-cinta bodohku-

"Aku nak berusaha, agar aku berjaya, agar wanita yang aku cintai memandangku, agar wanita yang aku cintai tidak memandang rendah diriku."

"Kau berusaha atau tidak, hasilnya tetap sama. dia tetap tak akan mencintai kau kembali. kecuali kau berputus asa akan cinta bodohmu itu, dan mencari wanita lain untuk dicintai."

"tak nak, aku hanya nak mencintai dia, selama-lamanya walaupun cintaku ini tidak berbalas. dan, kenapa aku harus dengar dirimu? siapa kata, aku usaha atau tidak, hasilnya tetap sama? kau bukan Tuhan."

"kau usaha atau tidak hasilnya tetap sama. aku rasa, suara itu ada juga jauh di lubuk hati kau, cuma kau tidak mahu mendengar suara itu."

"tak. aku usaha, pasti ada yang berubah, pasti dia akan pandang aku, pasti aku ada peluang untuk hatinya mencintai aku."

"kah kah kah. alasan ilusi. susunlah ayat agar ayat itu bisa sedapkan hati kau. tapi, hasilnya tetap sama, dia tidak akan pernah suka akan dirimu, dan selama-lamanya kau tidak akan pernah ada ruang di hatinya. ilusi kau sahaja bahawa kau ada peluang andai kau berjaya kelak. ilusi, semua itu ilusi bodoh kau."

"kenapa aku perlu dengar kata kau. akan aku berusaha juga untuk impress wanita itu."

"kenapa perlu impress wanita itu, dia tetap tak akan suka kau."

"kalau begitu, aku nak impress manusia lain."

"untuk? untuk apa kau nak impress manusia lain? hasilnya tetap sama, hati kau tetap merana, kerna kau tidak akan pernah dicintai wanita itu."

"aku nak berjaya bukan sebab wanita itu..."

"kah kah kah. alasan lagi, alasan untuk sedapkan hati. dalam lubuk hati kau, kau masih simpan harapan, agar suatu hari nanti, dikala kau dah berjaya, wanita itu akan pandang dirimu, kan?"

"tiada. aku tidak simpan harapan seperti itu."

"kah kah kah. kau bijak menyusun ayat. tadi cakap lain, sekarang cakap lain. hati manusia itu diciptakan untuk berharap. kerna itulah hati tetap akan berharap, walaupun harapan itu seperti mustahil."

"..."

"kenapa diam? kau telah dibutakan cinta. kau telah dibutakan hati. buang segala harapan akan hal-hal cinta bodoh itu, dan hiduplah di dunia ini, tanpa perlu berharap akan hal-hal cinta. dan, carilah cinta lain."

"tak nak. aku hanya nak mencintai dirinya. aku tak nak cari cinta lain. aku rela."

"adakah kerna kau nak setia kepada dia?"

"ya."

"kah kah kah. bodoh. setia itu bukan dibuat sebelah tangan, tapi perlu dua -dua tangan. yang kau anggap setia itu bukanlah setia, tapi itu bodoh namanya."

"aku tak kisah apa yang kau nak cakap. aku nak setia. aku nak setia dengan cintaku ini, walau aku hanya bertepuk sebelah tangan."

"kau memang bodoh. sangat bodoh. kalau aku, aku terima yang dia tidak akan pernah mencintaiku, dan aku akan cari lain."

"aku terima yang dia tidak akan pernah mencintaiku. aku terima itu. tapi, aku tak nak lagi jatuh cinta, aku tak nak cari cinta lain di saat cinta aku ditolak. hatiku hanya untuk dirinya, walaupun aku bertepuk sebelah tangan."

"logik kau dah rosak. kenapa nak seksa diri mencintai dia? ramai lagi wanita di luar sana."

"aku tak nak menduakan cinta aku."

"kah kah kah. kau memang bodoh. bagaimana kau bisa menduakan cinta kau, bila in the first place, hanya kau sahaja yang mencintai dirinya?"

"..."

"kenapa diam!"

"aku nak dia cinta akan diriku."

"kau memang bodoh. sangat bodoh. kenapa letak cinta ditahap seperti itu. terimalah kenyataan...."

"aku dah lama terima kenyataan itu. dan sekarang ini pun, aku masih latih hatiku, agar buang segala harapan yang ada kena mengena dengan wanita itu. tapi, aku juga nak latih hatiku, agar dia tidak akan pernah jatuh cinta lagi."

"kenapa kau tak nak jatuh cinta? adakah kerna kau nak dia wanita terakhir yang kau cinta?"

"ya, aku nak dia wanita terakhir yang aku berharap kepada Pencipta agar dia mencintai aku kembali..."

"kah kah kah. kau memang bodoh. berharap ilusi tanpa usaha. berharap perkara mustahil. tapi, seperti yang aku kata tadi, kau usaha atau tidak hasilnya tetap sama, kah kah kah."

"..."

"percaya cakap aku, suatu hari nanti, kau akan jatuh cinta juga."

"ya, aku tahu itu. kerna itulah, aku nak latih hatiku, agar tak akan lagi jatuh cinta."

"kau tak akan pernah dapat kawal hati kau. lihatlah, suatu hari nanti, kau akan jatuh cinta juga."

"kalau boleh.... mesti boleh! aku tak nak lagi jatuh cinta."

"kah kah kah."

"andai suatu hari nanti aku jatuh cinta terhadap wanita lain, akan tetap aku jadikan wanita yang aku cintai sekarang sebagai wanita terakhir yang aku cintai, dan wanita terakhir yang aku berharap agar cintaku dibalas olehnya. aku tak kisah. dan.... aku berdoa kepada Pencipta agar selama-lamanya aku tak akan lagi jatuh cinta terhadap wanita lain."

"kah kah kah..."

"aku tak terlalu berharap kepada Pencipta agar wanita itu mencintai ku, kerna aku tahu ia mustahil berdasarkan kemanusiaan aku, tapi aku berharap agar aku tak akan lagi jatuh cinta..."

"bagaimana kau tahu wanita itu tak akan pernah cinta akan dirimu?"

"kau sendiri tahu, wahai akalku. kenapa nak soal aku lagi...", kata aku kepada akalku.

...
bukan semua apa yang kita harapkan akan tertunai...

tapi, kenapa harapanku lebih banyak yang tak tertunai? salah aku kerna terlalu berharap. dan berharap tanpa usaha. semuanya salah aku.

Ulasan

Catatan Popular