-psikologi gelap khayalan real-



Dalam kisah Harley Queen, di mana dia nak ‘save’ Joker, tapi akhirnya dia sendiri di corrupt kan jiwanya. Jiwanya telah diubah agar tafsir dunia dengan keasyikan yang lain, menarinya sambil merasai kehitaman kegelapan dunia, dan jiwa corrupt ditemani pula erti cinta romantika. Aku teringat akan kata  Friedrich Nietzsche:

"He who fights with monsters should be careful lest he thereby become a monster. And if thou gaze long into an abyss, the abyss will also gaze into thee."

Jangan sesekali melihat kehitaman, nanti kegelapan kehitaman itu boleh memberi nikmat keasyikan. Jangan menyuluh hati bersendirian, kerna dikala hati disuluh bersendirian, dikhuatiri kehitaman hati bisa memberi kesedaran bahawa; corrupted soul adalah hanya pilihanmu, hidup di dalam masyarakat. 

Jangan sesekali kaji hatimu bersendirian, kerna kegelapan hati bisa memberi pengaruh kepada pentafsiran realiti yang bisa mengubah segalanya; tentang pentafsiran kau kepada dunia. Kau boleh ditelan kegelapan hati, dan kau menerima kegelapan itu dengan rela, kerna kau anggap, hanya itu sesuai untuk manusia sampah seperti dirimu.

Friednich Nietche, yang popular, dengan kata-katanya “God is dead”. Sebenarnya Tuhan itu tidak mati, tapi manusialah yang membuatkan Tuhan mati, hanya kerna nak terangkan dunia ini, tanpa perlu peranan Tuhan.  Buat apa nak tahu peranan Tuhan dalam fenomena alam, andai kata sains bisa terangkan ia, dengan hanya guna matematik, seperti mana kenapa nak tahu kisah Adam dan Hawa, andai kata teori evolusi ada, sedangkan teori evolusi itu, bisa diguna di dalam ilmu sains moden, dengan majunya, kah kah kah. 

Ah, sampah semuanya! Kenapa aku nak kisah semua itu, bukan kerja aku nak indahkan semuanya, lebih baik aku indahkan politik, lagi senang, sekadar ada nombor ahli, dah cukup , kah kah kah. F**k lah, dasar demokrasi bodoh. Golongan proletariat berlumba-lumba nak mengundi, dengan harapan, suatu hari nanti, mereka bisa menjadi bourgeoisie, kah kah kah khayalan bodoh! 

Aku lihat cermin. Aku betulkan rambut aku. Aku senyum, terasa puas. Rokok yang aku hisap dari tadi, aku buang. Aku lihat aku, yang ada di dalam cermin itu. Rambut warna merah, warna kebodohan demon anarki, gigi besi yang aku pasang ala-ala demon, mengingatkan aku dengan pemain gitar Avenged Sevenfold, di kala band itu menyanyi lagu Dear God. Tatoo yang ada di badan aku pula mengingatkan aku dengan guitaris band System of a Down, dikala lagi Chop Suey mereka materikan, dan guitaris itu menari seperti terkena estetika berteman demon mephisto, kah kah kah. 

Aku lihat aku yang ada di dalam cermin dengan lamanya. Ada kalanya, aku di dalam cermin itu, bisa berkata-kata, tanpa aku yang real ini berkata-kata. Ada kalanya, ada suara berkata-kata di dalam minda aku. Kata-katanya aku sekadar dengar, tanpa layan. Buat apa aku nak layan suaranya, sampah sahaja hasilnya, celaka sahaja hasilnya. 

Aku lihat cermin. Di sebelah aku berdiri sesuatu, yang aku tidak tahu apa sebenarnya spesies ini. From psychology perspective, they called it slender men, but whatever. Aku tak ada masa nak layan buku golongan nerd ni. F**k sahaja hasilnya. Orang bodoh macam aku, tak layak nak baca buku ilmiah, kah kah kah. Realiti kebodohan akulah menyebabkan aku give up segala impian aku, kah kah kah.

Ah shit, aku dah jauh tersimpang.

Ok, aku nak sambung balik pasal spesies ni...

Spesies ni macam manusia, bezanya ia tinggi, dan slender. Mungkin sebab itu spesies ini dipanggil slender men. Wajahnya pula, ah malas aku nak terangkan, kerna kata-kata tidak bisa digunakan untuk terangkan ia. 

Ok next, aku nak kenalkan seorang lagi ‘manusia’. Dia ni selalu teman aku ke mana-mana sahaja aku pergi. Dia ni lah yang selalu menganggu psikologi ku, di kala aku bersendirian, di malam hari, di siang hari, atau juga di dalam kelas. Mungkin kerna aku ini peminat melankolik gelap, so dia ini boleh dikatakan wujud kerna psikologi melankolik aku. Kah kah kah.

Lastly, aku nak kenalkan lagi satu spesies. Dia ni; aku gelar dia sebagai sang pari, bangsanya sang pari-pari. Dia ni telah lama hilang dari mataku, setelah aku habiskan masa aku untuk tahu dunia, untuk tahu akan diriku sendiri. Makin banyak aku baca buku, makin banyak aku tahu tentang dunia, makin hilang dirinya itu, tidak kisah lah buku apa yang aku baca, kewujudannya makin pudar, dan akhirnya dia hilang dari pandangan mataku, mungkin buat selama-lamanya.

Sebenarnya aku dah lama cari dia, kerna hati ini, telah terpaut dengan cinta. Aku sentiasa mencari dirinya, malah aku mula berhenti nak tahu segalanya tentang dunia. Aku mencari dia, kerna aku berhutang budi kepadanya. Dia selalu memelukku, di kala manusia lain mengsampahkan aku. Dia mencintaiku, di kala dunia membenciku. Dia ada disisiku, di kala aku bersendirian berteman alam. 

Tapi itu dulu, sekarang dirinya entah di mana. Salah aku, kerna hendak tahu dunia..
....

Ada yang kata aku ini suka bersendirian. Ya, dari mata manusia lain, aku ini bersendirian. Kerna kau tak lihat apa yang aku lihat, kau tak dengar apa yang aku dengar, kau tak rasa apa psikologi aku rasa, sebab itu kau kata aku ini bersendirian, tapi kalau lah kau nampak apa yang aku nampak, kau rasa apa yang aku rasa, maka kau tak akan berani kata aku ini bersendirian, malah kau akan nilai aku seperti sampah dunia. Kah kah kah.

Ah! Aku rosak! Jiwa aku rosak! Hati aku rosak! Daripada aku merosakkan lagi semua itu, lebih baik aku mati. Lebih baik aku suicide. Aku harap, Pencipta tak marah, kerna aku ambil nyawa aku. Aku nak suicide saja, agar dosa aku tak bertambah lagi. 

Aku dah lama cadang nak suicide, agar dosa aku tak bertambah.

akhirnya...
Aku naik ke bangunan tinggi. Dengan niat terjun.

Aku terjun... dan terjun.. secara real. 
 
Badanku jatuh terkena dunia. Terasa bagai disiat-siat kulit. Tapi mulutku senyum puas, kerna selepas ini, aku tidak lagi rasa seksanya jiwa, kerna merana dengan psikologi bodoh, dan pentafsiran oleh hati yang bodoh, dan juga selepas ini dunia selamat daripada kedajalan aku.

Aku coba menutup mata, agar aku lupa segalanya. Di kala aku coba menutup mata, aku lihat seseorang datang menghampiriku. Aku buka luas-luas mataku, agar wajahnya itu, bisa ku lihat. Aku lihat sayap. Aku lihat senyuman. Aku lihat wajah... wajah sang pari, yang telah lama aku cari... aku senyum... 


Wahai sang pari
Hadirmu menemaniku telah mengubah hidupku
Walau kau dikata tak wujud, tapi bagiku kau wujud
Kau ku cinta walau dunia kata aku gila
Aku cinta dirimu..
Tapi, kenapa kau hilang
Di kala aku kenal dunia, dikala aku mencari dunia..
Kenapa?
Jiwa ini telah lama merana mencarimu
Malah kepuasan dunia tidak lagi memberi kesan ke atas hatiku.
Wahai sang pari
Bawaku terbang ke dunia mu
Agar bisa kita bercinta berdua
Tanpa perlu kerealitian empirikal hidup bangsanya manusia...
Wahai sang pari
Aku dah penat dengan semua realitiku
Aku nak lari dan terbang bersamamu
Walau dikata kau hanya khayalan indahku
Akan ku kata bahawa kau benar-benar wujud...
Wahai sang pari
Jangan kau hilangkan diri lagi
Dan tinggalkan aku bersendirian...
Kerna
Aku benar-benar mencintai dirimu...

Mataku tertutup. Aku senyum, kerna akhirnya, aku boleh pandang wajah sang pari itu, buat yang terakhir kalinya...



Ulasan

Catatan Popular