Antalogi ilusia
Semua ini ilusi, ilusi kejayaan moden. Tonton TV, maka kisah pun macam nak ala drama TV. Semua itu ilusi. Tapi, seronok kerna ada ilusi, tanpa ilusi maka tiada tujuan hidup, kerna tujuan real telah dicampur adukkan dengan perkara ilusi. Kejayaan ilusi, kebahagian ilusi, kegembiraan ilusi menjadi real, kerna populariti berjaya menjadi perlumbaan indah.
Semua ilusi, tapi, kerna nyata dijadikan idola masyarakat maka, semua itu real, semua itu dianggap real. Mereka yang lari dari semua itu akan dihina, dipulau, disingkirkan dan dijauhi agar manusia lain tidak terpengaruh.
Hidup... kenapa manusia hidup. Kenapa perlumbaan terlalu indah diperhatikan? Adakah kerna semua hierarki masyarakat ikut bersama? Atau ada yang abaikan semua itu?
Ilusi.. semua ini ilusi... ilusi hasil tontonan TV. TV melahirkan masyarakat material, agar dijadikan sumber inspirasi untuk bekerja. Mind set disetkan agar material dapat dibeli dihujung bulan, dan dapat menunjukkan kejayaannya kepada teman-temannya. Apakah semua ini? Adakah itu tujuan hidup sebenar? Adakah semua itu tidak boleh dipersoalkan kerna itu adalah takdir maka harus diam dan buat sahaja? Adakah sistem buatan manusia tidak boleh dipersoalkan kerna semua itu adalah takdir, maka masyarakat moden harus ikut sahaja? Adakah apabila sistem mengatakan bahawa erti berjaya adalah how much your money, maka masyarakat harus ikut sahaja tanpa soalan kerna semua itu adalah takdir? Kalau seperti itu, maka masyarakat harus akur juga, ketika sistem mengatakan dia perlu belajar semata-mata untuk sambung ekonomi kapitalis, asalkan solat tak tinggal. Adakah begitu sahaja kisahnya? Manusia lain berfikir untuk hasilkan sistem, manusia yang lain pula hanya perlu mengikutinya tanpa soal, kerna semua itu adalah takdir? Kalau seperti itu, maka aku juga ditakdirkan untuk mempersoalkan sistem buatan manusia yang telah lama mengawal ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan sebagainya lagi.
Apa semua ini? Ilusi keindahan rebutan, agar bahagia hidup bahagia di dunia dan akhirat. Kalau itu adalah sumber kebahagian, maka semua itu menjadi wajib, maka sistem buatan itu adalah perfect, kerna bisa menggembirakan semua manusia di muka bumi ini. Dan wajib masyarakat mengikuti sistem buatan manusia itu, kalau tidak ,dirinya akan dihina dan dipandang rendah macam bangkai sahaja.
Mereka yang tidak mampu berjaya dalam sistem anutan itu akan dipandang rendah, dan mereka akan dijadikan penilai masyarakat, agar anak mudanya tidak jadi seperti itu. Anak-anak kecil dilatih untuk berjaya dalam makna sistem, maka, sesiapa yang mempersoalkan sistem, maka dia harus dijauhi kerna ingkar dengan takdir. Sistem harus diikuti, semua "manusia" harus ikut tanpa banyak soal, kerna sistem itu bisa membawa kepada kegembiraan, asalkan tidak tinggal solat.
Idola menjadi banyak, idola moden era sekular menjadi ikutan, kerna telah mendapat maqam tertinggi dalam sistem kapitalis. Maka, kerna maqam itu adalah maqam tertinggi, maka semua manusia pun berimpian untuk menjadi sepertinya, agar dia bisa membantu manusia yang lain. Setelah berjaya, dia mengajak manusia lain untuk menjadi sepertinya agar bisa memajukan ummah. Proses itu akan berulang kembali untuk selama-lamanya dan semua manusia wajib mengikuti proses itu, andai kata ada manusia yang tidak mahu mengikuti proses itu, maka dia akan dihina kerna tidak mendapat maqam istemewa dalam sistem indah itu. Maka, maqam itu menjadi tujuan hidup utama asalkan dia beragama.
Adalah itu memang benar? Adakah benar bahawa sistem buatan manusia itu boleh membawa kegembiraan kepada semua manusia, tidak mengira darjat, pangkat, umur, jantina, keturunan? Adakah sistem itu adil, atau aku dilarang untuk mempersoalkan sama ada sistem itu adil atau tidak, kerna mereka yang tidak berjaya dalam erti makna sistem itu, itu kerna mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh, begitulah?
Adakah sistem itu mengikuti 100% hukum sebab dan akibat, atau tidak? Adakah sistem itu sesuai untuk semua manusia? Adakah sistem itu benar-benar boleh membawa SEMUA manusia berjumpa dengan kegembiraan hakiki? Bagaimana mereka yang tidak dapat mencapai kebahagian hakiki itu? Adakah mereka akan dituduh pemalas kerna tidak berusaha untuk berjaya dalam sistem buatan manusia itu? Bagaimana seandainya ada manusia yang tidak mahu mengikuti sistem itu? Mungkin dia akan dituduh tidak mahu membantu masyarakatnya. Tapi, adakah bantu masyarakat bermaksud membantu masyarakat untuk menambahkan duit di akaun? Adakah itu segala-galanya?
Aku silap.. kerna mempersoalkan semua itu. Lebih baik diam dan hanya ikut sahaja tanpa banyak soal, kerna mungkin, ikut sahaja boleh menggembirakan, dan banyak soal hanya memberi kesengsaraan dan kekeliruan minda, sedangkan manusia hebat pun tidak mempersoalkan semua itu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah hidup. Masing-masing akan katakan usahanyalah yang paling suci sekali... usahanyalah sahaja yang boleh memajukan ummah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah hidup. Masing-masing akan katakan usahanyalah yang paling suci sekali... usahanyalah sahaja yang boleh memajukan ummah.
Masing-masing akan menyusun ayat agar masyarakat percaya bahawa dialah saja mampu memajukan ummah.
Ahli politik akan kata politiklah akan memajukan ummah...
Ahli ekonomi akan kata ekonomilah boleh mamajukan ummah...
Ahli sains akan kata sains lah boleh memajukan ummah...
Ahli agama juga akan kata agamalah yang boleh memajukan ummah..
Ahli falsafah akan juga berkata bahawa falsafah lah boleh memajukan ummah..
Ahli kapitalis akan kata bahawa kapitalislah sahaja mampu memajukan ekonomi..
Ahli sosialis pula juga akan kata sistem sosialislah yang bisa memajukan manusia...
In the end, masing-masing menyusun ayat hanya untuk menang berdebat, tapi hasil hanyalah memecahkan masyarakat sahaja.
Inilah hidup, masing-masing akan katakan bidangnya sajalah yang hebat.. siap bagi ayat al-Quran lagi...
Tapi, siapa sebenarnya yang benar...? kalau dikata ahli agama, lihat saja apa yang terjadi hari ini... perkara khilafiyyah pula menjadi sambutan.. dan orang awam pula disuruh menilai... adakah ahli agama tidak memecahkan masyarakat? Atau mereka bukanlah ahli agama yang sebenarnya?
Berapa ramai manusia di dunia ini bangga dengan bidangnya hinggakan beranggapan bahawa bidangnya sahajalah yang bisa memajukan manusia?
Berapa ramai manusia yang mendengar bukan untuk memahami tapi sekadar untuk menyusun ayat agar bisa menang berdebat?
Berapa ramai manusia berlumba-lumba untuk mengumpul harta, populariti dan maklumat, yang akhirnya dijadikan idola masyarakat untuk mengikuti mereka?
Berapa ramai manusia berilmu tapi ilmunya telah memecahkan masyarakat?
Berapa ramai manusia yang terkeliru dengan maklumat yang dianggapnya ilmu?
Berapa ramai manusia yang hanya mampu diam sahaja melihat dunia ini?
Berapa ramai manusia menuduh manusia lain sebagai pemalas, hanya kerna dia nilai pemalas itu berdasarkan ertinya sendiri, tanpa kebijaksanaan...?
Berapa ramai manusia yang mencari ilmu sekadar nak harta dan berapa ramai manusia yang mencari ilmu bukan kerna harta, dan berapa ramai yang berada di dua-dua keadaan tersebut?
Berapa ramai manusia yang mampu ikut sahaja tanpa ada persoalan?
Berapa ramai manusia yang telah give up hidup kerna tidak berjaya dalam erti makna kapitalis?
Berapa ramai manusia yang menilai berjaya itu sebagai how much your money?
Berapa ramai manusia yang menilai pembangunan sahaja sebagai tanda kemajuan negara?
Berapa ramai manusia yang jadi anarki kerna tidak bisa membiasakan diri dalam sistem buatan manusia?
Berapa ramai ilmuwan yang dipandang rendah, hanya kerna dia tidak berharta?
Berapa ramai manusia yang melihat politik sebagai fardhu ain?
Berapa ramai manusia yang melihat hanya sistem demokrasi sahaja sebagai sistem sempurna politik?
Berapa ramai manusia yang terasa hati dan ingin menjatuhkan seseorang apabila ada manusia lebih pandai daripada dirinya?
Berapa ramai manusia yang berlumuran darah hanya kerna dimainkan dengan golongan yang menggunakan agama?
Berapa ramai manusia yang give up terhadap agama, hanya kerna menilai agama itu dengan melihat mereka yang beragama jahil?
Berapa ramai manusia yang tidak tahu kenapa seseorang itu perlu menuntut ilmu?
Berapa ramai manusia yang keliru seperti dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lebih baik diam sahaja, dan melihat sahaja. Kerna dia kan rosak....
.
.
.
..
.
.
.
Bagus ikut sahaja.... kerna itu lebih mudah, berbanding mempersoalkan benda yang dikatakan tidak matang dan sia-sia belaka.....sia-sia kerna tidak mendatangkan hasil material... dan tidak mampu membantu masyarakat...
Lebih baik diam sahaja, dan melihat sahaja. Kerna dia kan rosak....
.
.
.
..
.
.
.
Bagus ikut sahaja.... kerna itu lebih mudah, berbanding mempersoalkan benda yang dikatakan tidak matang dan sia-sia belaka.....sia-sia kerna tidak mendatangkan hasil material... dan tidak mampu membantu masyarakat...
Ulasan
Catat Ulasan