Antalogi kisah
Dia masuk ke alam akal, setelah lama dia mengikut di alam amal. Dia mula belajar berfikir, setelah lama hanya sekadar mengikut masyarakat, setelah lama mengikut "the majority".
Dia mula berkhayal, tanpa sedar, tanpa mahu, kerna khayalan itu sahaja yang dia mampu lakukan untuk lari daripada dunia masyarakat... khayalan paksaan yang dia sedar bakal menyakitkan hatinya sendiri .
Kenapa dia berkhayal? Kenapa dia suka ke dunia khayalannya sendiri dan mengabaikan realitinya?
Mungkin, kerna setelah dia masuk ke alam akal, dia melihat dunia berbeda.
Berbezaan itu dia rasakan 100 peratus berbeza sewaktu dia hanya melihat dunia melalui tafsirannya sendiri ketika dia di alam amal sahaja.
Dia tahu, dia rasa menyesal kerna masuk ke alam akal. Alam amal lagi seronok baginya , kerna fikiran tidak tercelaru dengan permainan akal, yang hanya tahu mempersoalkan semua benda. Alam amal juga menggunakan akal, tapi, akal itu limit hanya dalam kotak kawalan sistem, bukan kotak luaran sistem.
Dia tahu dia dah salah pilih jalan, kerna mula masuk ke alam akal, alam yang hanya tahu berfikir sahaja, dan menyebabkan dirinya malas masuk ke alam amal, kerna baginya, alam amal itu hanya berjalan di atas landasan kawalan sistem, dan alam amal itu juga tidak menyentuh hatinya lagi, bukan seperti dahulu.
Dia mula tidak lagi berharap di alam amal. Dia tidak lagi masuk dalam perlumbaan di alam amal moden. Dia disingkirkan, dia dipandang hina, dia dipulaukan. Dia tahu, semua itu berlaku kerna dia masuk ke alam akal. Ada kalanya, dia rasa menyesal, kerna menyentuh akal, tapi, ada kalanya juga, dia berasa bahagia, kerna menyentuh alam akal. Tapi, rasa bahagia itu hanya sementara sahaja, kerna, setelah dia keluar bertemu masyarakat, dirinya seperti di tempat yang asing. Dan, dia akan mula rasa menyesal lagi kerna mencuba berenang di lautan akal.
Dia berharap, dia mampu membuang memori yang ada di alam akal. Dan masuk kembali ke alam amal, sepenuh hatinya, bukannya seperti sekarang, yang hanya separuh hatinya sahaja yang ada di alam amal, tapi di kala dia masuk ke alam akal pula, dia seperti memberi sepenuh hatinya...
Dia keliru dengan dua-dua alam itu, apatah lagi, dua-dua alam itu seperti tidak mahu menerima dirinya. Dia masuk ke alam amal, tapi hatinya tidak mampu memberi sepenuh usaha, dia masuk pula ke alam akal, tapi akalnya tidak mampu untuk masuk ke "dalam" lagi, kerna dia tidak sebijak mana.
Dulu, di alam amal, dia usaha tinggi, dan dapat keputusan cemerlang... sekarang, di alam akal, semuanya hancur, realitinya hancur, yang hanya menyeronokkan hanyalah fantasinya sahaja, tapi, ada kalanya fantasi itu bisa bertukar menjadi alam pain, dan dia terasa sengsara di dua-dua alam, alam akal yang menghadapi fantasi, dan alam amal, yang menghadapi realiti.
Dia mencari sesuatu untuk gabungkan dua-dua alam itu, agar dia boleh berusaha sepenuh hati, tanpa memikirkan lagi mengenai persoalan yang dikeluarkan oleh akal, tanpa mempersoalkan lagi mengenai hasil yang bakal diperolehi oleh amal.
Dia mencari dan terus mencari, walaupun dirinya dihina, diabaikan, ditinggalkan. Dia tahu, semua itu berlaku kerna dia memilih alam akal, yang hanya tahu mempersoalkan sistem moden. Siapa yang tidak benci manusia seperti itu? Dia sendiri pun ada kalanya benci dirinya sendiri, dan mahu meninggalkan dirinya selama-lamanya.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi, dia pilih mencari, walaupun perjalanan ke arah itu amat sukar, apatah lagi, dia juga perlu mencari rezeki di alam amal. Kan bagus, andai kata, dia bisa mencari rezeki hanya menggunakan alam akalnya sahaja... tanpa menyibukkan dirinya ke alam amal yang hanya, bagi dirinya, sekadar ke arah perlumbaan pengumpulan material sahaja.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi, dia pilih mencari, walaupun perjalanan ke arah itu amat sukar, apatah lagi, dia juga perlu mencari rezeki di alam amal. Kan bagus, andai kata, dia bisa mencari rezeki hanya menggunakan alam akalnya sahaja... tanpa menyibukkan dirinya ke alam amal yang hanya, bagi dirinya, sekadar ke arah perlumbaan pengumpulan material sahaja.
Dia tahu, dia juga mungkin bakal ke arah itu, kerna itu satu keperluan di alam moden ini, andai kata diabaikan, maka fitnah bermaharajalela ke arah dirinya, fitnah yang dikawal oleh sistem kapitalisme.
Dia penat dengan fikiran seperti itu.
Dia pernah mencuba untuk mencari rezeki dengan menggunakan alam akalnya, alam yang keluar daripada ikutan the majority, tapi malang sekali, alam akalnya belum matang lagi, dia mungkin hanya mampu hidup mengikut urutan the majority itu juga, suatu hari nanti, dia bakal ikut itu juga, rela atau terpaksa.
Dia melihat sekeliling, dia melihat manusia bergembira, walaupun mengikut majority, dia lihat dirinya pula, yang hanya merasai kesengsaraan permainan akal. Dia cemburu dengan mereka, kerna tidak dikacau dengan kebodohan akal yang hanya tahu mempersoalkan sistem sahaja. Dia cemburu melihat mereka, kerna mampu berjaya dalam definisi sistem ikutan masyarakat, dan mampu juga menggembirakan manusia lain. Dirinya pula, hanya mampu merasai kecelaruan akal yang langsung tidak mampu membantu masyarakat sekelilingnya. Dia rasa useless, dia rasa dirinya seperti sampah, yang hanya wujud sekadar memberi aroma busuk di alam sekeliling.
Dia penat dengan semua itu. Dia ingin lari meninggalkan alam akalnya, tapi, dia tidak tahu bagaimana nak lari dari akalnya sendiri. Bagaimana dia mampu lari daripada akalnya sendiri, sedangkan akalnya juga termasuk sekali dalam definisi dirinya? Adakah dengan abaikan akalnya? Adakah dengan hilang ingatan?
Dia pernah abaikan akalnya, tapi, seperti teorinya, dia tidak gembira di alam amal. Dia tidak mampu memberi usaha penuh di alam amal. Dia sekadar sampah di alam amal, yang hanya membuatkan dirinya mahu lari lagi masuk ke alam akal, walaupun alam akal itu menyeksakan sanubarinya.
Dia tidak tahu mengapa semua ini terjadi. Dia tidak tahu mengapa akalnya suka mempersoalkan sistem.. adakah kerna pengalamannya suatu masa dahulu yang membuatkan dirinya seperti itu..? Mungkin juga, kerna pengalaman juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan idea yang ada dalam akalnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia masih terbang terawang-awang di alam amal, dan dia juga mencari bahagia di alam akal. Bolehkah dia teruskan kehidupan seperti itu... atau dia perlu tinggalkan salah satunya itu? Atau dia perlu cari sesuatu yang bisa menggabungkan alam akal dan alam amal, agar dia mampu menemui kebahagian yang sesuai dengan hatinya, tanpa gangguan daripada permainan persoalan daripada mindanya sendiri?
Atau, dia hanya perlu mengikut makna bahagia "the majority"...? Tapi apa definisi bahagia untuk "the majority"?.
.
.
.
.
Atau sebenarnya "the majority" dan "the minority" tidak ada, hanyalah akal dia sahaja yang membahagikan masyarakat seperti itu?
Ah, dia bingung lagi dengan permainan mindanya...
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia pilih hilang di alam amal....
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia pilih hilang di alam amal....
Ulasan
Catat Ulasan