-
katanya
"bukanlah cinta yg mengekalkan cinta, tapi yang mengekalkan cinta adalah pembaharuan cinta. andai cinta yang mengekalkan cinta, kenapa seseorang bisa mencari insan lain untuk dicintai dikala wanita yang dia cinta menolak cintanya? bagi aku, yang mengekalkan cinta adalah pembaharuan cinta, kerna melalui pembaharuan cintalah, cinta akan kekal. pembaharuan cinta mengekalkan cinta, walaupun pembaharuan cinta itu bukanlah bersifat kekal. pembaharuan cinta tidak bersifat kekal kerna ia berubah-ubah. yg kekal adalah cinta."
"cinta itu kekal kerna adanya pembaharuan cinta, bukanlah kerna adanya cinta. terletak kepada seseorang, sama ada pembaharuan cinta itu dilakukan dengan mencari cinta yang lain, atau mengekalkan lagi cinta yang sedia ada."
"aku pilih yang kedua. aku pilih pembaharuan cinta untuk mengekalkan cintaku ini, walau cintaku tak akan dibalas selama-lamanya. aku tak nak melakukan pembaharuan cinta dengan mencari wanita lain untuk dicintai. kerna, aku hanya mencintai wanita itu sahaja, selama-lamanya, walau aku hanya bertepuk sebelah tangan."
Ulasan
Catat Ulasan