aku.

“Mesti ini pertama kali seorang perempuan bagi kau makanan kan?”

“Kau ingat aku ni loser tahap tu?”

“Tengok muka pun aku dah tahu. Kah kah kah.”

“Kau bukan tahu kisah hidup aku pun.”

Dia hanya gelak. Pelik lah gadis ni. Dah dia pernah reject aku, lepas tu boleh dia dan aku boleh jadi rapat pula. Nasib baik dia pernah reject aku, kalau tak , hati aku mesti diperbodohkan lagi dengan perasaan romantik anak muda.

Aku makan goreng pisang yang dia berikan. Beberapa manusia datang untuk memasuki kelas kami. Aku hanya senyum. Dan seperti biasa Shina akan mengucapkan selamat datang.

“Amad, petang ni nak tengok persembahan teater tak?”

“Tak nak, aku malas.”

“Aku tak kisah. Aku nak kau ikut aku juga.”

Sejak bila dia berperangai seperti Rin. Kaki paksa orang.

“Aku tidak mahu. Aku tidak suka pergi tempat yang ramai manusia.”

“Peduli apa aku.”, kata dia.

Teringat anime My Teen Romantic Comedy

I hate nice girls. Just exchanging pleasantries with them makes me curious,and texting each other makes me feel restless. If I get a call, for the rest of the day, I’ll keep checking my call history with a stupid grin on my face. But I know the truth. They’re just being nice. Anyone nice to me is nice to others too. But I always find myself on the verge of forgetting that. If the truth is a cruel mistress, then a lie must be a nice girl. And so, niceness is a lie. I would always hold expectation. I would always misunderstand. At some point, I stopped hoping. An experienced loner never falls for the same trap twice. A lone warrior, surviving hundreds of battles. When it comes to losing, I’m the strongest. That’s why, no matter what happens, I will always hate nice girls.

Hachiman Hikigaya

Sebab tu aku malas nak layan manusia. Perempuan atau lelaki semua sama.

....

Selepas tugas aku habis sebagai penunggu tetamu, aku terus pergi menukar pakaian aku. Aku nak terus balik sebelum gadis pelik tu paksa aku pergi ke tempat yang pelik bagi aku.

“Mad, aku tunggu kau di sini.”, dia tengok aku pula.

“Ok.”, jawapan hipokrit aku.

Bodohlah. Aku nak balik pun tak boleh.

Selepas aku siap menukar pakaian, dia memegang tangan aku dan terus lari ke arah dewan untuk menonton persembahan teater.

“Jalan cepat sikit. Dah mula dah tu.”

“Ya, ya.”

Sampai di dewan itu, dia mencari tempat duduk. Tapi malang sekali kerana tiada satu tempat duduk pun yang kosong. Dia memandang aku.

“Ini salah kau lah. Salin baju macam perempuan.”

“Dah tu kenapa kau nak tunggu aku?”

Dia senyum. Tangan dia masih memegang tangan aku. Aku menarik tangan aku. Dia memandang aku.

“Nanti hati aku salah faham.”

Dia senyum. Bodoh. Dah berapa kali aku dah cakap. Jangan bagi hati aku harapan. Tapi nasib baik minda aku tidak terpengaruh dengan lakonan gadis ni.

Aku dan dia berdiri sahaja sepanjang persembahan teater tu.

Teater itu mengisahkan seorang wanita yang berusaha dan akhirnya usahanya tidak sia-sia. Standard tragedi yang diangkat manusia untuk dipersembahkan kepada manusia moden. Tapi malang sekali dalam persembahan cerita ini, tragedi berlaku di saat impiannya tercapai. Impian heroin itu adalah untuk melihat hero tersenyum. Heroin selalu melihat hero selalu bersedih dan murung. Berseorangan di dalam dunianya. Heroin itu tidak suka melihat hero bersedih dan dia mengambil keputusan untuk membatu hero mencari erti sebenar kegembiraan. Tetapi di saat hero gembira, heroin meninggal kerana penyakit kanser yang telah lama dia hidapi. Hero menangis di saat dia ketahui semua itu, kerana dia tidak dapat meluahkan rasa cintanya kepada heroin. Hero terlambat meluahkan  perasaannya. Heroin hanya mampu menulis surat kepada hero dan meluahkan perasaan heroin kepada hero. Dan dalam surat itu tertulis bahawa heroin tahu yang hero tidak mencintainya. Dan heroin juga tahu bahawa sumber gembira hero itu bukannya kerana heroin tetapi wanita lain. Hero menangis di saat membaca surat itu. Hero menangis kerana heroin tidak tahu perkara yang sebenarnya. Hero menangis kerana heroin tafsir salah perasaan hero.

Tragedi yang selalu aku rasa di dalam dunia anime dan manga. Tragedi yang aku dah malas nak layan. Lebih baik aku baca manga one piece daripada nak layan romantik bodoh yang hanya menghancurkan hati aku. Eh, jap, macam mana cerita fantasi boleh menghancurkan hati aku? Ah, biar aku seorang sahaj tahu jawapan untuk soalan itu. Psych Schizophrenia

Aku lihat Shina. Dia menangis. Lawa pula. Bodoh lah hati aku. Aku memandang tempat lain. Aku tidak mahu tengok muka dia menangis. Tiada guna, tak pasal-pasal hati aku yang terluka.
Habis sahaja persembahan hero yang menangis, beberapa penari wanita keluar. Mereka menari ditemani dengan lagu anime Tokyo Ghoul. Kalau aku tak silap lagu tu bertajuk Unravel. Aku hanya melayan lagu itu sambil membaca maksud lirik di skrin yang terletak di atas pentas. Aku malas nak ambil kisah sangat penari di depan dewan. Lebih seronok mendengar lagu dan melayan fantasi sendiri.

Aku lihat Shina. Dia menangis lagi. Aku tahu lah lagu ni sedih, tarian penari pun gaya sedih, tapi janganlah menangis dekat aku, tak pasal-pasal pokok pisang berbuah dua kali.

Aku memerhati penari di tengah-tengah. Tarian dia seperti real. Aku memerhati gaya dia menari. Terasa sedih pula hati aku melihat dia menari. Tak sangka dia boleh menunjukkan tarian yang boleh menyentuh perasaan aku.

Apabila tarian disedihkan,

maka hati yang sedih boleh memahami tarian itu.

Di saat tarian dianarkikan,

maka hati anarki boleh memahami tarian itu.

Di saat tarian menunjukkan erti perasaan,

hanya hati yang merasai perasaan itu bakal menghayati tarian itu.

Tarian gadis itu membuat hati aku tersentuh, tetapi aku malas nak layan semua itu. Buang masa aku sahaja.

Selepas menari mereka membuka topeng. Aku lihat wajah wanita di tengah-tengah. Lawa, tapi Shina lagi lawa. Penari itu mempunyai mata yang bulat dan rambut yang separa perang. Aku melihat dia senyum. Lawa, tapi apakan daya aku, aku bukan kenal dia pun, dan lebih penting lagi, aku bukannya nak kenal dia. Apa guna aku layan lagi cinta romantik, lebih baik aku layan semua itu di dunia dua dimensi. Bukankah manusia yang suka ilusi lebih layak untuk layan semua itu di dalam dunia dua dimensi. Inilah padanya apabila minda aku yang dah rosak mula berkata-kata.

...

Aku mencuba melihat sekeliling aku. Aku perhatikan ada seorang lelaki loser yang bakal kecundang dengan tarian tadi. Biarlah kisah hidup dia, bukan kisah hidup aku. Aku pun bukan kenal dia, tetapi aku rasa ‘story’ bakal bermula untuk hidup lelaki itu. Aku harap dia tidak kecundang melayan ‘story’ yang bakal dia hadapi suatu hari nanti. Story yang melibatkan penari wanita tadi.

Aku melihat Shina lagi. Dia buat muka marah.

“Kau ni teruklah. Tiada perasaan. Kenapa kau tidak bagi aku tisu.”

“Oh ya aku lupa.”

Aku membuka beg aku dan mengambil tisu.

“Kau ni memang tiada perasaan lah.”

“Ya, ya ya.”, jawap aku sambil bagi dia tisu.

“Sebab itulah tiada gadis suka kau. Perangai kau macam ni.”

“Ada aku kisah. Malas aku nak berlakon baik. Lebih baik aku berlakon pendiam. Aman dunia.”

Dia gelak.

“Kau ni memang pelik lah , Mad.”

Habis persembahan, aku terus minta izin secara paksa untuk balik. Aku malas nak layan semua ini. Apa guna seandainya aku stay lama di sini. Merosakkan hati aku sahaja. Dah lah hati aku dah rosak, tak kan nak rosakkan lagi dengan perasaan romantik.

“Tidak boleh! Aku nak kau temani aku petang  ni.”, balas Shina selepas aku cakap aku kan balik.
Selepas itu, dia diam. Beberapa saat kemudian dia mula berkata-kata.

“Nama aku Mashiro Shina, panggil Shina.”, dia senyum. Senyuman yang cantik tapi macam aku nak bagi penyepak sahaja.

“Kau ni kenapa? Minda kau dah kena hack eh lepas tengok teater tadi?”

“Aku nak kenal kau lagi. Aku nak kenal kau dari awal secara formal.”

“Bodohlah semua tu.”

“Cepatlah.”

“Nama saya Amad. Panggil Amad.”, singkat aku. Malas pula aku nak layan perangai pelik dia.

Dia senyum.

“Jom jadi kawan. Aku nak kawan rapat dengan awak.”

“Aku tak nak.”

“Kenapa?”

“Hanya bakal merosakkan hati aku.”

“Tak salah kan kita menjadi rapat?”

“Salah. Aku tak nak rapat dengan siapa-siapa.”

Dia menarik aku keluar daripada dewan itu. Dia mengajak aku untuk lepak di atas bumbung. Ketika ini, di dalam bangunan sekolah, masih ramai manusia yang berada di dalam kelas.
Sampai di bumbung, dia memulakan perbualan.

Dia menangis.

“Jom kita berkawan rapat.”

“Aku tak nak.”

Dia menundukkan kepala dia. Air mata dia makin banyak.

“Please. Aku nak berkawan rapat dengan kau. Please, tolong aku. Tolong aku di saat hati aku dah mula hancur. Beri aku impian untuk terukan hidup.”

“Aku tak faham apa yang kau cakap.”

“Please bagi aku impian untuk teruskan hidup.”

“Ok lah, walaupun aku tidak faham apa yang kau cakap kan.”

Dia mengangkat muka dia. Dia senyum. Dia ketawa.

“Jom Amad, kita jalan-jalan.”

“Aku tak nak. Aku nak lepak di sini dulu.”

“Ok, nanti kau dah puas lepak SMS aku.”

“Ok.”

“Jangan lupa malam ni ada camp fire. Kita tengok sama-sama.”

“Ok.”

Dia berjalan ke arah pintu. Dia berlalu pergi.

Aku fikir kisah tadi. Apa maksud dia? Aku tidak faham apa maksud dia bagi dia impian untuk teruskan kehidupan. Aku rasa dia tengah berlakon. Dia ingat aku ini apa. Aku dah layan semua itu di dalam anime. Apa yang dia buat tadi pun aku pernah tengok di dunia anime. Minta maaf Shina, buah pisang tidak akan berbuah dua kali dan aku tahu kau juga pandai berlakon untuk hancurkan hati lelaki.

Tapi aku hairanlah wanita ni. Bukankah dia ramai kawan, kenapa dia nak lepak dengan aku, siap ajak tengok camp fire lagi. Mana kawan dia. Atau dia ni jenis banyak kawan tapi dalam hati, dia rasakan mereka itu hanya kawan palsu sahaja. Kawan gembira ramai, tapi kawan ketika bersedih hanya sedikit, dalam kes aku pula, kawan gembira kosong dan kawan ketika bersedih pun kosong. Buat apa nak berkawan di dunia ini. Aku pun banyak kawan di dunia fantasi aku, di dunia virtual aku, tak pun kawan di dunia anime dan manga. Loser sial. Tapi, itu pilihan aku, dan aku gembira dengan semua itu.

Aku tengok jam yang ada di hand phoneku. Sekarang pukul 4 petang. Aku SMS Shina. Aku katakan bahawa aku tengah dalam perjalanan balik ke rumah, sebab perut aku rasa sakit. Alasan aku untuk lari daripada realiti. Aku malas nak layan semua itu. Buat apa aku nak layan permainan catur Shina. Aku malas dan penat. Aku pun ada benda nak difikirkan. Minda aku pun ada benda nak difikirkan. Lebih baik aku melayan minda daripada melayan perasaan, hanya merosakkan.

Aku mendapat SMS.

“Kau ok kan? Kalau dah sampai rumah SMS aku.”

“Ok.” Aku balas SMS dia.

Aku tidak balik pun. Aku masih di atas bumbung ini. Aku nak lepak di sini sampai malam, sebab malam ini ada camp fire. Lebih seronok tengok camp fire berseorangan daripada tengok ramai-ramai. Tapi aku kasihankan Shina. Ah, lantaklah, kenapa aku nak masuk ke dalam dunia dia. Walaupun aku pernah suka dia tapi semua itu kisah lalu. Dan aku suka dia bukan bermakna aku nak couple dengan dia. Sejak bila hyper-introvert seperti aku perlukan cinta “teen romantic comedy’, aku tak perlukan semua itu. Aku hanya perlukan realiti aku agar aku boleh berilusi dan terbang di dunia fantasi aku. Hati aku kan dah rosak? Kalau hati aku rosak kenapa aku nak berlakon jadi baik?

...

Aku baring sambil terbang ke fantasi aku. Aku berjalan-jalan di dunia sana. Aku berharap tiada manusia yang bakal kacau aku di taman yang berada di bumbung bangunan sekolah ini. Aku masuk semula ke realiti. Aku mengelurkan PS Vita aku. Aku nak bermain game sambil menunggu senja menjelma. Game yang aku main adalah game Sword Art Online Lost Song. Game ini seronok sebab macam sama dengan dunia virtual aku. Aku bermain game menggunakan karakter Kirito dan berjalan di dunia game ini. Aku juga pernah layan game Sword Art Online Hollow Fragment, karakter sama tapi jalan cerita lain.

Lepas habis game ni, aku cadang aku nak layan game Child Of Light. Lepas tu layan game Soul Sacrifice. Dan layan game Demon Gaze dan Dynasty warrior. Banyak pula. Mungkin aku perlukan seminggu untuk habiskan semua game ini.

Kalau PS4 pula aku nak layan Final Fantasy Type-0 dan Battlefield 4. Kah kah kah. Dunia hyper-introvert aku. Lagi seronok kalau main multiplayer online, boleh jumpa manusia virtual. Dan kebanyakan aku jumpa semua hardcore gamer dan introvert.

Jauh pula aku mengkhayal.

...

Senja pun menjelma. Aku bangun dan menuju ke arah hujung bumbung ini. Aku nak lihat perkara yang dilakukan oleh manusia di bawah sana. Mereka sedang menyusun kayu api. Aku lihat mereka gelak ketawa. Aku di atas ini hanya mampu tersenyum melihat ketawa mereka. Walaupun dalam hati, aku nak ketawa bersama kawan, tapi bagi aku, lebih baik bersendirian. Minda rosak seperti aku tidak boleh masuk ke dunia yang diertikan sebagai erti ‘kawan’. Manusia seperti aku hanya merosakkan dunia itu. Dan aku juga tidak suka berkawan, kerana in end mereka hanya akan memaki aku sahaja. Aku malas semua itu dan aku tidak mahu sejarah berulang semula.

Ketika api dinyalakan, kedengaran suaran manusia menyanyi ditemani dengan alunan gitar. Aku melihat sahaja dari atas. Dah beberapa tahun aku akan memilih tempat seperti ini seandainya sesuatu festival diadakan. Dan di tempat seperti inilah aku melihat camp fire yang dikelilingi manusia gembira. Aku pernah mencuba untuk masuk ke dalam golongan itu, tetapi akhirnya hati aku tetap kosong. Sejak itu, aku tetap akan memilih untuk berdiri di tempat seperti ini untuk melihat api menyala menemani malam yang penuh dengan kegembiraan manusia.

Aku lihat sekeliling mereka. Aku terpandang Shina. Walaupun dia jauh tapi mata aku mengenal cara jalan dia. Dia berjalan ke arah unggun api. Di tepi dia ada seorang lelaki. Mereka kelihatan gembira. Bergurau senda di antara satu sama lain. Ketawa seperti tiada manusia di sekeliling mereka. Aku dapat rasakan bahawa mereka itu seperti pasangan yang bahagia. (Macam mana aku boleh tengok Shina? Sebab tempat tu terang la bodoh...)

Aku dah agak yang dia ini hanya pandai berlakon. Nasib baik aku tidak tertipu dengan lakonan dia tadi. Mata aku tetap memandang dia walaupun minda aku mengatakan tidak. Kenapa hati aku terasa sakit? Adakah aku masih suka dia? Sakit sangat. Sakit walaupun aku tahu dia pernah reject aku. Mungkin inilah yang mereka katakan bahawa salah satu perkara yang menyakitkan di dunia ini adalah hati kita tidak tahu sama ada perlu berusaha atau mengundurkan diri. Siapa cakap itu sakit? Yang sakit adalah kau tahu bahawa kau berusaha atau mengundurkan diri, sama sahaja, hati tetap kosong....Kah kah kah. Standard manusia loser seperti aku. Ada aku kisah.

Aku pelik, kenapa hati aku terasa sakit, tapi mulut aku tersenyum? Kenapa mata aku juga tidak mengeluarkan air mata? Mungkin minda aku dah semakin kuat melawan semua itu. Masalahnya sekarang seandainya minda aku menjadi kuat pengaruhnya maka hati aku akan kekurangan pengaruhnya dan akhirnya hati aku tidak dapat membezakan ilusi dan realiti yang direka oleh minda aku.

Tapi, bukankah itu lebih baik? Aku tidak akan jumpa manusia yang pandai berlakon lagi.
Mata aku tetap memandang dia di saat aku berilusi dengan perasaan aku. Mereka masih gelak ketawa. Beberapa manusia daripada kelas aku juga turut serta.

Kesakitan ini sungguh menyeronokkan. Sesuai untuk manusia seperti aku. Kesakitan yang mengajar aku kematangan.

“Bukankah kesedihan itu menyeronokkan?”

“Kenapa kau cakap macam itu Mad?”

“Aku boleh bertambah matang.”

“Jadi kerana itu kau suka kesedihan?”

“Ya.”

“Adakah kau tidak tahu apa keburukan semua itu?”

“Ada keburukan eh?”

“Ada Mad.”

“Apa?”

“Kalau kau suka kesakitan dan kesedihan, dan kau memilih kesedihan kerana kau anggap itu boleh mematangkan kau , maknanya kau silap.”

“Kenapa? Jangan spin ayat boleh tak?”

“Apabila kau selalu merasai kesedihan maka kau akan mula menilai kegembiraan itu berdasarkan kesedihan kau. Apabila kau selalu merasai kesedihan maka kau akan nilai semua di realiti ini berdasarkan kesedihan. Kau rasa adil tak kau nilai karakter manusia berdasarkan kesedihan kau?”
Aku diam dengan persoalan ilusi aku.

Mata aku masih memandang dia.

Mereka ketawa di saat perlu ketawa, aku pula ketawa di saat hati aku sakit. Padan dengan muka aku. Kah kah kah. Kesakitan yang seronok untuk dilayan dan ditafsir berdasarkan hati dan minda yang rosak.

Selepas beberapa minit di atas bumbung bangunan melihat karenah manusia, aku bercadang nak balik rumah. Aku malas lagi memerhati situasi yang berlaku di bawah sana.

Aku turun bawah dan berjalan ke arah rumah. Sampai di rumah, aku pergi ke bilik aku dan berkurung. Aku rasa esok aku tak nak ke sekolah, aku malas nak berlakon depan manusia yang tengah berlakon. Tapi seronok pula kerana masing-masing berlakon. Tapi lebih seronok jadi pemerhati daripada aku terpaksa berlakon. Bodoh punya pemikiran.

Beberapa minit kemudian mata aku tertutup.

Tring.......

Handphone aku berbunyi menandakan aku terima SMS. Aku membuka mata walaupun mata ini susah untuk dibuka. Aku melihat jam yang ada di skrin handphone. Pukul 12 tengah malam. Aku membuka peti masuk dan melihat nama Shina.

“Amad, kau dah ok.”

“Ok, aku nak tidur sekarang ni.” Salah satu cara lagi aku nak lari daripada realiti aku.

“Ok, maaf kacau.”, balas dia.

Hati aku rasa lega. Tak pasal-pasal aku terpaksa bersosial lagi. Buang masa aku sahaja bersosial dengan manusia yang tengah berlakon. (Tapi aku pun berlakon juga...Kah kah kah)

Aku mencuba tidur. Tapi mata aku terasa susah pula nak tutup. Lebih baik aku jalan-jalan di fantasi aku walaupun sekarang dah tepat pukul 12.30 malam. Susah pula nak tidur.

Aku sampai di fantasi aku. Aku mengambil cermin mata dan terus ke virtual realiti aku.
Aku rasa dah lama aku tak jumpa Rin. Sejak aku dan dia berdebat tentang perkara bodoh tempoh hari, aku dah tidak jumpa dia. Salah aku sebab tak nak jumpa dia. Peliklah minda aku ini, adakah patut aku tak nak jumpa ilusi aku. Ilusi sendiri tak nak jumpa, bagaimana dengan realiti? Minda, minda.

Aku berjalan di dunia virtual aku.

“Hai Amad, belum tidur?”

“Kalau aku dah tidur kau tak nampak aku disini.”

“Kau ni tak spotting langsung lah.”

“Jadi kau nak aku jawab soalan bodoh kau tu?”

“Sejak bila kau berkata-kata gaya macam tu?”

“Hahaha, seronok berlakon gaya ni. Ramai manusia hairan dengan lakonan aku.”

“Sejak bila manusia sedar kewujudan kau?”

“S**tlah, aku nak mencapap dengan ilusi aku pun tak boleh.”

“Kah kah kah.”, dia hanya gelak.

“Bukan kau sakit eh?”, soal dia lagi.

“Kau kan ilusi aku, tak kan kau tidak tahu.”

“Aku bukan ilusi kau lah. Aku ini real.”

“Diamlah. Jangan kelirukan minda aku.”

“Hahaha. Apa cerita dunia realiti kau?”

“Seronok. Seronok lepak kat atas bumbung sambil tengok camp fire.”

“Atas bumbung? Bukan kau balik eh?”

“Kau jangan berlakon macam Shina boleh tak? Kau ni bukan Shina, kau Rin. Hanya Shina sahaja boleh soal aku soalan itu. Kau tidak boleh.”

“Mad, Mad. Kau masih tidak tahu rahsia besar dunia virtual ni.”

“Kau jangan berlakon lagi boleh tak. Aku tahu karakter kau ni berdasarkan hati aku. Kalau hati aku katakan bahawa kau ini Shina, maka kau akan berkarakter macam Shina. Kau kan ilusi aku?”

Dia hanya senyum sahaja.

“Kenapa kau senyum?”

“Aku kan ilusi kau, mesti kau tahu kenapa aku senyum. Atau kau tidak tahu?”

“Aku tak nak tahu.”

“Sebab kau tidak tahu?”

“Apa guna aku tahu?”

“Kau masih nak lari daripada realiti?”

“Sejak bila kau realiti. Bodoh lah minda ni, kenapa aku boleh ilusikan kau macam karakter Shina.”

“Sebab aku memang.....”

“Kau diam. Jangan kau berlakon yang kau ni Shina. Jangan dengar apa yang hati aku cakap. Walaupun hati aku nak kau ni Shina dan Shina ni kau,tapi hati aku dah lama tahu kebodohan minda aku yang ingin sangat mempengaruhi hati aku, in the end hati aku dah mula start berharap yang kau dan Shina adalah orang yang sama.”

Dia gelak lagi. Bodoh lah gadis ni. Minda aku lagi bodoh. Ingat minda, dia ini ilusi, jangan pula kau nak bagi kebodohan kau kepada hati aku.

“Amad, seronok tak festival tadi?”

“Bolehlah.”

Dia diam.

“Aku nak jalan-jalan seorang diri.”

“Ok.”, jawap Rin ringkas.

“Bye.”

“Bye.”

Aku berjalan meninggalkan Shina. Bodohlah dia bukan Shina, dia Rin.

Aku berjalan meninggalkan Rin. Aku tidak memandang belakang. Kenapa aku nak pandang belakang? Dia itu ilusi aku. Ilusi yang menipu hati aku.

... 

Tepat pukul 3 pagi, aku  kembali ke realiti aku. Aku dah penat berjalan-jalan di dalam dunia virtual.
Aku membuka PS4 dan terus bermain game Final Fantasy Type-0. Selepas 2 jam bermain, aku mengambil handphone aku dan SMS Shina.

“Salam Shina. Hari ini saya tak dapat datang sekolah. Awak boleh tolong cari pengganti saya?”

“Kau masih sakit?”, dia balas. Dia belum tidur rupanya. Atau dia bangun awal?

“Tidak, keluarga aku ada hal. Hari ini aku perlu balik ke kampung bersama emak aku.”, jawap aku guna SMS (memanglah guna SMS, tak kan aku guna asap)

“Ok. Kau tidak boleh tidur?”

“Ya. Bye aku nak main game ni.”, salah satu alasan untuk lari daripada realiti.

“Ok. Bye.”

Aku sebenarnya tipu. Aku tak balik ke kampung pun. Emak aku pun bukannya ada di rumah. Ibu bapa aku out station sekarang, sebab itulah aku tidak kisah nak berkurung di dalam rumah ini sepanjang minggu ini. Tak payah pergi sekolah. Tak payah jumpa Shina. Senang hidup aku. Aku boleh main game di dunia virtual aku, tak pun aku main game di realiti lepas tu aku boleh ilusikan game itu di virtual aku, kan lebih seronok daripada datang ke sekolah. Aku malas nak ke sekolah seandainya tujuan belajar sekadar melatih pelajar untuk menjadi penyambung ekonomi kapitalis. Aku malas dengan semua itu. Aku penat.

Aku bukannya ada impian pun. Kalau aku ada impian lain ceritalah, aku nilai sekolah pun tak lah macam aku nilai sekarang.

...

Selasa dan Rabu aku hanya berkurung di dalam rumah. Aku malas nak layan festival sekolah aku dan aku malas nak layan lakonan manusia lain. Lebih baik aku bersendirian dan berkurung di dalam rumah  ini, sebabnya aku tidak perlu berlakon lagi. Bukankah itu lebih baik?

Pagi Rabu, pukul 8 pagi, aku pergi ke sekolah aku yang berada di fantasi. Sekolah ini lebih seronok jika dibandingkan dengan sekolah di realiti aku. Di sekolah ini aku belajar perkara yang aku suka sahaja. Sekolah menengah ini tidak memaksa pelajar untuk belajar perkara pelik yang hanya digunakan untuk menjawab exam seperti di sekolah realiti aku.

Aku belajar mengenai komputer, falsafah, sains dan matematik sahaja. Kadang kala aku akan masuk kelas sejarah kerana dengan sejarah aku boleh membaca kisah dahulu. Sebab itu aku tahu mengenai kapitalism yang aku terpaksa ikut di dunia realiti walaupun aku nak lari dari semua itu.

Belajar kerana exam tidak sama belajar kerana suka. Belajar kerana ilmu tidak sama belajar kerana exam. Belajar kerana minat tidak sama dengan belajar kerana terpaksa. Mencintai ilmu kerana ilmu tidak sama dengan mencintai ilmu kerana exam. Berusaha cari ilmu kerana exam tidak sama dengan berusaha mencari ilmu kerana ilmu. Tapi di zaman realiti aku, semua telah berdasarkan pasaran modal. Pendidikan pun dikawal oleh pasaran model. Minat, usaha, sosial, semua dikawal oleh pasaran modal. Macam mana aku nak lari dari semua itu? Atau aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam sistem kapitalis ini? Tapi bagaimana dengan manusia lain? Adakah mereka boleh berusaha apabila kebanyakan di dunia ini dikawal oleh pasaran modal?

Malang sungguh hidup aku andai kata aku mencari ilmu hanya kerana untuk survive di zaman kapitalis ini. Kan bagus kalau aku boleh buat perkara yang aku minat dan pada masa yang sama perkara yang aku minat itu boleh membantu aku hidup dalam dunia kapitalis moden ini. Tapi apa yang perlu aku lakukan kepada penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh ketua di semua hiearki si sang kapitalis ini? Sebenarnya siapa yang salah, adakah sistem kapitalis atau manusia yang mengikuti sistem ini? Aku pening dengan semua itu.

Jauh sungguh aku mengkhayal Tak sangka di sekolah realiti aku suka mengkhayal, di sekolah ilusi ini juga aku suka mengkhayal.

“Hai Syauqi.”, suara Han kedengaran. (Nama aku di fantasi adalah Syauqi)

“Hai.”

“Lama tak jumpa.”

“Ya.”

Dia ini ilusi aku, dan dia dikawal oleh hati aku.

“Syauqi, hari ni kita akan belajar mengenai virtualisation, lepas tu kita akan belajar PHP.”

“Ok.”

“Kau nak masuk kelas tak?”

“Nak.”

“Ok jom jalan sama-sama.”

Aku berjalan dengan Han. Ketika aku berada di tengah sekolah, aku melihat sekekeliling aku. Ramai manusia yang aku tidak kenal memegang buku sambil berjalan. Senyuman mereka terpancar. Beberapa manusia berbincang sambil ketawa. Tiada lagi masalah hasil kapitalism yang mereka terpaksa fikirkan. Ilmu dituntut bukan kerana nak hidup di dunia kapitalis. Aku cemburu dengan mereka walaupun mereka itu hanya ilusi aku sahaja.

“Syauqi, jangan mengkhayal.”

“Ok ok.”

“Jom kelas dah nak mula.”

“Ok.”

Inilah sekolah fantasi aku.

Petang ini ada kelas sejarah, salah satu kelas yang aku suka, kerana seronok belajar sejarah terutamanya mengenai tamadun dan peradaban manusia.

...

Di waktu petang aku akan berjoging di taman yang berdekatan dengan rumah aku. Taman yang terletak di tengah bandar. Udara di bandar ini segar dan langsung tiada masalah pencemaran udara. Bukan seperti di dalam realiti aku, pencemaran dikeluarkan kerana era perindustrian. Bila lagi ahli sains akan mereka teknologi untuk mengurangkan pencemaran yang berlaku, mungkin mereka pun sibuk memikirkan cara untuk hidup di dunia kapitalis. Aku harap bukan semua seperti itu.

Pada waktu malam aku balik ke realiti aku. Aku baring di atas katil. Tiba-tiba minda aku memikirkan sesuatu.


“Kenapa aku tidak kenal seorang wanita pun di dunia fantasi aku? Di realiti aku kenal Shina, di virtual ada Rin, tapi di fantasi, aku hanya ada Han. Tapi, buat apa aku nak kenal wanita di fantasi aku? Cukuplah aku layan lakonan Shina dan karakter Rin yang mengelirukan minda dan hati aku hinggakan hati aku pun mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Cukuplah semua itu. Aku juga bukannya suka ada banyak kawan. Buat apa banyak kawan seandainya semua hanya berlakon baik depan aku, di belakang raja cakap belakang.”





























Ulasan

Catatan Popular