Antalogi rosak

Hidup...hmmm ...


Kisah romantis dijadikan penyedap hati, 
sekadar khayalan indah si pemuja puisi, 
bosan dengan permainan realiti,
tatkala kisah cinta datang menyentuh sanubari,
dia kembali lagi ke realiti....


Hmmmm.. rosak.. itu mereka kata... 

Rosak akal, fikrah hilang kerna pemuja buku... tapi, sejak bila dia pemuja buku, sedangkan buku yang dibacanya itu telah diamalikan oleh si pekata itu... siapa sebenarnya si pemuja buku, dirinya sendiri atau si pekata itu?


Dia rosak kerna dia tahu, kerna dia tidak bisa lari, dan si pekata rosak kerna si pekata tidak tahu... bukankah sama-sama rosak? Atau masing-masing susun ayat untuk sedapkan hati masing-masing?
Rosak.. dia rosak... mereka kata dia rosak.....akal rosak kerna lain... akal rosak kerna lari daripada ikutan ramai.... akal rosak kerna mempersoalkan perkara yang dilarang soal, sedangkan soalan itu bukannya lari daripada reason.... soalan itu sekadar reason bukan melebihi reason...


Rosak... dia rosak... mereka kata dia rosak.. dia sendiri juga kata dirinya rosak... dia suka sastera rosak.. dia suka tulis sastera rosak.. dan dia suka fikiran rosak ideologi... tapi, apa itu rosak?
Kah kah kah... dia suka rosak... dia suka sasterakan romantis rosak.. agar akalnya puas dengan kerosakan romantis... agar hatinya rasa puas dengan kerosakan romantis ideanya...


Dia rosak.. semua rosak.. attitudenya rosak, akalnya rosak, hatinya rosak... akhirnya, dia sampah masyarakat..


"Ah, f**k, lantaklah, mereka kata aku rosak, maka aku harus buktikan aku ini rosak, bukannya buktikan aku ini bukannya rosak, kalau aku rosak maka mereka akan bangga kerna berkata benar... kah kah kah ... dan juga... berlakon rosak lebih mudah berbanding berlakon tidak rosak.."


Itu katanya.


Dia rosak dan terus rosak. Dia bangga dengan ke-rosak-kannya, seperti mana mereka yang tidak rosak bangga dengan ketidak-rosak-kan mereka.... kah kah kah..


Mereka kata dia rosak kerna buku.. tapi, dia kata, dia rosak kerna mereka...  

katanya


"Mereka kata aku rosak kerna buku, tapi, aku akan kata, aku ini rosak kerna mereka... kah kah kah... aku salah eh? Aku memang salah, kerna aku rosak, maka semua kata-kata aku adalah rosak...semua rosak...."


Dia rosak kerna buku, tapi, adakah dia salah.. kerna apa yang dia baca telah diamalikan oleh si pekata...


katanya


"Korang boleh bahagia di dalam kapitalis, kenapa aku tidak boleh pula anarki di alam anarkis...? Adakah kerna alam anarkis adalah hasil budaya Barat? Dan alam kapitalis pula hasil ilmu neutral? Aku salah eh? Aku memang salah... tapi, jangan beritahu aku, tapi beritahu masyarakat.... kah kah kah...mereka kata aku ini sampah masyarakat, maka aku harus buktikan yang aku ini benar-benar sampah, barulah si pekata puas hati...  kalau tidak, mereka tidak akan gembira kerna mereka salah...."


Air mata jatuh, kerna benar, dia rasa, dia benar-benar rosak...rosak bukan kerna buku, tapi kerna akalnya tidak mampu menerima maklumat hasil buku yang dibacanya... maklumat yang telah disembunyikan daripada pengetahuan the majority.. maklumat yang dianggap kontroversi semata-mata... akhirnya dia terima pendapat awam bahawa dia benar-benar rosak... maka... dia harus buktikan dirinya rosak... kah kah kah..


Air mata jatuh, tapi bukan dari mata, tapi dari fantasi, air mata fantasi jatuh atas anarkinya, anarki yang dia pilih sebagai karekter lakonannya, kerna lakonan anarki sesuai dengan pendapat ke-rosak-kannya...


"Aku anarki, minda aku anarki dengan pendapat copy paste anarki buku... aku susun ayat untuk sesuaikan dengan persekitaran aku, agar aku dilihat seperti sampah, sampah anarki, yang terpengaruh dengan budaya Barat...  tapi aku hairan... kenapa aku tidak bisa ikut budaya barat, sedangkan mereka gembira dalam erti makna sistem kalitalis?  Korang boleh gembira dalam erti makna kapitalis, kenapa aku tidak boleh pula rasa pain dalam erti anarkis Barat? Korang boleh belajar ala Barat, kenapa aku pula tidak boleh tunjukkan amali Barat? Korang boleh gembira dalam sistem demokrasi, kenapa aku pula tidak boleh gembira dalam sistem anarkis? Adakah kerna pandangan alam si demokrasi berbeda dengan pandangan alam si anarkis? Adakah kerna pandangan alam si kapitalis berbeda dengan pandangan alam si anarkis? Jawapannya senang sahaja.. kau hanya perlu cakap yang aku ini rosak, akal aku rosak, lari daripada fikrah, maka mereka akan percaya kau... kah kah kah.. di dunia ini senang sahaja nak jatuhkan aku, kau hanya perlu katakan aku ini rosak.. maka kau akan berjaya dan dipuji ramai.. kau hanya perlu kata aku ini rosak kerna puja buku, kerna berguru dengan syaitan, maka kau akan dipercayai."


Dia rosak dan rosak. Dia rosak kerna cinta buku, sedangkan dia memang dah rosak sebelum berkenal dengan buku... dia rosak kerna memuja buku, sedangkan kerna melalui buku, dia start untuk solat...
Dia rosak kerna cintakan ilmu, sedangkan orang yang tidak rosak pula cintakan harta... maka dia lebih rosak kerna cintakan ilmu, ilmu yang dia anggap ilmu, sedangkan itu semua sekadar maklumat, maklumat yang rosak kerna berlainan daripada the majoriti, maklumat yang merosakkan akalnya, maka dialah yang rosak, kerna cintakan maklumat..


Dia rosak.. dan rosak... dia baca buku ilmuwan dahulu... dia suka baca buku ilmuwan agung dahulu... tapi, kerna dia rosak, maka amalinya dijadikan fitnah untuk menampung aibnya, agar dia dikatakan lari daripada fikrah, maka dia itu rosak.. kah kah kah... rosak kerna baca buku... rosak kerna bermaklumat tapi amali rosak, bermaklumat tapi tidak beramal dengan maklumat...kah kah kah... 
mereka tidak tahu bahawa dia belajar jadi baik, tapi kerna dia dikatakan rosak, maka berlakon jadi rosak lebih mudah daripada berlakon jadi baik, kerna dia memang dah rosak. .... kah kah kah...tapi dia pelik, kenapa orang rosak seperti dirinya suka baca buku ilmuwan dahulu, sedangkan orang yang tidak rosak pula mengira material perolehannya dalam sistem kapitalisme.  Adakah kerna tafsiran itu salah? Adakah tafsirannya itu salah, kerna orang rosak, apabila mentafsir sesuatu situasi, maka tafsiran itu salah, kerna orang rosak tidak boleh mentafsir situasi...


Maka, dia memang rosak... apabila dia mula terima bahawa dia rosak, maka dia pun memilih untuk diam, dan menjadi shadow sastera rosak dalam tulisan di dunia virtual...  dan dia pun mahu mengira material perolehannya dalam sistem kapitalisme, kerna itu adalah sumber bahagia di era moden ini... apabila ada manusia bergaji berpuluh ribu, maka dialah yang paling gembira sekali, kerna telah berjaya... maka dia harus dijadikan idola untuk semua manusia, agar kebahagian bakal dicapainya...
Dia ikut sahaja.... kerna itu adalah "bahagia".... dia bahagia ... kerna dia meninggalkan kerosakan akalnya... dan menjadi baik....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apabila orang rosak membaca buku, maka ke-rosak-kannya itu dijadikan alat untuk attack dia...maka dia akan dikata rosak kerna memuja buku...


Apabila orang baik membaca buku, dan dengan buku dia menjadi rosak... maka ke-rosak-kannya itu dijadikan alat untuk attack dia...maka dia akan dikata rosak kerna memuja buku...


Tapi, kenapa orang rosak meminati ilmu atau maklumat, sedangkan insan yang baik tidak meminati ilmu atau maklumat? Kenapa orang rosak tidak didoakan dapat hidayah, tapi dihina kerna memuja buku? Adakah kerna dia tidak beradab ketika berkata-kata?


Kenapa orang rosak meminati ideologi sedangkan orang baik tidak meminati ideologi, adakah kerna ideologi itu berbahaya yang boleh merosakkan akal dan minda, atau kerna mereka sibuk dengan urusan lain?


Kenapa orang rosak meminati membaca
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lebih baik diam, daripada menyakiti hati manusia lain.. biarpun susah nak kawal, tapi, sastera rosak inilah sahaja peneman hatinya yang anarki dan adakalanya juga dalam keadaan emo....
.
.
Sastera rosaklah penemannya... 


Sastera rosaklah karekternya... tapi.. dia harus diam.. dan diamm


Diam.diam.diam


Dan diam....saja
..
.
.
.
.
Lebih baik rasa sakit, daripada manusia lain yang rasa sakit..... kah kah kah....loser....






Ulasan

Catatan Popular